LONDON, HONG KONG dan RZESZÓW, Poland, 4 Januari 2016 /PRNewswire/ --
G2A CMO - Dawid Rożek hari ini mengesahkan yang G2A http://www.g2a.com dan G2A Pay dengan kerjasama 'Gaming for Good' yang diketuai Bachir 'Athene' Boumaaza, akan bekerjasama dalam 2 projek baharu: Pasukan Tindak Balas Menyeluruh Kecemasan Kemanusiaan (HEART), serta keluaran baharu http://www.gamingforgood.net. Kedua-dua projek menyokong kanak-kanak, kebajikan dan juga bantuan bencana.
https://www.g2a.co/presentation/index.html#g2a-projects
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160103/318736 )
"G2A dan ekosistem G2A Pay kami menyokong inisiatif Gaming for Good ini di seluruh dunia dan semua pemain perlu bermurah hati untuk menyumbang." kata Dawid Rożek.
Naib Presiden Eksekutif Pembayaran Global di G2A.COM, Bob Voermans, berkata inisiatif HEART disokong sepenuhnya oleh G2A Pay. Bob menyimpulkan: 'Pada pandangan saya, perkongsian ini akan dapat meningkatkan sumbangan kerana kaedah pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai." https://www.g2a.co/?why-g2a
"Kami ingin melakukannya melalui G2A Pay," kata Athene, "kerana ia lebih baik, bayarannya lebih rendah, dengan itu lebih banyak boleh disumbangkan dan memandangkan kami sudah membina hubungan yang baik dengan G2A, kami benar-benar berharap untuk melihat bagaimana kami boleh mengukuhkan lagi hubungan kami." Athene menyimpulkan: "Daripada pengalaman saya sendiri, golongan pemain sangat bermurah hati. Berkaitan hal sumbangan, G2A merupakan penyumbang terbesar yang saya tahu."
G2A dan Athene berkolaborasi untuk beberapa projek termasuk 'Gamers got Heart', usaha kebajikan tempatan serta lelongan, selain bantuan kewangan secara terus daripada komuniti G2A. G2A berjaya mengumpul lebih 500 ribu dolar untuk Save the Children pada tahun 2014-2015. Jumlah ini dinaikkan lagi menjadi 5 juta USD dan berjaya disampaikan kepada ramai kanak-kanak yang memerlukan. http://www.savethechildren.org
Athene (700 ribu Pelanggan), merupakan salah satu daripada pengasas projek Gaming for Good yang disokong oleh G2A.COM. Beliau merupakan pencipta kandungan yang terkenal di seluruh dunia, yang menyaksikan beliau bersiaran secara langsung melalui YouTube dan Twitch tentang kebajikan dan pembangunan komuniti. Pada tahun 2012, Athene yang bekerjasama dengan Save the Children, mengumpul lebih $1 juta untuk projek ShareCraft.
G2A.COM merupakan pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia yang membolehkan pelanggan membeli dan menjual produk digital. Dengan lebih 6 juta pengguna yang tersendiri pada tahun 2014, G2A mencapai 150 juta kunjungan laman web dan turut bekerjasama dengan Gaming for Good selama beberapa tahun.
G2A mempunyai lebih 25 ribu produk permainan berbeza, 6 juta pelanggan dan mengalu-alukan lebih 250,000 pelanggan baharu setiap bulan. Dengan melabur lebih 20 juta Euro, G2A mengkaji dan membangunkan penyelesaian e-dagang seperti G2A Pay, proses pembayaran profesional yang selamat dan boleh dipercayai untuk pembeli serta penjual berurus niaga atau menderma bagi tujuan mulia melalui kaedah pembayaran dalam talian yang paling antarabangsa. Perkongsian jangka panjang baharu ini akan menyaksikan berjuta-juta keperluan dipenuhi melalui golongan pemain yang bermurah hati menggunakan G2A Pay.
Klik di sini:
https://www.gamingforgood.net/c/about
https://www.g2a.co/presentation/index.html#g2a-projects
Sumber: G2A.com