omniture

Mindshare Akhiri Tahun dengan Kedudukan Terhebat Dalam Semua Anugerah Utama

Mindshare
2015-12-16 14:18 608

LONDON, NEW YORK dan SINGAPURA, 16 Disember 2015 /PRNewswire/ --  

Mindshare, rangkaian agensi media global yang merupakan sebahagian daripada WPP, mengakhiri tahun ini dengan merangkul sejumlah anugerah tertinggi dari seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151123/290080LOGO )

Senarai anugerah tahun 2015 yang dirangkul oleh agensi itu termasuk:

  • Agensi Media Terbaik Tahunan - Cristal Festival
  • Rangkaian Media Terbaik Tahunan - Campaign Asia Pacific
  • Agensi Media Terbaik Tahunan di China, India, Asia Selatan, Seluruh Asia Selatan, Asia Tenggara, Indonesia & Singapura - Campaign Asia Pacific
  • Agensi Mudah Alih Terbaik Tahunan Global, APAC, dan EMEA - MMA SMARTIES
  • Agensi Mudah Alih Terbaik Tahunan di UK, China, India dan Indonesia - MMA SMARTIES
  • Media Lions Grand Prix [Y&R Team Red Istanbul] - Festival Kreativiti Cannes
  • Anugerah Emas dan Perak Media Lions - Festival Kreativiti Cannes [Nike & Dove]
  • 2 x Pemenang Global EFFIE [Jaguar & Nike]
  • Rangkaian Agensi Terbaik Tahunan - Festival Media MENA
  • Rangkaian Agensi Terbaik Tahunan - Cristal MENA
  • Agensi Terbaik Tahunan - EMVIES (India)
  • Agensi Terbaik Tahunan - MADDIES (India)
  • Agensi Terbaik Tahunan - Anugerah Big Bang Awards (India)
  • Agensi Digital Terbaik Tahunan - Anugerah Afaqs Digital (India)
  • 2 x Rancangan Media Terbaik Tahunan AdWeek (AS)
  • Agensi Sosial Terbaik Tahunan - Mediapost (AS)
  • Agensi Terbaik Tahunan - Anugerah Felis (Turki)
  • Grand Prix - Anugerah Persekutuan Media Australia

Antara pelanggan yang membantu Mindshare meraih kejayaan termasuk Unilever, Jaguar, Nike, Vodafone, KFC, L'Oreal, PepsiCo, Lufthansa, Castrol, HSBC, dan ramai lagi.

Kecemerlangan Mindshare dalam pasaran mudah alih adalah suatu kejayaan hebat dan hal ini diulas oleh Greg Stuart, Ketua Pegawai Eksekutif Mobile Marketing Association: "Mudah sahaja, Mindshare memang mendahului dalam pasaran mudah alih."

Nick Emery, Ketua Pegawai Eksekutif Global di Mindshare berkata: "Kami bergerak dalam agensi kerana kami ingin mewujudkan perkara baharu untuk pelanggan kami. Tahun 2015 adalah antara tahun yang terbaik dalam sejarah kami kerana pelanggan dan industri mengiktiraf hasil kerja kami."

Latar Belakang Mindshare:

Mindshare ialah sebuah rangkaian agensi media global dengan pendapatan melebihi AS$34.5 bilion (sumber: RECMA). Rangkaian itu mempunyai lebih 7,000 kakitangan, di 116 buah pejabat merentasi 86 buah negara di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Pasifik. Lawati kami di http://www.mindshareworld.com dan ikuti kami di
Twitter @mindshare dan facebook.com/mindshare serta LinkedIn.com/company/mindshare.

Source: Mindshare
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Awards