omniture

Internet of Things: Legrand bakal Sertai Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2016 di Las Vegas

Legrand
2016-01-07 08:00 386

LIMOGES, Perancis, 7 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dengan keyakinan bahawa Internet of Things bakal membuka era baharu untuk bangunan terhubung dan setelah melancarkan program Eliot* pada tahun 2015, hari ini Legrand mengumumkan penglibatannya dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2016 di Las Vegas.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277386LOGO)

Buat kali kedua berturut-turut, Legrand menyertai Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas mulai 6 hingga 9 Januari 2016.

CES merupakan acara global yang tidak boleh dilepaskan bagi teknologi baharu, yang mana robotik, bioteknologi, perisian, dan objek terhubung boleh didapati bersama. Pada tahun 2015, acara ini dapat menarik lebih 3,600 pempamer dari 153 buah negara dan mengalu-alukan kira-kira 176,000 pengunjung (termasuk 48,000 dari luar Amerika Syarikat).

Boleh didapati di 3 reruai berasingan (Allseen Alliance, ZigBee Alliance dan La Poste) bagi menunjukkan tahap pengetahuan mereka yang lengkap dari segi saling boleh kendali, Legrand memperkenalkan penyelesaian yang inovatif, terhubung dan memfokuskan pengguna.

*Latar Belakang program Eliot oleh Legrand

Eliot merupakan program yang dilancarkan pada tahun 2015 oleh Legrand bagi mempercepatkan pelaksanaan Internet of Things dalam Tawarannya. Hasil daripada strategi inovasi Kumpulan itu, sasaran program Eliot adalah untuk membangunkan penyelesaian yang terhubung dan saling kendali yang dapat memberikan faedah berkekalan kepada pengguna individu serta golongan profesional.

Latar Belakang Legrand 

Legrand merupakan pakar global dalam prasarana bangunan elektronik dan digital. Tawaran penyelesaiannya yang menyeluruh untuk pasaran komersial, perindustrian, dan kediaman menjadikannya tanda aras bagi pelanggan di seluruh dunia. Menerusi pendekatan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) selama hampir 10 tahun yang melibatkan semua kakitangan, Legrand mengusahakan strateginya yang melibatkan pertumbuhan menguntungkan dan mampan yang dipacu oleh inovasi, dengan aliran tawaran baharu yang tetap termasuk produk terhubung Eliot* yang mempertingkatkan nilai penggunaan dan pemerolehan. Legrand melaporkan jualan sebanyak €4.5 bilion pada tahun 2014. Syarikat itu disenaraikan di Euronext Paris dan merupakan komponen stok indeks termasuk CAC 40, FTSE4Good, MSCI World, Corporate Oekom Rating dan DJSI (kod ISIN: FR0010307819).

Source: Legrand
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Internet Technology New products/services Trade show news