omniture

Avantium Menguntukkan Kapasiti dalam Loji Pengeluaran FDCA Pertama untuk Mitsui

Avantium
2015-12-10 14:00 468

TOKYO, 10 Disember 2015/PRNewswire/ --

Avantium menandatangani satu persetujuan dengan Mitsui & Co., Ltd. ('Mitsui'), untuk mengkomersialkan bahan kimia FDCA dan PEF 100% berasaskan bio di Asia. Sebagai sebahagian daripada persetujuan ini, Mitsui diberikan hak untuk membeli sejumlah besar FDCA daripada loji FDCA komersial pertama yang bakal dibina oleh Avantium. 

Buat masa ini, Avantium bersiap sedia untuk membina loji pengeluaran FDCA pertama itu dan merancang untuk berkongsi butiran lanjut tentang kapasiti, lokasi, dan jangka masa pembinaannya pada suku tahun pertama 2016. Bagi memperlihatkan potensi PEF dan FDCA dalam pasaran Asia, Avantium telah menguntukkan sebahagian besar kapasitinya daripada loji FDCA pertama ini untuk Mitsui.

Avantium dan Mitsui telah memeterai satu persetujuan pembangunan dan pengeluaran untuk filem nipis PEF di Asia dan botol PEF di Jepun. Dari segi prestasi sempadannya, hasil penyelidikan daripada Avantium menunjukkan PEF boleh memberi manfaat yang besar sebagai bahan pembungkusan untuk barangan yang sensitif terhadap oksigen seperti makanan, bir dan produk penjagaan kesihatan. Kedua-dua pihak itu juga menjalin kerjasama untuk melancarkan dan mengembangkan pasaran tersebut untuk kegunaan lain berasaskan FDCA seperti kopoliester.

Tom van Aken, Ketua Pegawai Eksekutif Avantium, mengulas: "Perkongsian dengan Mitsui ini merupakan peluang unik untuk Avantium bagi memperoleh peluang pertumbuhan dalam pasaran Asia, salah satu pasaran yang berkembang paling pesat untuk bahan pembungkusan. Kolaborasi ini mengembangkan usaha pembangunan PEF kami daripada sekadar untuk botol, seperti yang disokong oleh The Coca-Cola Company, Danone dan ALPLA, sehingga kepada kegunaan baharu untuk filem nipis PEF. Jepun, khususnya, merupakan pasaran yang sangat penting untuk bahan berprestasi tinggi seperti PEF. Industri pembungkusan Jepun adalah sangat inovatif, memberikan pelbagai format pembungkusan bagi memenuhi piawaian kualiti tinggi yang dikehendaki oleh pengguna tempatan. Cita-cita kami adalah untuk menyokong Mitsui serta rakan kongsi dan pelanggan Jepun bagi melancarkan PEF dan kegunaan lain berasaskan FDCA ke dalam pasaran menjelang Sukan Olimpik Tokyo."

Bagi Mitsui, kolaborasi dengan Avantium ini merupakan lanjutan portfolio bahan kimia berasaskan biologi mereka yang kukuh. En. Hidebumi Kasuga, Pengurus Besar Divisyen Bahan Kimia Khusus II, Unit Perniagaan Bahan Kimia Asas, mengulas: "Mitsui yakin FDCA dan PEF adalah blok binaan berasaskan biologi yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi. Kami gembira dapat mengukuhkan kedudukan kami dalam bidang ini dengan berkolaborasi bersama Avantium, yang merupakan peneraju dalam teknologi pembuatan FDCA dan PEF. Perkongsian ini adalah selari dengan strategi Mitsui untuk mengusahakan struktur kilang penapisan bio pada masa depan, menggabungkan kekuatan kami dalam stok suapan, pengurusan projek, bahan kimia serta pasaran jualan."

Laman Sesawang: http://www.avantium.com

Sumber: Avantium

Source: Avantium
Keywords: