omniture

LKK Health Products Group Limited Jalin Kerjasama dengan Vanke Property (Hong Kong) Company Limited Ambil Alih Shanghai Corporate Avenue 3

LKK Health Products Group
2015-12-11 09:08 492

SHANGHAI, 11 Disember 2015 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group Limited ("LKKHPG"), ahli Lee Kum Kee, mengumumkan ia telah memeterai satu perjanjian jual beli untuk mengambil alih Shanghai Corporate Avenue 3 ("Harta Tanah") dengan harga yang diusulkan sebanyak RMB 5,700 juta (kira-kira HKD 6,870 juta) melalui Bayline Global Limited. Bayline Global Limited merupakan usaha sama antara anak-anak syarikat LKKHPG dan Vanke Property (Hong Kong) Company Limited ("VPHK") (kod saham SEHK: 2202) masing-masing, yang mana LKKHPG akhirnya memiliki 90% daripada syer manakala VPHK memiliki 10% daripada syer tersebut. Setelah pembelian dimuktamadkan, LKKHPG akan menggunakan khidmat anak syarikat VPHK, V Capital, untuk menjadi pengurus aset bersepadu untuk Harta Tanah itu dan seterusnya hingga masa depan.

Corporate Avenue 3 (Siang)
Corporate Avenue 3 (Siang)

 

Corporate Avenue 3 (Malam)
Corporate Avenue 3 (Malam)

Harta Tanah itu, yang dibangunkan oleh Shui On Land Limited (kod saham SEHK: 272), memiliki ruang lantai kasar (termasuk ruang bawah tanah) seluas kira-kira 87,295 meter persegi. Harta Tanah itu terdiri daripada menara pejabat gred A setinggi 24 tingkat dengan 23 lantai pejabat boleh sewa dan lima tingkat ruang jual beli, serta kira-kira 384 ruang letak kereta.

Siap pada separuh pertama tahun 2015, Harta Tanah itu dijadualkan akan dibuka pada hujung tahun 2015. Beralamat di No 168, Jalan Hubin, Daerah Huangpu, Shanghai, Harta Tanah itu berada di blok utama pembangunan Xintiandi dan diiktiraf sebagai mercu tanda baharu Shanghai. Terletak berhampiran dengan Jalan Tengah Huaihai (Huaihai Middle Road) dan Shanghai Xintiandi, daerah perniagaan komersial unggul di Shanghai, Harta Tanah itu dilengkapi kemudahan sokongan yang lengkap dan jaringan pengangkutan yang lancar. Dengan potensi yang tinggi untuk menjadi rebutan, Harta Tanah itu merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menarik.

Pengambilalihan harta tanah premium itu memperlihatkan keyakinan LKKHPG terhadap pembangunan masa depan China dan mengukuhkan lagi asas kemajuan Kumpulan itu.

Latar Belakang LKK Health Products Group Limited

Perniagaan LKKHPG meliputi empat bidang utama, iaitu ladang herba Cina, penyelidikan & pembangunan (R&D), pembuatan, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan perubatan Cina tradisional (TCM), platform internet mudah alih, serta pelaburan harta tanah. Beribu pejabat di Hong Kong, Kumpulan itu mempunyai beberapa buah anak syarikat di tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/0861512284-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/0861512284-b

Source: LKK Health Products Group
Related Stocks:
HongKong:0272 HongKong:2202 OTC:CVKEY OTC:SOLLY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Health Care/Hospital Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers