omniture

KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering Ambil Alih Syarikat Itali Technogenetics

KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering and Technogenetics
2015-12-21 09:00 367

MILAN, 21 Disember 2015 /PRNewswire/ -- KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering Co., Ltd tersenarai di Bursa Saham Shenzhen (Kod Saham 002022), salah satu pembangun produk diagnostik in vitro (IVD) terkemuka di China, hari ini mengumumkan pemuktamadan persetujuan dengan Technogenetics, syarikat imunodiagnostik inovatif Itali, berkenaan pengambilalihan syarikat Itali itu dan aset IVD Altergon Italia, pembangun dan pembuat formulasi farmaseutikal yang inovatif.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151215/296202LOGO)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151215/296203LOGO)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151215/296568LOGO)

Menerusi syarat persetujuan itu, KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering Co mengambil alih 100% Technogenetics dengan pelaburan sebanyak 28.8 juta Euro, 18.8 juta digunakan untuk tujuan pengambilalihan dan baki 10 juta Euro untuk pembangunan perniagaan untuk tempoh 18 bulan seterusnya. Sebuah syarikat Itali baharu, dikenali sebagai Technogenetics Holdings, telah diwujudkan dengan menggabungkan misi penyelidikan imunodiagnostik inovatif Technogenetics dengan pengalaman pengeluaran IVD yang terbukti selama 30 tahun milik KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering Co. Sejurus selepas pengambilalihan Technogenetics oleh KHB, Altergon Italia kemudiannya akan membawa produk terbitan IVD mereka kepada syarikat baharu itu, termasuk premis penyelidikan & pembangunan (R&D) mereka di Selatan Itali (Avellino) dan China (Qingdao and Shenzhen), sebagai sumbangannya kepada KHB- Italian JV yang mana KHB memegang 80% daripadanya dan Altergon memegang baki 20% daripada modal syernya.

"Kami sangat gembira dengan persetujuan bersama Technogenetics ini, salah sebuah syarikat imunodiagostik Itali yang paling inovatif, yang menandakan pencapaian komersial tambahan dalam strategi perkongsian kami," kata En. Tang Weiguo, Pengerusi KHB Shangai Kehua Bio-Engineering Co. "Kami percaya kepakaran Technogenetics dalam perniagaan diagnostik boleh menyumbang kepada produk yang inovatif dan bernilai untuk pasaran China dan akan memberi KHB Shangai Kehua Bio-Engineering Co peluang perniagaan baharu dalam pasaran Eropah serta Amerika Utara."

"Persetujuan bersama KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering Co ini," jelas Salvatore Cincotti, Ketua Pegawai Eksekutif Technogenetics dan Altergon Italia, "adalah sangat penting untuk tujuan pembangunan pasaran baharu di premis Itali dan merupakan pencapaian penting bagi mengiktiraf kemampuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami dalam bidang yang begitu banyak persaingan seperti diagnostik."

https://www.youtube.com/watch?v=D_RG0wu72uw&feature=youtu.be

"Melalui operasi ini," kata Giorgio Pisani, Presiden IBSA Italia, pemilik terdahulu Technogenetics melalui anak syarikatnya Bouty SPA, "kami telah mewujudkan keadaan yang terbaik untuk memajukan lagi Technogenetics dan untuk memanfaatkan kepimpinannya dalam pembangunan penyelidikan IVD. Sementara itu, sebagai IBSA Institute Biochimique, kami akan memfokuskan usaha kami ke atas perniagaan Farmaseutikal dengan sumber baharu untuk melabur dalam penyelidikan klinikal."

IBSA/Bouty/Altergon telah dibantu sebagai Penasihat Global untuk persetujuan ini oleh Perunding pakar Penggabungan & Pengambilalihan (M&A) Switzerland "Financial Technologies SA", bertindak melalui pejabat operasi yang terletak di Switzerland dan China.

Untuk maklumat lanjut
http://www.ft.skhb.com
http://www.technogenetics.it
http://www.altergon.it

SUMBER  KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering and Technogenetics

To view the original version on PR Newswire, visit:http://www.prnewswire.com/news-releases/khb-shanghai-kehua-bio-engineering-ambil-alih-syarikat-itali-technogenetics-300195370.html

Source: KHB Shanghai Kehua Bio-Engineering and Technogenetics
Related Stocks:
Shenzhen:002022
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers