omniture

TP-LINK Serlah Kehebatan dalam Pasaran Peranti Mudah Alih dengan Wawasan Baharu

TP-LINK
2015-12-18 18:22 510

SHENZHEN, China, 18 Disember 2015 /PRNewswire/ -- TP-LINK, penyedia global terbesar untuk produk rangkaian Wi-Fi, baru-baru ini mengumumkan pilihan produk telefon pintar baharu: Neffos, yang bakal memasuki pasaran peranti mudah alih bagi tujuan memperluaskan skop perniagaan.

Dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Februari, konsep utama telefon pintar Neffos adalah untuk menawarkan rekaan mesra pengguna yang pintar dan ringkas. "Hasrat asal kami semasa membangunkan Neffos adalah untuk mencipta pengalaman digital yang unik dengan menyediakan sambungan yang lancar antara individu dan peranti," kata Jeffrey Chao, presiden TP-LINK. "Kami percaya telefon pintar sebenar boleh memberikan kegembiraan dari segi teknologi kepada pengguna dan pada masa yang sama, menawarkan gaya hidup yang ringkas untuk mereka dalam zaman yang padat dengan maklumat pada masa kini, jadi untuk pengguna, telefon pintar bukan sekadar satu alat, tetapi sebagai ikon fesyen bagi mencerminkan diri seseorang."

Pelancaran Neffos juga menandakan perluasan TP-LINK daripada peralatan tetap (penghala, sistem kediaman pintar, perkhidmatan awan) kepada peranti mudah alih. Menurut pemeringkatan IDC2015, bahagian pasaran global TP-LINK bagi produk Wi-Fi mencecah 42.9 peratus, 33.42 peratus lebih tinggi berbanding di tempat kedua. Kejayaannya adalah sebahagian besarnya hasil daripada pertimbangan yang sentiasa diambil oleh syarikat itu untuk berada hampir dengan kehidupan, sebagai falsafah pembangunan teras melalui penyelidikan dan pembangunan produk yang berkualiti tinggi.

Dengan banyaknya teknologi dalam industri telekomunikasi, TP-LINK berusaha untuk mencipta rekaan terbaik yang mementingkan individu. Telefon pintar itu merupakan kejayaan hebat bagi TP-LINK untuk mewujudkan pautan dengan peranti pintar melalui protokol standard bagi mencipta ekosistem digital yang ideal kepada pengguna.

"Pada masa depan, kami ingin mewujudkan kemampuan pengenalpastian pintar dalam keadaan berbeza bagi mengaktifkan dan mengawal peranti berkaitan secara automatik untuk pengguna. Melalui telefon pintar kami, pengguna akan mendapat sambungan yang lebih erat dengan peranti kediaman mereka," kata Chao.

Latar Belakang TP-LINK

TP-LINK merupakan penginovasi dan penyedia global untuk pengguna dan produk rangkaian SMB yang terdiri daripada penghala wayarles, suis, kabel/gerbang DSL, saluran kuasa, penyesuai, penyambung jarak, kamera awan, titik akses perniagaan, penyelesaian wayarles luar kediaman untuk rumah pintar.

Syarikat itu sentiasa komited untuk menawarkan orang awam dengan akses yang paling mudah kepada rangkaian kawasan tempatan dan internet, memenuhi keperluan rangkaian pengguna dalam kehidupan, kerja, dan hiburan, dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan hasil jualan mencecah USD 2 bilion pada tahun 2014.

Kini, TP-LINK mempunyai anak syarikat yang mantap atau wakil cawangan di 40 buah negara dan wilayah di luar negara, serta perantinya digunakan di lebih 120 buah negara.

Source: TP-LINK
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services