omniture

XOLUTION GmbH, Jerman, Syarikat Penutup Tin Minuman Boleh Tutup Semula Terkemuka Dunia, Memuktamadkan Pusingan Pelaburan €45 Juta bagi Menyediakan Platform untuk Kapasiti Pengeluaran Tahunan 1 Bilion pada 2016 dan Seterusnya

XOLUTION GmbH
2016-01-11 09:00 710

MUNICH, 11 Januari 2016 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/111210 -

XOLUTION GmbH hari ini mengumumkan kejayaan pemuktamadan bagi pusingan pelaburan ekuiti bernilai €45 juta bersama INVENTURE Management Pte. Ltd., Singapura bagi membiayai peningkatan kapasiti pengeluaran untuk teknologi tin minuman boleh tutup semula XO2.0 generasi seterusnya daripada XOLUTION bagi memenuhi permintaan pasaran global. XOLUTION merancang untuk menggunakan dana pelaburan itu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran seluruh dunia menjadi lebih 1 bilion penutup tin setiap tahun.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160105/319346)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160105/319663)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160105/319664)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160105/319665)

INVENTURE membawa pengalaman pengeluaran yang menyeluruh kepada XOLUTION daripada industri tin aluminium dan plastik. Fokusnya adalah penyelesaian pembungkusan dan lebih khusus lagi dengan syarikat dan jenama minuman multinasional dalam portfolionya.

Bagi memenuhi permintaan pasaran daripada jenama minuman global dan rantau terhadap teknologi penutup tin minuman boleh tutup semula XO2.0 generasi seterusnya, XOLUTION bekerjasama dengan pembekal bertaraf dunia seperti ALPLA, HEKUMA, dan Z-MOLDS, untuk mencipta dan mengeluarkan secara besar-besaran lebih 1 bilion penutup tin setiap tahun, Reka bentuk pengeluaran XO baharu ini direka sebagai unit pengeluaran yang automatik sepenuhnya dan bebas yang setiap satunya boleh menghasilkan sehingga 200 juta penutup tin XO setiap tahun. XOLUTION merancang untuk membina kemudahan pengeluaran ini di Eropah, AS, Timur Tengah dan Asia.

Sistem XO merupakan penyelesaian yang revolusioner dan inovatif bagi tin minuman daripada 200ml hingga 1 liter, membolehkan tin minuman ditutup semula beberapa kali dan dinikmati dengan mudah. Tidak seperti tin minuman biasa, yang hanya boleh dibuka sekali, tin minuman dengan penutup XO mempunyai penutup dengan mekanisme pembukaan plastik bersepadu yang membolehkan tin ditutup semula dan disimpan untuk diminum kemudian. Penutup kalis rosak dan melindungi tali ikat membuka dan akan putus apabila dibuka untuk kali pertama, memberikan pengguna jaminan yang tin itu tidak pernah dibuka sebelum ini. Semasa memandu kereta, bersukan atau membeli-belah - minuman akan kekal segar dan bergas. Tin boleh tutup semula juga stabil terhadap tekanan dan kedap gas – serta cecair – tiadanya risiko untuk tumpah atau menitik. Sistem ini sesuai untuk pelbagai jenis minuman dan boleh digunakan dalam saluran pengisian air sedia ada tanpa pengubahsuaian besar atau pelaburan dengan modal tinggi. Sistem XO kini dinikmati oleh pengguna dalam beberapa pasaran di seluruh dunia.

"Pelaburan ekuiti oleh INVENTURE akan membantu memudahkan proses kemajuan kami sambil berusaha untuk memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat dalam pasaran tin minuman global," kata Marc von Rettberg, Ketua Pegawai Eksekutif, XOLUTION. "Ia memerlukan usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) yang gigih selama lebih enam tahun untuk menyiapkan rekaan hujung tin boleh tutup semula XO ini, yang mampu menahan tekanan setinggi mana sekalipun ke atas tin minuman. Kami yakin hujung tin XO baharu ini akan memberi pengguna peluang untuk membawa minuman kegemaran mereka ke mana-mana sahaja. Pelaburan ini juga membolehkan kami meneruskan projek pembangunan baharu agar dapat membekalkan industri tin minuman dengan penyelesaian pembungkusan yang inovatif."

INVENTURE berganding tenaga dengan pemegang saham utama semasa XOLUTION, INVENTAGES Venture Capital (salah satu daripada segelintir firma modal usaha rentan di dunia yang memfokuskan inovasi seperti ini) untuk menyediakan penyelesaian bagi menghadapi beberapa cabaran yang masih terdapat dalam industri tin minuman aluminium: kawalan jumlah dan kebolehan tutup semula. Erich Sieber, INVENTAGES, mengulas: "Saya sangat gembira kerana kini kami mempunyai pelabur yang akan menyokong usaha untuk menjadikan XOLUTION sebagai peneraju yang paling inovatif dalam industri tin aluminium yang bernilai 330 bilion setahun ini".

"Kami teruja INVENTURE memutuskan untuk melabur dalam XOLUTION dan berkongsi wawasan kami sepenuhnya. Kemampuan tutup semula dan kawalan jumlah memang menjadi matlamat unggul dalam industri ini. Di seluruh dunia, pengguna mahukan penyelesaian pembungkusan yang sesuai dengan gaya hidup mereka dan setakat ini teknologi XOLUTION adalah penyelesaian yang paling canggih dan boleh skala dalam bidang ini. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan INVENTURE untuk mengubah cara menggunakan tin minuman pada masa depan..," kata John R. Friedery, mantan Presiden perniagaan pembungkusan minuman logam Ball Corporation di negara-negara benua Amerika dan Asia, serta Pengerusi semasa XOLUTION.

XOLUTION GmbH ditubuhkan pada tahun 2003 dan mempunyai pejabat jualan/perwakilan di A.S., Republik Rakyat China dan Rusia, bagi memacu pelan perluasan syarikat itu yang aktif.

http://www.xolution.com 
http://www.facebook.com/XOcans 
http://www.youtube.com/user/XOcans 

Untuk hubungan akhbar bagi pihak XOLUTION dan sistem penutupan XO, sila hubungi:
press@xolution.com atau Hubungi: +49-89-6283-2990

SUMBER  XOLUTION GmbH

Source: XOLUTION GmbH
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Paper/Forest Products/Containers Financing agreements