omniture

Anugerah Kepintaran Rekaan Sulung Dilancarkan Seluruh Dunia

China Academy of Art
2016-01-12 00:58 481

- Rekaan baharu dan inovatif akan diiktiraf melalui hadiah terkumpul sebanyak 5 juta yuan

HANGZHOU, China, 12 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Perasmian Anugerah Kepintaran Rekaan, serta pelancaran global "Penemuan Global – Mencari Rekaan Bagus," telah diumumkan pada 8 Januari 2016 di Muzium Seni Rakyat yang terletak di kampus Xiangshan, Akademi Seni China di Hangzhou, bahagian tenggara China. Dianjurkan oleh Akademi Seni China dan dianjurkan bersama Persatuan Rekaan Perindustrian China, anugerah ini merupakan pertandingan antarabangsa terkemuka yang dibangunkan bersama beberapa buah akademi dan organisasi rekaan bertaraf dunia, syarikat-syarikat modal teroka, dan institusi kewangan, serta syarikat-syarikat media dan juga komunikasi dengan sokongan Kerajaan Wilayah Zhejiang. Pertandingan ini menyasarkan untuk mengenal pasti rekaan industri yang inovatif dan revolusioner yang benar-benar memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam pembangunan dan kemajuan.

Lokasi sidang akhbar
Lokasi sidang akhbar

Anugerah Kepintaran Rekaan, yang mempertimbangkan "Kepintaran Timur, Kebijaksanaan Hidup, Kuasa Negara, dan Kepintaran serta Pemikiran Inovatif," menampilkan hadiah bernilai jutaan yuan, ratusan pakar, "ciptaan pintar" dalam ratusan hari, industri multibilion yuan, ratusan outlet media dan jenama, yang wujud selama ratusan tahun. Selain hadiah terkumpul bernilai 5 juta yuan (kira-kira AS$750,000), satu anugerah individu kira-kira sebanyak 1 juta yuan (kira-kira AS$150,000) akan dianugerahkan. Anugerah Kepintaran Rekaan diwujudkan bagi merangsang pengeluaran pintar di China dan penciptaan rekaan transformatif yang layak dianggap sebagai sebahagian daripada era Industri 4.0 era. Majlis anugerah akan diadakan pada Mei 2016.

Song Jianming mempengerusikan sidang akhbar pada petang itu
Song Jianming mempengerusikan sidang akhbar pada petang itu

Usul rekaan boleh dihantar secara dalam talian mulai 8 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016. Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran, sila lawati laman sesawang rasmi Anugerah Kepintaran Rekaan: www.di-award.org.

Presiden Akademi Seni China menyampaikan ucapan
Presiden Akademi Seni China menyampaikan ucapan

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160108/0861600184-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160108/0861600184-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160108/0861600184-c

Source: China Academy of Art
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Design Automation Entertainment Awards