omniture

Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Infinitus Diiktiraf GoldenBee untuk Tiga Tahun Berturut-turut

LKK Health Products Group
2015-12-23 01:36 395

BEIJING, 23 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pada 3 Disember, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG) diiktiraf dengan "Anugerah Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Cemerlang GoldenBee 2015 Evergreen Enterprise" semasa Persidangan Pelaporan Tanggungjawab Sosial Korporat Antarabangsa kali ke-8 di China yang dianjurkan oleh China WTO Tribune dan Majlis Perniagaan China untuk Pembangunan Mampan di Beijing. Ini adalah kali ketiga Infinitus diberi penghormatan menerusi anugerah ini sejak tahun 2013.

Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Infinitus Diiktiraf GoldenBee untuk Tiga Tahun Berturut-turut
Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Infinitus Diiktiraf GoldenBee untuk Tiga Tahun Berturut-turut

Penilaian tahun ini dijalankan mengikut Sistem Penilaian Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat GoldenBee (GBEE-CRAS2010), dimulakan oleh China WTO Tribune, yang boleh mengorientasikan dan mengelaskan laporan tanggungjawab sosial korporat kepada 6 kriteria, termasuk kebolehbacaan, sifat inovatif, kewibawaan, keutuhan, pragmatisme dan keterbandingan. Sejumlah 1,755 daripada 2,265 laporan tanggungjawab sosial korporat yang dikeluarkan sejak Januari hingga Oktober 2015 telah dinilai.

Selain panel penilaian profesional, orang awam juga dijemput untuk turut serta dalam penilaian itu buat kali pertama tahun ini. Sembilan hakim awam dipilih daripada aplikasi WeChat bagi tujuan mempertingkatkan keadilan dan ketelusan penilaian.

Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Infinitus 2014 mengguna pakai Piawaian Antarabangsa GRI sebagai kayu ukur untuk mengekalkan profesionalismenya. Ia menunjukkan kesedaran, falsafah, pengurusan, dan amalan tanggungjawab sosial korporat terbaharu oleh Infinitus berdasarkan enam aspek, termasuk kesihatan, kualiti, kakitangan, rakan kongsi, alam sekitar dan masyarakat. Melalui pentafsiran kepentingan kerja dari sudut tanggungjawab, Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Infinitus juga membantu mengukuhkan rasa tanggungjawab para kakitangan, dan menggalakkan mereka memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam kerja harian mereka. Tambahan lagi, ia digunakan sebagai "kompas" bagi memandu syarikat itu merangka strategi korporat dan memberi sumbangan yang lebih banyak kepada masyarakat. 

Walaupun ini adalah tahun kelapan berturut-turut Infinitus menyiarkan laporan tanggungjawab sosial korporat tahunan, ia masih terus menginovasi bagi mengoptimumkan pengalaman pembaca. Contohnya, satu versi Bahasa Inggeris dalam talian, versi mudah alih dan versi khas untuk tujuan pengedaran telah diwujudkan khusus untuk laporan tanggungjawab sosial korporat Infinitus yang terkini dan hasilnya, penambahan pelanggan baharu lebih 80% telah dilaporkan.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "Anugerah GoldenBee menggalakkan dan merangsang Infinitus untuk memanfaatkan kelebihan uniknya bagi memenuhi permintaan pihak berkepentingan dari perspektif ekosistem, menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, serta merealisasikan pembangunan mampan dalam era 'normal baharu'."

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151222/0861512702

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Awards Corporate Social Responsibility