omniture

Fragrance Du Bois Berkolaborasi Dengan Dewan Perniagaan Perancis untuk Satu Malam yang Padat dengan Rangsangan Deria

Fragrance Du Bois
2015-12-15 14:32 580

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Apabila bercakap tentang seni penghasilan wangian, warga Perancis sudah tidak syak lagi diiktiraf sebagai peneraju dalam industri ini. Baru-baru ini, Fragrance Du Bois berkolaborasi dengan Dewan Perniagaan Perancis di Singapura, untuk memulakan satu pengembaraan yang menyeronokkan serta mengasyikkan ke dalam dunia wangian yang dipenuhi nikmat dan keindahan. Sesi tersebut yang diadakan pada 12 November 2015 di butik utama Fragrance Du Bois di Hotel Fullerton yang ikonik di Singapura, telah diaturkan untuk ahli dewan perniagaan saling bertemu, dan lebih penting lagi, untuk menemui wangian yang sempurna untuk mereka.

Dengan bantuan kit utama aroma Fragrance Du Bois yang baru dilancarkan iaitu L'essence Du Bois, para peserta dapat memahami dengan lebih baik struktur dan kerumitan minyak wangi, serta sejarah wangian yang menarik, daripada kemunculan pertamanya dalam tamadun kita, sehinggalah kepada trend semasa dalam industri moden.

Kit tersebut – direka bentuk berdasarkan alat merasa wain seperti 'Le Nez du Vin' -- menampilkan 53 minyak sari dan bahan yang ditemui dalam ciptaan Fragrance Du Bois, termasuk minyak Oud Fragrance Du Bois yang 100% tulen dan lestari, disumberkan daripada syarikat pengurusan perladangan yang merangkul anugerah, Asia Plantation Capital.

Para peserta disajikan dengan malam penuh mengujakan dengan menemui pelbagai langkah dalam perumusan minyak wangi, dan menerokai pelbagai kumpulan olfaktori yang dipadankan bersama dalam komposisi minyak wangi yang dihasilkan dengan penuh teliti. Fragrance Du Bois telah mencipta "permainan wangian" mereka sendiri, bagi membantu proses membezakan antara bau-bauan tertentu serta mempelajari tentang sifatnya yang saling melengkapi, dan ia sangat berkesan khususnya semasa mendidik peserta tentang perbezaan antara minyak Oud 100% tulen organik sepenuhnya yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dalam semua rekaannya, dengan bahan sintetik yang digunakan oleh kebanyakan syarikat minyak wangi lain. Semua peserta bersetuju bahawa tiada apa yang dapat menandingi bahan sebenar.

Perunding khas Fragrance Du Bois memulakan pengembaraan yang merangsang deria dan menyeronokkan ke dalam kenikmatan dunia wangian, dengan kit L'essence Du Bois.
Perunding khas Fragrance Du Bois memulakan pengembaraan yang merangsang deria dan menyeronokkan ke dalam kenikmatan dunia wangian, dengan kit L'essence Du Bois.

"Di Fragrance Du Bois, sebahagian daripada etos kami adalah untuk mendidik para pelanggan tentang falsafah kami dan kepentingan menggunakan bahan yang lestari," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama, Fragrance Du Bois. "Kami tidak menjemput para peserta untuk mendengar ceramah, sebaliknya kami percaya dalam menyediakan pengalaman amali dalam pembuatan minyak wangi nic, membuatkannya menarik dan interaktif semampu yang boleh. Kit L'essence Du Bois telah dihasilkan khusus untuk tujuan ini, dan kami percaya ia bakal mencetuskan impak besar dalam industri ini."

Sesi itu yang dihadiri oleh pengarah dan pengurus daripada pelbagai syarikat berprofil tinggi di Singapura, diadakan dalam kumpulan kecil untuk mencipta pengalaman yang lebih peribadi serta intim untuk para peserta. Semua peserta menerima minyak wangi Fragrance Du Bois mereka sendiri, yang dipilih semasa sesi rundingan persendirian yang mana seorang Pakar Wangian (Maitre Parfumeur) syarikat membantu individu itu dalam usaha mendapatkan wangian yang paling sesuai dengan perwatakan mereka, menggunakan kesebatian olfaktori dan roda wangian warna.

"Saya begitu seronok dapat mengenali jenama ini, dan semua ciptaan Fragrance Du Bois," ulas seorang peserta daripada AXA Singapore. "Ia memang membuka mata saya. Selepas sesi itu, saya mendapat lebih banyak ilmu tentang dunia wangian, dan bolehlah saya berbangga kerana dapat menghadirinya. Saya sangat sarankan bengkel ini dan tidak sabar-sabar lagi mahu memiliki kit L'essence Du Bois saya sendiri."

Clotilde Antoine, Pengurus Jenama Fragrance Du Bois (kiri), sewaktu satu sesi rundingan wangian bersama peserta.
Clotilde Antoine, Pengurus Jenama Fragrance Du Bois (kiri), sewaktu satu sesi rundingan wangian bersama peserta.

"Dewan Perniagaan Perancis gembira dapat mewujudkan perkongsian strategik bersama Fragrance Du Bois," kata Anne Validire, Pengurus Acara & Promosi, Dewan Perniagaan Perancis, Singapura.

"Acara malam ini sangat membawa kejayaan dan banyak memberi pengetahuan baharu. Semua peserta kami menikmati pengalaman yang memuaskan hati semasa sesi itu. Berbanding sesi pertemuan lain yang telah diadakan tahun ini, saya berani katakan ini sudah semestinya salah satu acara kami yang paling inovatif dan menyeronokkan. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan perkongsian kami dengan Fragrance Du Bois pada masa depan."

Fragrance Du Bois merupakan ahli Dewan Perniagaan Perancis, di samping jenama mewah Perancis lain di Singapura seperti LVMH, Hermes, Chanel dan Dior, antaranya.

L'essence Du Bois Kit boleh didapati dalam kuantiti terhad dengan harga SGD 1,495.

--

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +6013 774 1009

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam dan Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian mewah nic yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse pada abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan lain yang disumberkan secara lestari dari ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang merangkul anugerah, Asia Plantation Capital.

Dengan butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois bakal membuka lebih banyak cawangan di Dubai, Hong Kong, dan Thailand dalam tahun akan datang. Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman paling berkualiti tinggi dalam pembuatan minyak wangi tersuai khusus, namun masih kekal berpegang pada etosnya - "Kemewahan peribadi berkesedaran".

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali pelbagai pertanian komersial dan perniagaan ladang merentasi rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group.

Menerajui usaha dalam pengurusan ladang yang lestari, Asia Plantation Capital bekerjasama rapat bersama, dan membantu masyarakat tempatan dengan menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan juga pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia.

Sehingga ke hari ini, Asia Plantation Capital mempunyai hampir 126 projek perladangan dan pertanian di empat benua di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara, dan Eropah.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151120/8521507966-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151120/8521507966-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail