omniture

Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid dan Yayasan Bill & Melinda Gates Lancar Program Kepimpinan Pemikiran Timur Tengah

The Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives
2015-12-20 13:00 428

ABU DHABI, UAE, 20 Disember, 2015 /PRNewswire/ -- Inisiatif Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Yayasan Bill & Melinda Gates hari ini melancarkan sebuah platform kepimpinan pemikiran global bagi membantu merangka dan merangsang debat serantau serta global berkaitan isu pembangunan penting yang membentuk Timur Tengah.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7719851-mohammed-al-maktoum-global-initiatives/

"Middle East Exchange" akan menugaskan artikel asal tulisan pakar antarabangsa termasuk pemegang Hadiah Nobel, pemimpin negara, ahli akademik, dan ilmuwan. Artikel baharu akan diterbitkan setiap minggu dalam surat khabar seluruh dunia tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan rantau itu, daripada bidang kesihatan dan pendidikan sehinggalah kemajuan serta inovasi.

Menteri Hal Ehwal Kabinet UAE Tuan Yang Terutama Mohammed Al Gergawi membincangkan projek itu dalam satu mesyuarat bersama Bill Gates, Pengerusi Bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, di Abu Dhabi pada 6 Disember. Bercakap semasa mesyuarat itu, Tuan Yang Terutama Al Gergawi berkata:

"Timur Tengah sudah terlalu lama diketengahkan dalam perhatian global sebagai sumber konflik dan masalah. Wawasan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid adalah menyediakan penyelesaian yang inovatif dan ketara yang memberi kebaikan kepada kehidupan penduduknya. Kawasan ini dahagakan idea yang praktikal. Middle East Exchange akan menjadi platform global nombor satu untuk suara dan idea positif buat Timur Tengah."

En. Gates mengulas: "Hal ini adalah suatu yang hebat apabila yayasan kami bekerjasama dengan pasukan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid dengan Project Syndicate untuk melancarkan Middle East Exchange. Ini adalah platform yang mengujakan untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan debat, dan mempromosikan penyelesaian tempatan bagi mendepani cabaran pembangunan di rantau yang lebih luas."

Projek ini dibiayai Inisiatif Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yayasan amal dan kemanusiaan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemimpin Dubai. Yayasan Bill & Melinda Gates akan menyumbang artikel dan sokongan intelek melalui rangkaian pakar pembangunan globalnya.

Middle East Exchange akan diurus sebagai operasi pengarang bebas oleh Project Syndicate, sebuah organisasi bukan untung global yang berdedikasi untuk mengedarkan bahan pengarang yang progresif. Project Syndicate akan menterjemahkan semua artikel ke dalam sekurang-kurangnya 12 bahasa dan mengedarkannya kepada kesemua 468 penerbitan ahlinya, yang mempunyai 300 juta pembaca di 154 buah negara. Penyumbang Project Syndicate termasuk 45 pemenang Hadiah Nobel dan 111 pemimpin negara.

Middle East Exchange akan memfokuskan pembangunan manusia, inovasi, kesihatan awam, pendidikan, toleransi, kelestarian, kemiskinan, belia, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan, makanan, air dan keutamaan bersama yang lain.

Siri itu sedang dilancarkan dengan artikel gugusan global oleh Bill Gates, mantan Perdana Menteri UK Gordon Brown, dan pakar ekonomi Jeffrey Sachs.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151217/296905)

SUMBER  The Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives

Source: The Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives
Keywords: Education Publishing/Information Service Not for profit