omniture

Gwyneth Paltrow, Wajah Baharu TOUS 2016

TOUS
2015-12-16 09:49 249

BARCELONA, Sepanyol, 16 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Jenama barangan kemas TOUS memilih Gwyneth Paltrow sebagai bintang untuk kempen pengiklanan global mereka yang akan datang. Bulan Januari akan menyaksikan pelancaran Tender Stories Nº4, iaitu kempen pertama yang dibintangi oleh pelakon itu. Matlamat utama kempen itu adalah untuk memaparkan kelembutan sebagai nilai sejagat TOUS, melalui satu kisah menarik yang diceritakan menggunakan unsur sinematografi indah.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151214/295541 )

Seperti dalam kempen Tender Stories sebelum ini, kempen visual itu akan didatangkan dengan video yang dibintangi oleh pelakon itu, yang mengisahkan satu cerita yang ingin menerokai lagi nilai penting jenama itu dengan nada yang santai, pintar, penuh penghayatan dan menyeronokkan.

"Kami berasa gembira kerana Gwyneth akan menjadi wajah TOUS untuk kempen kami yang akan datang," kata Rosa Tous, naib presiden korporat TOUS. "Selain seorang wanita yang jelita, Gwyneth juga merupakan pelakon berbakat yang mampu menyampaikan nilai penting di sebalik jenama kami: kelembutan."

Pemenang Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik, pencipta laman sesawang gaya hidup Goop dan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya, Gwyneth Paltrow bersedia menjadi bintang baharu dalam dunia TOUS.

Latar Belakang TOUS

Ditubuhkan pada tahun 1920, syarikat itu benar-benar mencapai kemajuan semasa dipimpin oleh Rosa Oriol dan Salvador Tous dengan memfokuskan konsep barangan kemas inovatif, yang menyerlah dalam pasaran barangan kemas tradisional. TOUS dikenali sebagai jenama barangan kemas gaya hidup dengan pelbagai pilihan beg tangan, wangian, jam tangan, kaca mata dan aksesori dengan konsep kemewahan mampu milik.

Terdapat di 5 buah benua dengan lebih 500 buah gedung di bandar-bandar seperti Barcelona, Madrid, New York, Miami, Shanghai, Tokyo, Moscow, Mexico DF atau Dubai, TOUS mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global.

http://www.tous.com

Hubungi:

Marina Colom - mcolom@tous.com
Alba Comabella - acomabella@tous.com
Meritxell Boy - mboy@tous.com
Anna Soler - asolero@tous.com
+34-93-878-4444

Sumber: TOUS

Source: TOUS
Keywords: Entertainment Fashion Jewelry Retail