SHENZHEN, China, 7 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- TP-LINK dengan rasminya mengumumkan pelancaran telefon pintar keluaran mereka, Neffos dan menyiarkan butiran spesifikasi teknikal Neffos C5 Series, daripada TP-LINK.
Tiga telefon pintar Neffos memiliki kelajuan yang tinggi, ruang penyimpanan yang luas, program latar multijalur yang pintar dan kamera yang berkuasa untuk menawarkan pengalaman yang seimbang serta menarik kepada pengguna.
Neffos C5 dikuasakan oleh pemproses 64-bit quad teras, serta 16 GB ROM dan 2 GB RAM. Terdapat juga fungsi 'Super Camera' yang mempunyai mod pintar serta 30 penuras berseni.
Dengan paparan IPS FHD berukuran 5.5 inci, C5 Max menghasilkan gambar berkualiti yang amat jelas dengan perincian yang tinggi serta penghasilan warna yang jitu daripada segenap sudut. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP. Apertur kamera belakang F2.0 yang besar membolehkan pengguna mengambil gambar yang amat cantik pada bila-bila masa.
C5L pula memiliki 1 GB RAM, 8 GB ROM dan menyokong memori SD sehingga 32 GB. Ia memiliki kamera belakang 8MP dan dan kamera depan 2MP.
Siri Neffos juga mempamerkan kecantikan daripada sudut kesederhanaan dalam rekaan industrinya. Ia menekankan warna asal dan tekstur bahan dengan menggabungkan komposit polikarbonat. Ia memberikan cengkaman yang baik dengan lengkungan sisi yang dioptimumkan serta butang sisi berbentuk camfer dan mempunyai tekstur seperti cakera padat.
"Neffos adalah sesuatu yang baharu untuk TP-LINK dalam usaha kami untuk meluaskan produk gaya hidup kepada pengguna kami. Kami berharap agar prestasi produk ini dalam pasaran global dapat memberikan titik rujukan kepada kami untuk membangunkan produk yang lebih banyak dan lebih baik pada masa akan datang," kata Justin Tu, Naib Presiden TP-LINK. "Falsafah "Pintar & Mudah" yang ditonjolkan pada setiap produk kami yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan pengguna. TP-LINK akan terus berusaha ke arah gaya hidup pintar."
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.neffos.com
Latar Belakang TP-LINK
TP-LINK adalah penginovasi global dan penyedia kepada produk rangkaian untuk pengguna serta perniagaan kecil dan sederhana (SMB).
Syarikat itu menyumbang kepada akses sistem rangkaian setempat dan internet yang paling mudah serta memenuhi keperluan rangkaian pengguna dalam kehidupan, pekerjaan, dan hiburan melalui perkhidmatan berkualiti tinggi selain mencapai hasil jualan yang mencecah USD 2 bilion pada tahun 2014.
Latar Belakang Neffos
Neffos adalah jenama telefon pintar yang bergabung dengan TP-LINK. Memfokuskan kepada moto "Pintar dan Mudah", Neffos menyasarkan untuk menghasilkan produk yang pintar dan ringkas daripada segenap sudut dengan sentiasa menambah baik serta membangunkan produk.