omniture

Asia Plantation Capital Sambut Pengarah Baharu ke dalam Lembaga

Asia Plantation Capital
2015-12-15 14:38 563

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital Berhad, salah sebuah syarikat pengurusan ladang yang pesat membangun di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja'afar DK, DKYR, SPNS, SPMP, PPT, sebagai ahli terbaharu Lembaga Pengarah Asia Plantation Capital.

Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin berada di majlis perasmian butik Fragrance Du Bois di Malaysia pada September lalu
Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin berada di majlis perasmian butik Fragrance Du Bois di Malaysia pada September lalu

"Kami di Asia Plantation Capital berbesar hati dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Naquiyuddin ke dalam lembaga pengarah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Steve Watts. "Baginda adalah seorang pemimpin dan ahli perniagaan yang disegani dengan visi yang jauh serta fokus yang mendalam. Beliau banyak membangunkan syarikat-syarikat sehingga mencapai pertumbuhan yang kukuh serta mampan, dan kami percaya Tunku Naquiyuddin akan memanfaatkan pengalaman, kepakaran, bakat, serta tenaga di sini."

Tunku Naquiyuddin menyertai Lembaga Pengarah sebagai bekas diplomat bertaraf tinggi dan ahli perniagaan yang hebat dengan minat yang luas dan pelbagai. Baginda pada masa ini berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif di Antah HealthCare Group dan merupakan salah seorang ahli Lembaga di empat buah syarikat awam – Orix Leasing (M) Bhd., Kian Joo Can Factory Berhad, Sino Hua-An International Berhad, serta Ann Joo Resources Bhd.

Baginda pernah menjadi Setiausaha Kedua di Kementerian Luar Negeri, dan ditempatkan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis. Tunku Naquiyuddin kemudiannya mengetuai Antah Holdings Berhad sebagai Pengerusi (jawatan yang disandang sehingga tahun 2007), yang mana jawatan itu dikosongkan selama lima tahun iaitu semasa tempoh perkhidmatan baginda sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari tahun 1994 hingga 1999.

Selain itu, sebagai seorang yang sangat bersungguh-sungguh dan komited dalam isu kelestarian alam sekitar, Tunku Naquiyuddin merupakan Ahli Jawatankuasa World Wide Fund for Nature (Malaysia) dan Ahli Majlis kepada Majlis Perniagaan untuk Pembangunan Mampan – sebuah pertubuhan yang berpusat di Geneva. Baginda juga ialah Pengasas dan Ketua kepada Federation of Public Listed Companies, Ahli Majlis Pusat Kanada-ASEAN, dan Ahli Jawatankuasa Bursa Malaysia.

Tunku Naquiyuddin mengasaskan Yayasan Tunku Naquiyuddin (YTN), sebuah yayasan amal yang menyediakan bantuan kepada golongan pelajar muda daripada kalangan keluarga miskin. YTN pernah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan bagi membenteras demam malaria dan denggi (penyakit bawaan vektor yang paling kerap berlaku di dunia yang boleh menyebabkan penyakit yang serius). Tunku Naquiyuddin juga menjalani kehidupan dan menjadi contoh terbaik bagi amalan gaya hidup yang sihat serta aktif dan baginda juga turut mengasaskan dan menjadi penaung kepada Acara Separuh Maraton Seremban tahunan yang menyalurkan hasil kutipan untuk menampung keperluan kewangan kepada bakal-bakal atlet di negeri itu.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +6013 774 1009

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan di Malaysia, membangunkan ladang baharu, dan kilang untuk pengeluaran gaharu serta produk-produk lain yang berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Pada awal tahun ini, Asia Plantation Capital membuka kilang pemprosesan dan penyulingan Gaharu terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group adalah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah, dengan projek di empat benua serta tenaga kerja global melebihi 2,000 orang kakitangan. Sebagai peneraju industri ini, Lembaga Penasihat Saintifik kami terdiri daripada ahli-ahli akademik tersohor dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang telah membangunkan serta mempatenkan teknologi dan juga sistem tercanggih dalam industri.

Dengan fokus terhadap projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menyediakan kombinasi faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah mewujudkan sebuah syarikat 'tiga dimensi dasar' ('triple bottom line') yang berjaya serta dinamik.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151203/8521508293-a

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Workforce Management/Human Resources Personnel announcements