KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- BookDoc kini memudahkan penggunanya untuk menghadiri janji temu perubatan melalui satu kerjasama strategik dengan MYTEKSI. BookDoc, dalam usaha untuk menyediakan akses penjagaan kesihatan yang lebih mudah, melihat kerjasama ini sebagai tambahan terhadap kemudahan yang disediakan, daripada tempahan maya kepada pengangkutan.
Dilancarkan pada Oktober 2015, BookDoc adalah Platform Penjagaan Kesihatan Dalam Talian Pertama di Malaysia yang bermatlamat untuk menghubungkan pesakit dengan pakar penjagaan kesihatan, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. MYTEKSI pula, sebuah syarikat baharu yang pesat membangun dan kini menjadi aplikasi pengangkutan darat paling popular yang terbesar di Asia Tenggara ingin merevolusikan industri pengangkutan di Malaysia dengan menyediakan penyelesaian tempahan teksi yang lebih selamat dan mudah. Bersama-sama, kedua-dua syarikat baharu ini akan menambah baik platform teknologi mereka supaya pengguna boleh menempah teksi dengan mudah selepas menetapkan janji temu melalui BookDoc.
"Bayangkan pada hari anda tidak sihat dan memerlukan seorang doktor dengan segera. Sudah tentu anda tidak mahu melalui trafik yang sesak, mencari tempat letak kereta atau menyusahkan seseorang untuk menghantar anda dan berdepan dengan risiko doktor tersebut telah tiada. Di sinilah BookDoc dan MYTEKSI akan membantu", kata Dato' Chevy Beh, pengasas BookDoc.
Hal itu turut disokong oleh Jaygan Fu, Pengurus Besar MYTEKSI Malaysia, "Setelah anda membuat janji temu melalui BookDoc untuk orang yang tersayang, jika anda sibuk pada masa itu, biarkan pemandu yang melalui saringan ketat oleh MYTEKSI mengambil alih tugas menghantar dan mengambil pesakit kepada doktor yang berkenaan pada bila-bila masa di mana-mana jua."
Malaysia adalah lokasi pertama kerjasama itu berlangsung. BookDoc sedang merancang untuk meluaskan kerjasama itu bersama MYTEKSI ke pasaran baharu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua syarikat baharu ini, sila lawati:
BookDoc melalui bookdoc.com
MYTEKSI melalui grabtaxi.com
Valerie Voon
+60-1300-88-2362
valerievoon@bookdoc.com