omniture

ICBC Europe dan ICBC Credit Suisse Rai Pengesahan S&P China 500 Index Fund

ICBC (Europe)
2015-12-18 01:42 346

LUXEMBOURG dan HONG KONG, 18 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Industrial and Commercial Bank of China (Europe) S.A. ("ICBC (Europe)") hari ini mengumumkan pengesahan ICBC Credit Suisse S&P China 500 Index Fund ("Dana") di bawah naungan ICBC (Europe) UCITS SICAV, oleh pengawal selia Luxembourg, Commission de Surveillance du Secteur Financier ("CSSF"). Ini menandakan produk pertama UCITS yang menembusi China melalui kuota Luxembourg Renminbi Qualified Foreign Institutional Investor ("RQFII"), selepas ICBC (Europe) memperoleh lesen RQFII pada bulan November dan kuota Luxembourg RQFII pada bulan Disember. ICBC Credit Suisse Asset Management International ("ICBCCS International") akan menjadi pengurus Dana itu.

Berbanding indeks dari China yang lain, S&P China 500 Index mempunyai kepelbagaian sektor yang lebih baik. Ia terdiri daripada 500 buah syarikat China terbesar dan tercair yang meliputi sebahagian besar daripada komposisi sektor dalam pasaran ekuiti. Semua kelas saham China termasuk kelas saham A dan senarai luar pesisir di Hong Kong dan AS layak disertakan.

"Di ICBC, kami komited untuk menyediakan penyelesaian China and RMB yang terbaik kepada pelanggan kami," kata CHEN Fei, Pengerusi ICBC (Europe). "Kami teruja untuk bekerjasama dengan ICBC Credit Suisse and S&P dalam projek rintis ini, dan berbesar hati untuk meluaskan perkhidmatan yang penting ini kepada pelabur global."

"S&P China 500 Index direka untuk mempamerkan kisah 'Total China' menggunakan pendekatan yang lengkap, pelbagai dan berkesan," kata Richard Tang, Ketua Pegawai Eksekutif ICBCCS International. "Dana ini menyediakan akses China yang sungguh unik untuk para pelabur dan merupakan pilihan penyelesaian pertama UCITS yang menembusi China."

"Kami berbangga untuk menjadi penyedia indeks kepada inisiatif ini dengan memberikan S&P China 500 Index sebagai dasar ICBC (Europe) dan dana indeks baharu ICBCCS International," kata Michael Orzano, Pengarah Indeks Ekuiti Global di S&P Dow Jones Indices. "Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan mereka untuk memudahkan pelabur antarabangsa mengakses pasaran ekuiti China."

Dana itu adalah yang pertama menggunakan S&P China 500 Index sebagai tanda aras. Ia akan mula didaftarkan di Luxembourg, Belgium, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, UK, Switzerland serta Belanda, dan disediakan dalam kelas saham berbeza termasuk RMB, USD, EUR, GBP, dan CHF.

Latar Belakang ICBC (Europe)

Sebagai hub serantau ICBC Group di Benua Eropah, ICBC (Europe) adalah pemain utama dalam perniagaan RMB rentas sempadan di seluruh pasaran Eropah. Bank itu menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan RMB, dan telah menerima anugerah "bank terbaik di Luxembourg" daripada Euromoney pada Julai 2014.

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management (ICBCCS) adalah usaha sama pengurusan aset antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dengan Credit Suisse yang dijalinkan pada tahun 2005. Ia adalah pengurus aset utama China yang berkhidmat untuk lebih 12 juta pelanggan institusi dan runcit, dengan aset di bawah pengurusan bernilai RMB800 bilion setakat akhir November 2015.

ICBC (Europe) S.A.
+352-2686-661
yang.chao@eu.icbc.com.cn / qu.qinyi@eu.icbc.com.cn
www.icbc.eu

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiry@icbccs.com.hk
www.icbccs.com.hk  

Source: ICBC (Europe)
Keywords: Banking/Financial Service New products/services