omniture

Vinkristina Bersalut Liposom Disediakan untuk Pesakit Leukimia Limfoblastik Melalui Platform myTomorrows Global

myTomorrows and Spectrum Pharmaceuticals, Inc.
2015-12-10 21:30 424

AMSTERDAM, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ --

myTomorrows (Amsterdam, Belanda), hari ini mengumumkan ia telah menjalin kerjasama dengan Spectrum Pharmaceuticals, Inc. (Henderson, AS; NasdaqGS: SPPI) bagi memberikan akses kepada vinkristina yang bersalut liposom untuk rawatan leukemia limfoblastik akut kromosom negatif Philadelphia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277773LOGO )

Pada Ogos 2012, FDA AS telah meluluskan produk itu untuk rawatan penyakit leukemia yang jarang berlaku ini. Melalui platform berasaskan Internet myTomorrows, produk tersebut kini boleh didapati oleh pesakit dan doktor di seluruh negara di dunia, kecuali China, Taiwan, dan Hong Kong, melalui Program Akses Awal.

"Kami gembira kerana berjaya memberikan akses vinkristina bersalut liposom kepada pesakit leukemia di luar Amerika Syarikat, di negara-negara yang belum lagi memberikan kelulusan pasaran untuk rawatan tersebut," kata Dr. Ronald Brus MD, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif myTomorrows. "Dengan menangani proses kelulusan yang rumit dan lambat daripada pihak kawal selia serta syarikat insurans kesihatan bagi pihak pesakit, kami ingin meringankan beban pesakit serta doktor dengan memenuhi permintaan mereka sepantas mungkin."

Joseph Turgeon, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Spectrum Pharmaceuticals berkata. "Kami berharap dapat meluaskan kerjasama kami bersama myTomorrows untuk turut memasarkan produk ini kepada doktor dan pesakit melalui platform global myTomorrows. Ia memberikan satu lagi pilihan kepada pesakit leukemia limfoblastik akut yang tidak memberi respon kepada terapi sedia ada serta memberi peluang kepada Spectrum untuk membantu mereka memerangi penyakit yang dahsyat ini."

Latar Belakang myTomorrows

myTomorrows menyediakan akses perkhidmatan kepada pesakit dan doktor yang memerlukan ujian diagnostik dan ubat-ubatan yang dibangunkan. Platform internet myTomorrows juga menyediakan maklumat umum yang seragam tentang program akses awal, ujian klinikal, dan ujian diagnostik untuk menambah baik proses membuat keputusan berasaskan data serta membolehkan farmakoterapi yang rasional.

http://www.mytomorrows.com

Latar Belakang Spectrum Pharmaceuticals, Inc.

Spectrum Pharmaceuticals ialah sebuah syarikat bioteknologi terkemuka yang memfokuskan pemerolehan, pembangunan dan pengkomersilan produk ubat-ubatan, dengan memberi tumpuan kepada Onkologi dan Hematologi. Spectrum serta ahli gabungannya memasarkan lima ubat-ubatan onkologi. Selain itu, antara produk yang bakal dilancarkan oleh Spectrum ialah tiga ubat-ubatan yang telah berada pada tahap lanjutan dalam ujian klinikal. Rekod prestasi Spectrum yang kukuh dalam pelesenan dan pemerolehan pelbagai ubat-ubatan, kepakaran, serta pembangunan klinikal dengan rekod prestasi terbukti menghasilkan banyak calon produk yang utuh, pelbagai serta bertambah jumlahnya pada peringkat lanjutan kajian Fasa 2 dan 3. Untuk lebih maklumat tentang Spectrum, sila lawati http://www.sppirx.com

Hubungi Erdem Yavuz, +31-88-525-3888, Erdem.Yavuz@mytomorrows.com

Sumber: myTomorrows and Spectrum Pharmaceuticals, Inc.

 

Source: myTomorrows and Spectrum Pharmaceuticals, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:SPPI
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements