Pembekal produk dan penyelesaian pemantauan video terkemuka dunia diiktiraf untuk tanggungjawab sosial dan pertumbuhan mampan dalam mengusahakan perluasan mereka
HANGZHOU, China, 24 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Hikvision Singapore, sebuah anak syarikat Hikvision Digital Technology – peneraju dunia bagi produk dan penyelesaian pemantauan video yang inovatif berjaya merangkul Anugerah Emas berprestij menerusi Anugerah One Asia 2015. Selain mengiktiraf kejayaan jualan luar biasa syarikat itu dalam pasaran Asia, hakim One Asia juga memberi ulasan positif tentang strategi penyetempatan cawangan Singapura, serta sokongan pelanggan yang tinggi yang ditawarkan kepada pasaran serantau.
Menurut Derek Yang, Pengurus Besar pasaran Asia Hikvision, "Tawaran kami dari segi sokongan prajualan dan pascajualan secara serta-merta sangat dihargai oleh pelanggan, baik yang besar mahupun yang kecil, selain khidmat nasihat teknikal profesional kami. Ia menjadi faktor yang signifikan untuk kejayaan jualan luar biasa yang kami capai dalam pasaran tersebut."
"Produk Hikvision banyak digunakan dalam pasaran vertikal Singapura bagi menjamin persekitaran yang lebih selamat untuk penduduk tempatan. Antaranya, kami juga mengalu-alukan peluang untuk memainkan peranan yang signifikan dalam kemudahan perumahan awam Singapura yang berbeza secara unik, yang menempatkan lebih 80% daripada populasi. Negara dapat berbangga kerana kira-kira 90% daripada rumah pangsa HDB adalah di bawah nama pemilik dan kami bertuah kerana berpeluang menyediakan lebih 100,000 saluran IP setakat ini untuk mengurangkan jenayah serta mewujudkan suasana yang selamat untuk para penduduk," kata Yang.
Anugerah One Asia diwujudkan pada tahun 2011 oleh APF Group (Ditubuhkan oleh sekumpulan usahawan bagi menggalakkan perniagaan Singapura berkembang bersama dalam menuju masa depan yang sama) untuk mengiktiraf Perusahaan yang berjaya di Asia yang bertanggungjawab dari segi sosial. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang mampan dan menggalakkan lebih banyak perniagaan menyumbang kepada kemajuan sosial dalam usaha perluasan mereka dengan keyakinan bahawa perusahaan kecil dan sederhana ini adalah enjin pertumbuhan ekonomi yang amat penting di Asia.
Latar Belakang Hikvision
Hikvision merupakan pembekal penyelesaian pemantauan video yang terkenal di dunia. Dengan tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling hebat dalam industri, Hikvision memanfaatkan kemudahan pengeluarannya yang canggih untuk mereka dan membangunkan produk pemantauan CCTV serta video yang inovatif untuk sebarang keperluan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang Hikvision di www.hikvision.com.