omniture

Jentera Pembinaan XCMG Mengikuti Jadual bagi Menyokong Projek Landasan Kereta Api China-Thailand

XCMG
2015-12-30 09:36 358

BANGKOK, 30 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan global XCMG menghadiri majlis pelancaran rasmi projek landasan kereta api China-Thailand yang berlangsung di Stesen Chiang Rak Noi di daerah Ayutthaya, bahagian tengah Thailand pada 19 Disember.

Projek landasan kereta api berkelajuan tinggi sepanjang 845 kilometer merentasi 10 buah daerah di Thailand membolehkan kereta api beroperasi pada kelajuan tertinggi iaitu sehingga 180 kilometer per jam yang boleh ditingkatkan menjadi 250 kilometer per jam. Empat seksyen pembinaan landasan kereta api itu dirancang untuk disiapkan dan mula beroperasi menjelang tahun 2020.

Liu Jiansen, pembantu presiden XCMG dan pengurus besar XCMG Import and Export Co., Ltd, menghadiri upacara pecah tanahnya.

"Sebagai salah satu daripada 5 pengeluar jentera pembinaan dan pembekal penyelesaian peralatan yang terbaik di dunia, XCMG bakal menyediakan jentera dan peralatan berkualiti terbaik bagi membantu pembinaan projek landasan kereta api China-Thailand," kata beliau, "rangkaian pengeluaran kami yang paling menyeluruh memiliki set mesin dan peralatan yang lengkap bagi membina landasan kereta api dan jambatan."

Liu berkata idea asal untuk menyertai projek landasan kereta api China-Thailand adalah untuk membantu memperbaiki tahap prasarana Thailand serta taraf hidup rakyat di negara ini. Komited untuk mempertingkat kualiti kehidupan, XCMG juga membantu projek prasarana di seluruh dunia.

Pada awal tahun 2015, XCMG mengeksport beberapa buah jentera termasuk penurap bagi menjalankan pembinaan Lebuh Raya Kebangsaan 6 di Kemboja. Pada tahun 2011, 6,025 unit produk XCMG termasuk trak pam konkrit, trak pembuangan, trak muatan dan trak penggelek mula beroperasi untuk "Projek Perumahan Venezuela" di Caracas, Venezuela.

XCMG juga memegang syer terbesar dalam pasaran Afrika dengan pesanan yang tinggi seperti membekalkan set peralatan lengkap kepada Landasan Kereta Api Mombasa-Nairobi, jentera ke Etiopia, serta trak bomba platform udara 100m ke Angola.

"Produk dan perkhidmatan kami adalah penting kepada negara-negara membangun untuk menyiapkan pembinaan prasarana mereka, yang boleh merangsang pembangunan ekonomi serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan," kata Liu. "Pada masa depan, XCMG akan terus menyokong projek sebegitu di seluruh dunia bagi menyediakan pengangkutan yang lebih mudah serta persekitaran kehidupan yang lebih baik dengan peralatan tercanggih."

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman XCMG di FacebookTwitter dan Youtube.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Mining Railroads and Intermodal Transportation Transportation Asian-related news Contracts New products/services