omniture

HNA Tourism Diiktiraf Sebagai Kumpulan Pelancongan Bersepadu Terkemuka Dunia semasa Anugerah Pelancongan Dunia

HNA Tourism adalah Kumpulan Pelancongan China Pertama yang Merangkul Anugerah itu
HNA Tourism Group
2015-12-15 02:45 478

EL JADIDA, Maghribi, 15 Disember 2015 /PRNewswire/ -- HNA Tourism Group ("HNA Tourism"), konglomerat perniagaan pelancongan strategik bagi HNA Group, telah dinobatkan sebagai Kumpulan Pelancongan Bersepadu Terkemuka Dunia pada Peringkat Akhir Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) yang diadakan di El Jadida, Maghribi pada 12 Disember 2015. Dengan ini, HNA Tourism menjadi syarikat China pertama yang menerima anugerah itu dan satu-satunya syarikat yang meraih anugerah tersebut pada ketiga-tiga peringkat, iaitu di China, Asia dan Dunia.

WTA Founder and President Graham Cooke hands over the trophy for the Worlds Leading Integrated Tourism Group
WTA Founder and President Graham Cooke hands over the trophy for the Worlds Leading Integrated Tourism Group

Pengasas dan Presiden WTA Graham Cooke menyerahkan trofi untuk anugerah Kumpulan Pelancongan Bersepadu Terkemuka Dunia

Pemenang anugerah yang diumumkan pada Pertandingan Akhir itu dipilih oleh jawatankuasa penghakiman yang terdiri daripada pihak-pihak tertentu dalam industri pelancongan dari lebih 180 buah negara dan wilayah seluruh dunia. Selain HNA Tourism, lebih 100 buah syarikat pelancongan terkemuka lain telah dicalonkan dan menghadiri acara itu.

Anugerah Pelancongan Dunia itu yang merupakan penghormatan tertinggi bagi industri pelancongan global, telah diiktiraf sebagai "Anugerah Oscar dalam Industri Pelancongan" oleh Wall Street Journal. Setiap tahun, beberapa buah syarikat hebat dalam sektor pelancongan diiktiraf dan dianugerahkan selepas proses penilaian dan pemeriksaan yang teliti oleh jawatankuasa penghakiman.

HNA Tourism, syarikat yang ditubuhkan dan dimajukan di China sedang mengalami tempoh perluasan global yang pesat ketika ia mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global terkemuka. Pertumbuhan global ini berlaku serentak dengan pengiktirafan yang semakin banyak diterima daripada badan perindustrian terkemuka seperti WTA. Semasa menyampaikan anugerah itu kepada HNA Tourism, Presiden dan Pengasas WTA Graham E. Cooke berkata: "Pada bulan November yang lalu, saya menyampaikan dua anugerah iaitu Syarikat Pengurusan Pelancongan Terkemuka China dan Kumpulan Pelancongan Bersepadu Terkemuka Asia kepada HNA Tourism. Saya tertanya-tanya mungkinkah nama HNA Tourism akan muncul lagi hari ini. Tiga anugerah penting yang diraih pada tahun 2015 ini menunjukkan kehebatan dan potensi kemajuan HNA Tourism telah diktiraf oleh komuniti global dalam industri ini. Kami berharap HNA Tourism akan terus mencipta kejayaan cemerlang dan menyediakan pengalaman pelancongan yang lebih luar biasa."

Anugerah terbaharu ini diterima pada penghujung tahun yang penting untuk HNA Tourism yang menyaksikan mereka berjaya mendapatkan pelaburan signifikan serta perkongsian strategik bersama kumpulan hospitaliti dan pelancongan antarabangsa yang terkemuka termasuk NH Hotels, Tsogo Sun Hotels, Red Lion Hotels, Swissport, Kuoni Travel, Hawker Pacific, PVCP Group dan Tuniu.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151214/0861512278

Source: HNA Tourism Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards New products/services