RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 28 Disember 2015 /PRNewswire/ --
VR News - G2A Memperkenalkan Platform Realiti Maya Paling Canggih kepada Penggemar Permainan Video di Konvensyen Comic Con.
G2A, Peneraju Global dalam Pasaran Digital, memberi keterujaan kepada penggemar permainan video di Comic Con menerusi pengalaman 3D realiti maya yang dikenali sebagai G2A Land. https://www.land.g2a.com
G2A Land menggabungkan teknik yang tidak pernah dilihat sebelum ini bagi menghasilkan pengalaman realiti maya dalam permainan video. G2A melaburkan lebih 20 juta Euro bagi membangunkan pasaran dan teknologi termaju yang canggih dalam bentuk G2A Land. Projek itu, yang dimulakan pada tahun 2014, kini sudah menjadi satu-satunya platform realiti maya seumpamanya yang memberikan pengalaman permainan 'luar biasa hebatnya' kepada para penggemar permainan video di seluruh dunia. Pemain dan peminat VR mengunjungi Comic Con, Mumbai bagi mengalami aplikasi G2A Land menggunakan kaca mata Oculus bagi memperoleh impak 3D sepenuhnya.
Realiti maya mewujudkan pengalaman deria buatan untuk pengguna, termasuk penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau. VR adalah seperti pensimulasi yang dikawal oleh multimedia atau peranti komputer yang meniru persekitaran dunia nyata atau dunia khayalan untuk pengguna. Semasa mengalami realiti maya, pengguna 'boleh merasai dan percaya' mereka berada dalam dunia yang sebenar dan boleh berinteraksi dengan setiap objek yang dicipta oleh pensimulasi itu, tidak kira sama ada dalam: medan perang, padang perlawanan, perjalanan roller-coaster, litar lumba, pemburuan dalam hutan atau permainan yang membunuh. Sebelum dilancarkan di peringkat global, G2A.com berkongsi teknologi tersebut di Comic Con bagi menawarkan pengalaman sebenar realiti maya kepada penyokong mereka.
Rohit Dahda, Ketua India - G2A.com berkata: "India merupakan pasaran yang sangat besar untuk para pemain video dengan 25-30 ribu orang mengunjungi Comic Con di Mumbai tahun ini. Sebagai peneraju global, G2A memfokuskan untuk mencipta produk inovatif, sesuatu yang luar daripada kebiasaan. G2A Land adalah pencapaian cemerlang yang terbaharu untuk penggemar permainan video yang boleh mengalami kesan realiti maya sepenuhnya dengan memakai alat kepala Oculus yang menipu mata serta minda untuk mempercayai yang apa yang mereka lihat itu adalah nyata. Semasa di Comic Con, para pengunjung dapat mendengar penjelasan lengkap tentang realiti maya serta mengalami sendiri teknologi terkini itu."
Marcin Kryszpin, Ketua Pasukan Oculus di G2A.com menjelaskan projek G2A Land yang diusahakan itu adalah umpama suatu pengembaraan yang mencabar: "Ia adalah satu pengembaraan penerokaan dengan begitu banyak ranjau di sepanjang jalan." Tambah beliau lagi: "Kami terus bereksperimen untuk mencipta sesuatu yang mewah dan mesra untuk semua pemain."
G2A Land disediakan secara percuma untuk semua penggemar permainan video pada suku pertama tahun 2016. Di Comic Con, para pemain berpeluang melihat G2A Land buat kali pertama bagi mengalami era permainan digital realiti maya yang baharu.