omniture

APACMed Lancar Forum MedTech Asia Pasifik 2015

Acara pertama industri ini menerokai sejauh mana akses kepada peralatan perubatan, inovasi terkini dan kerjasama penting untuk merintis masa depan yang sihat bersama-sama
Asia Pacific Medical Technology Association
2015-12-14 09:59 559

SINGAPURA, 14 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Forum MedTech Asia Pasifik 2015, iaitu acara utama di rantau ini untuk golongan profesional dalam bidang teknologi perubatan, dimulakan hari ini di Singapura dengan tema Bersama Merintis Masa Depan yang Sihat (Pioneering a Healthy Future Together).

Dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed), persidangan selama dua hari itu akan mengetengahkan isu yang mendorong industri serta kepentingan inovasi dan kerjasama untuk membantu memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk di Asia Pasifik. Bagi mendapatkan agenda lengkap, sila lawati medtechforum.asia.

Penemuan daripada kajian terkini dalam industri teknologi perubatan akan dikongsikan di persidangan itu oleh firma perunding pengurusan global, McKinsey & Company. Kertas putih itu menyelidik peluang dan cabaran dalam industri teknologi perubatan di Asia Pasifik dan menggariskan cadangan yang boleh diusahakan oleh industri ini untuk mendorong perubahan.

"Forum ini berlangsung pada masa yang tepat di rantau Asia Pasifik yang mana ia diduduki oleh dua pertiga daripada populasi dunia tetapi sebahagian besarnya tidak menerima penjagaan kesihatan yang secukupnya. Sektor teknologi perubatan yang bernilai AS$400 bllion menyediakan penyelesaian yang inovatif untuk mendepani cabaran ini," kata Fredrik Nyberg, Ketua Pegawai Eksekutif APACMed.

"Rantau kita sangat luas dan padanya terdapat cabaran dalam penjagaan kesihatan yang rumit. APACMed memiliki kedudukan yang tersendiri untuk menjadi wakil suara industri ini dalam membentuk dasar. Hanya melalui perkongsian dan kerjasama kita mampu melakukan perubahan yang sebenar."

Forum itu dimulakan dengan ucapan daripada pesakit barah payudara yang terselamat dan penasihat pesakit Trish Hepburn.

"Saya didiagnos dengan barah payudara dua tahun lalu dan walaupun ia adalah satu kejutan buat saya dan keluarga, saya sangat bersyukur kerana dapat membuat keputusan yang tepat berkenaan pemilihan rawatan dan pembedahan saya. Terdapat kemajuan yang pesat dalam bidang peralatan dan teknologi perubatan berbanding 10 tahun lalu yang memberikan kesan yang besar pada pesakit. Walau bagaimanapun, saya sedar terdapat ramai pesakit di seluruh Asia Pasifik yang tidak memiliki akses kepada beberapa teknologi dan rawatan yang mampu menyelamatkan nyawa mereka, sama ada disebabkan oleh masalah pembayaran balik mahupun prasarana kesihatan itu sendiri."

Beberapa siri sidang pleno dan sesi dalam kumpulan akan diadakan untuk membincangkan topik yang melibatkan persekitaran kawal selia, inovasi, dasar dan bakat. Beberapa sorotan panel yang menarik sepanjang dua hari persidangan itu ialah, Masa Depan Pendidikan Perubatan (The Future of Medical Education), Inovasi Terkini dalam Penjagaan Kesihatan (Distruption Innovation in Healthcare) dan Perbincangan antara KPE dalam Membentuk Masa Depan Penjagaan Kesihatan (CEO Roundtable on Shaping the Future of Healthcare).

Pertanyaan media boleh dibuat ke Pejabat Akhbar APACMed melalui APACMed@edelman.com.

Latar Belakang APACMed
Persatuan Teknologi Perubatan Asia Pasifik (APACMed) menyediakan suara lantang bagi industri peralatan perubatan dan diagnostik in-vitro di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada tahun 2014, APACMed berusaha menggalakkan inovasi dan membawa kesan melalui dasar yang memajukan akses penjagaan kesihatan untuk para pesakit. Anggota terkini terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam teknologi perubatan.
Untuk mendapatkan senarai lengkap, sila ke: http://www.apacmed.org/membership

Ikuti kami di:
Twitter: https://twitter.com/apacmed
Facebook: https://www.facebook.com/APACMed
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/asia-pacific-medical-technology-association
Laman Sesawang: http://www.apacmed.org/

Wakil Media:

Ashley Lau 
Edelman Public Relations Singapore 
Tel: +65-6494-1578
E-mel: ashley.lau@edelman.com

Source: Asia Pacific Medical Technology Association
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals