BEIJING, 29 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pada 27 Disember 2015, Air China mengumumkan dalam satu majlis yang diadakan di T3, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, yang ia akan memulakan laluan pertama China ke Cuba. Penerbangan sulung itu akan bertolak dari Beijing menuju Havana, ibu negara Cuba, dengan satu persinggahan di Montreal. Turut sama hadir adalah tetamu kehormat daripada Kedutaan Cuba di China, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing dan Air China.
Semasa majlis pelancaran, duta Cuba En. Alberto Blanco menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelancaran khidmat Beijing-Havana ini dan menyatakan harapan yang laluan pertama seumpamanya ini akan memberi manfaat kepada warga kedua-dua negara dan menyumbang kepada pembangunan sosial serta ekonomi kedua-dua negara.
Naib Pengerusi Air China Cik Wang Yinxiang berkata dalam ucapan beliau, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Cuba telah menjadi semakin rapat. Khidmat Beijing-Montreal-Havana merapatkan jurang yang wujud sejak sekian lama dalam pasaran penerbangan antara China dengan Cuba dan kepulauan Caribbean, serta akan terus menggalakkan pembangunan ekonomi, perdagangan, budaya, dan pelancongan antara kedua-dua rantau itu, selain menawarkan pilihan lebih mudah untuk para penumpang.
Pada tahun 2015, Air China memulakan 29 haluan antarabangsa dan kini rangkaian laluan syarikat penerbangan itu telah diperluaskan ke enam buah benua di dunia. Khidmat laluan Beijing-Montreal-Havana mewakili langkah penting syarikat penerbangan itu untuk terus memperluaskan rangkaian laluan globalnya dan mengukuhkan kedudukannya di negara-negara benua Amerika. Kini, Air China berkhidmat untuk 10 destinasi di negara-negara benua Amerika termasuk New York (Lapangan Terbang J.F.Kennedy, Lapangan Terbang Newark), Washington, Los Angeles, San Francisco, Houston, Vancouver, Montreal, Hawaii, Havana dan Sao Paulo. Rangkaian laluan syarikat penerbangan itu kini meliputi bahagian pantai timur dan barat Amerika Syarikat serta Kanada dan juga diperluas ke Amerika Selatan dan kepulauan Caribbean.
Butiran Lanjut tentang Penerbangan
Penerbangan CA879/CA880 dikendalikan tiga kali seminggu pada hari Selasa, Jumaat, dan Ahad. Penerbangan keluar bertolak dari Beijing pada pukul 14:00 dan tiba di Montreal pada pukul 16:20 dan di Havana pada pukul 20:15. Penerbangan masuk bertolak dari Havana pada pukul 09:00, tiba di Montreal pada pukul 14:30 dan di Beijing pada 17:30 hari keesokannya. Penerbangan itu dikendalikan dengan pesawat Boeing 777-300ER, jenis kapal terbang yang agak popular dalam kalangan pengembara perniagaan dunia.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151228/0861512867-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151228/0861512867-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151228/0861512867-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO