omniture

Tata Value Homes Perkenal 'Faedah Gandakan Nilai Wang Anda'

Usul Ideal Tahun ini untuk Pembeli Kediaman NRI Menempah Rumah Idaman Mereka di Seluruh India
Tata Housing
2015-12-17 11:59 270

NEW DELHI, 17 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Tata Value Homes, 100% subsidiari Tata Housing, salah sebuah syarikat hartanah yang berkembang paling pesat di India, hari ini mengumumkan tawaran tempoh terhad "Gandakan Nilai Wang Anda" secara eksklusif untuk mereka yang Bukan Pemastautin India (NRI) di seluruh dunia, yang ingin memenuhi keinginan mereka bagi memiliki rumah di India. Dengan nilai Dolar yang semakin kukuh iaitu hampir 7% mulai Januari 2015 hingga ke hari ini, menerusi skim semasa itu, pengguna boleh mendapatkan faedah serta-merta sehingga 7% bagi projek Tata Value Homes di India. Pelanggan boleh menempah rumah idaman mereka pada harga antara 17 lakh - 75 lakh di seluruh negara dengan membayar harga tempahan bernilai Rs. 30,000 di http://www.TataValueHomes.com.

Pendaftaran untuknya telah bermula dan tempahan akan dibuka pada 17 Disember berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Memandangkan ini adalah masa yang sangat sesuai untuk NRI melabur dalam kediaman impian mereka, Tata Value Homes memperkenalkan 'Faedah Gandakan Nilai Wang Anda' yang membolehkan pembeli NRI mendapatkan faedah tambahan daripada tempahan sebanyak 7% peratus hingga 20 Disember 2015 bagi semua hartanah di seluruh India.

Semasa mengumumkan tawaran ini, En. Brotin Banerjee, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan - Tata Housing, berkata, "Kami percaya ini adalah masa terbaik untuk NRI membeli rumah idaman mereka di India. Nilai rupee yang merosot telah memberi ruang dari segi ekonomi untuk NRI kerana ia membolehkan mereka membeli hartanah pada nilai yang lebih rendah. Bagi membuktikan trend ini, kami melihat peratusan pertanyaan NRI meningkat daripada 15% yang sedia ada kepada 18%, dan sebagai satu usaha untuk menggalakkan penglibatan kami dalam segmen ini, kami memperkenalkan tawaran ini yang akan memberikan insentif tambahan kepada NRI untuk membeli hartanah di India."

Tata Value Homes memberi perhatian yang teliti kepada semua kekhuatiran pembeli kediaman NRI dengan menyediakan rumah yang sepadan dengan kualiti dan piawaian rekaan antarabangsa. Syarikat itu kini membangunkan pekan besar dan projek berasaskan tema berbeza di kawasan bandar besar dan kecil. Sebagai pemaju hartanah yang menyediakan pelbagai pilihan, Tata Housing memberikan pilihan untuk semua segmen pengguna daripada perumahan mampu milik sehinggalah perumahan mewah. Bagi memastikan keselamatan urus niaga kewangan, syarikat itu melancarkan gerbang pembayaran bersepadu yang membolehkan pelanggan menyelesaikan seluruh urus niaga pembelian rumah secara dalam talian.

Wakil Media
Amit Nanda
+91-9820103119
amitnanda@tatahousing.com

Source: Tata Housing
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services