ST PETERSBURG, Florida, 18 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Persatuan Tenis Wanita (WTA) hari ini mengumumkan metrik penting daripada laporan penonton tahun 2015 oleh SMG Insight, yang menunjukkan kehangatan musim pertandingan WTA 2015 meningkatkan tontonan keseluruhan sebanyak 25% tahun-demi-tahun, dengan 395 juta penonton terkumpul pada tahun 2015 berbanding 316 juta pada tahun 2014: pencapaian tertinggi. Bagi dua tahun berturut-turut, WTA mencatatkan peningkatan penonton yang mendadak; tontonan meningkat 23% pada tahun 2014.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150219/731209)
Liputan WTA kini meliputi lebih ramai penonton TV, dengan bilangan isi rumah yang dicapai oleh program WTA berjaya mencapai 954.4 juta pada tahun 2015, peningkatan sebanyak 38% berbanding tahun 2014. Sementara itu, penonton dapat melihat bahan WTA dengan pelbagai cara dan ini menambah jumlah penonton yang menonton sukan secara dalam talian, mahupun mereka yang menonton bahan tambahan secara dalam talian, di samping liputan daripada TV.
Bilangan penonton saluran digital meningkat 44% tahun-demi-tahun, dengan 44.6 juta penonton menonton tenis wanita melalui saluran dalam talian, berbanding 31 juta pada tahun 2014.
Pertandingan yang paling ramai ditonton pada musim 2015 diadakan di Asia, manakala pertandingan di AS dan Kanada menduduki tempat lima teratas:
Pada tahun 2015, bilangan pengguna unik dan pelawat laman web rasmi WTA wtatennis.com masing-masing meningkat 14% tahun-demi-tahun dan 15% tahun-demi-tahun. Bilangan peminat yang mengikuti halaman media sosial WTA dan pemain pula meningkat 16% tahun-demi-tahun dan mencapai jumlah 120 juta, manakala bilangan tontonan video di seluruh laman web WTA dan halaman sosial mencecah 48 juta.
Pertandingan WTA adalah sesuatu yang sangat sengit di gelanggang dan dengan itu, menjadi perlawanan sukan yang mantap dan menarik untuk para peminat sukan tenis serta peminat sukan secara umumnya. Sebanyak 21 Pertandingan Premier dan Peringkat Akhir WTA di Singapura dimenangi oleh 12 wanita yang berbeza pada tahun 2015 dan jumlah yang sama pada tahun 2014. Hal ini kerana terdapat pemain daripada generasi baharu: enam pemain dalam senarai 20 teratas WTA berusia 25 tahun ke bawah, dan daripada 12 wanita yang memenangi pertandingan pada tahun 2015, empat daripadanya berusia 25 tahun ke bawah.
Bermula pada tahun 2017, WTA Media akan mengatur lebih 2,000 perlawanan perseorangan setahun dan menambah bahan berita sebanyak 40%. Dengan menambah bilangan bahan berita yang boleh diakses peminat, WTA akan melihat peningkatan penglibatan media yang hebat secara berterusan pada masa akan datang, seperti yang dilaporkan pada tahun 2015.
Steve Simon, Ketua Pegawai Eksekutif WTA, mengulas, "Peningkatan berterusan bagi bilangan penonton menunjukkan strategi WTA dalam membangunkan produk dan mencapai lebih ramai peminat berjalan lancar, dan bilangan bintang yang lahir daripada sukan ini akan terus menarik minat. Kehebatan lapangan permainan sukan kami ini belum pernah berlaku sebelum ini dan persaingan adalah cukup luar biasa. Kami memiliki platform untuk terus berkembang pada masa depan."
Wakil Media: Heather Bowler, hbowler@wtatennis.com, +447885966355
SUMBER Women's Tennis Association (WTA)