omniture

TCL dan Letv Umum Kerjasama Strategik

- Kedua-dua firma sasar untuk mengubah sektor sambil berusaha menerajui pasaran TV global
TCL Corporation
2015-12-18 14:35 444

SHENZHEN, China, 18 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- TCL Multimedia dan Letv bersama-sama mengumumkan, Letv telah membeli kira-kira 20 peratus pegangan dalam TCL Multimedia melalui anak syarikat milik penuh Letv Zhixin yang baru ditubuhkan di Hong Kong. Setelah persetujuan dicapai, Letv bakal menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam TCL Multimedia.

Menerusi terma-terma perjanjian pembelian pegangan itu, Letv, melalui anak syarikatnya di Hong Kong, melabur HK$2.268 bilion (kira-kira AS$293 juta) untuk membeli 349 juta saham baharu TCL Multimedia pada nilai HK$6.5 sesaham. Selepas urus niaga selesai, Letv akan mencalonkan dua pengarah di TCL Multimedia.

TCL Multimedia yang disenaraikan di Hong Kong, adalah komponen utama TCL Corporation dan merupakan salah satu pembuat dan pengedar TV utama China yang menjual purata lebih 1 juta set TV sebulan. Letv Zhixin, sebuah anak syarikat Letv, sebahagian besar aktiviti mereka tertumpu pada jualan terminal pintar termasuk super TV Internet dan kotak set atas.

Semasa mengulas tentang kerjasama itu, TCL berkata dalam satu pengumuman bahawa pembelian saham TCL Multimedia oleh Letv akan mewujudkan kerjasama yang lebih menyeluruh dan erat dalam sumber strategik serta model perniagaan dan seterusnya membawa dunia untuk mendepani era TV pintar di dalam ruang rehat.

Letv ialah jenama yang semakin meningkat dan berkuasa dalam pasaran internet China. Syarikat tersebut memiliki antara himpunan kandungan dalam talian yang terbesar serta sumber yang mampu mewujudkan sebuah ekosistem hiburan digital mereka yang tersendiri di samping keupayaan yang hebat dalam membangunkan perkakasan dan aplikasi perisian secara kolaboratif. Syarikat itu menghasilkan produk-produk untuk pasaran bahan dalam talian, telefon mudah alih, sukan, kewangan internet dan automotif yang menjadi sebahagian daripada ekosistem vertikal tertutup mereka yang menggabungkan platform, kandungan, terminal serta aplikasi.

TCL Corporation adalah satu-satunya syarikat bersepadu yang terlibat dalam setiap aspek rantaian industri TV pintar China termasuk skrin, cip dan terminal pintar, selain pembangun TV internet pintar Android pertama negara itu. Ia berjaya mengukuhkan kehadiran global mereka dengan keupayaan yang hebat dalam kawalan rantaian pembekalan, kehebatan dalam pembangunan perisian dan perkakasan yang berterusan, portfolio paten yang besar serta sistem pemasaran dan perkhidmatan luar talian global yang mantap.

Berdasarkan perjanjian itu, Letv akan memberikan TCL Multimedia akses kepada kandungan berkualiti, platform awan, e-dagang, dan data besar, antara sumbernya, manakala TCL Multimedia akan menyediakan Letv dengan kawalan rantaian bekalan yang terkemuka dunia, akses kepada pengeluaran industri, dan kemudahan reka cipta selain platform penyelidikan & pembangunan (R&D) untuk perisian dan perkakasan, dan juga sistem perkhidmatan luar talian. Pada masa yang sama, kedua-dua syarikat akan menjalin kerjasama untuk tujuan pembangunan, rekaan dan inovasi produk, operasi pengguna serta perluasan ke luar negara.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TCL Corporation Li Dongsheng berkata, "Perkongsian bersama Letv adalah langkah yang penting dalam usaha peralihan TCL Multimedia ke dalam internet. Kami berharap dapat mewujudkan situasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dengan menggabungkan kekuatan dan keupayaan Letv dalam aplikasi serta perkhidmatan TV pintar termasuk produk dan model perniagaan dengan kedudukan TCL Multimedia sebagai peneraju dalam industri TV."

Selain melengkapi antara satu sama lain, kedua-dua syarikat China ini akan berusaha menyaingi pengeluar TV tradisional di di Korea Selatan, Jepun, Eropah, dan A.S. dalam pusingan persaingan pasaran TV pintar internet melalui penyatuan sumber yang dijangkakan dapat memberikan kelebihan yang nyata kepada mereka. Setakat ini, TCL berada pada kedudukan ketiga dalam pasaran TV global dengan penghantaran mencecah 17 juta unit setahun. Bilangan jualan SuperTV daripada Letv dijangka akan berganda kepada 3 juta unit pada tahun ini.

Sila Hubungi:
Marta Chen
+86-755-3331-3868
E-mel: chenxuejun@tcl.com

Source: TCL Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television Licensing/marketing agreements