omniture

Northstar Umum Ketua Bahagian Pengedaran Baharu

Northstar
2015-12-10 19:47 332

HAMILTON, Bermuda, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Northstar Financial Services (Bermuda) Limited berbesar hati mengumumkan pelantikan Alejandro Moreno sebagai Ketua Bahagian Pengedaran.

Alejandro membawa bersamanya 19 tahun pengalaman dalam organisasi kewangan global. Alejandro menyertai Northstar daripada Sun Life Financial International dan meninggalkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Global. Di Sun Life, Alejandro mengurus Akaun Utama global serta pasukan Jualan dan firma itu mengalami pertumbuhan mendadak di seluruh wilayah hasil pimpinan beliau. Sebelum menyertai Sun Life pada tahun 2008, Alejandro berkhidmat selama 12 tahun di Putnam Investments dengan memegang pelbagai jawatan dalam aktiviti perniagaan luar persisir firma itu. Alejandro menghabiskan program ijazah beliau di CENP dekat Madrid dan mampu bertutur dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol.

Ketua Pegawai Eksekutif Northstar. Michael Staveley mengulas:

"Kami berasa gembira kerana Alejandro bersetuju mengisi jawatan Ketua Bahagian Pengedaran yang baru diwujudkan ini dan kami berharap beliau akan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan firma yang berterusan. Alejandro akan bekerja rapat dengan ahli Pasukan Eksekutif lain dan Pengarah untuk mencari jalan yang terbaik dalam meluaskan rangkaian pengedaran global firma ini serta menambah baik rangkaian produk kami. Platform Northstar telah beroperasi sejak 17 tahun yang lalu dan penjawatan penting ini menunjukkan komitmen kami yang berterusan dalam perniagaan antarabangsa."

Latar Belakang Northstar

Ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Nationwide Financial Services (Bermuda) Limited dan dinamakan semula sebagai Northstar pada tahun 2005, firma ini menyediakan penyelesaian kewangan untuk memenuhi keperluan pelanggan bukan AS serta menawarkan pelbagai pelan pelaburan kadar tetap dan berubah-ubah yang menarik untuk kumpulan pelanggan antarabangsa. Produk kadar tetap daripada firma itu menawarkan kadar faedah munasabah yang digandingkan dengan pilihan untuk menambah perlindungan pada modal pokok. Produk kadar berubah-ubah daripada Northstar menawarkan pelaburan dengan akses kepada pelbagai dana yang diuruskan oleh beberapa pengurus aset terkemuka dengan perpindahan percuma tanpa had antara pilihan pelaburan dasar. Semua produk daripada Northstar memberikan pelanggan perlindungan akaun pengasingan, syarat kecairan yang baik dan pelbagai tempoh komitmen yang fleksibel, serta faedah daripada struktur amanah Bermuda seperti keselamatan kewangan, kerahsiaan dan kefleksibelan pemindahan harta yang dipertingkat. Bekerjasama dengan ramai rakan pengedar seperti bank dan institusi kewangan lain, Northstar memiliki pelanggan dari lebih 100 buah negara.

Northstar dikawal selia oleh Lembaga Kewangan Bermuda dan adalah sebuah Syarikat Pengasingan Akaun (Segregated Accounts Company).

Northstar Financial Services (Bermuda) Ltd. +1(441)296-1351 | northstarbermuda@nfs.bm

http://www.northstarfinancialservices.bm

Sumber: Northstar

Source: Northstar
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements