omniture

Accelerite Umumkan Persetujuan Ambil Alih Citrix CloudPlatform

Accelerite
2016-01-12 21:17 446

SANTA CLARA, California, 12 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Accelerite, penyedia perisian prasarana perusahaan, hari ini mengumumkan yang ia telah memeterai persetujuan bagi mengambil alih Citrix CloudPlatform, diperkasakan oleh Apache CloudStack™ dan CloudPortal Business Manager. Urus niaga itu, tertakluk kepada syarat pemuktamadan lazim, dijangka akan dimuktamadkan sebelum 31 Mac 2016. Penambahan semua teknologi ini kepada portfolio perisian awan syarikat itu akan membantu perusahaan serta perkhidmatan memudahkan pengurusan awan selain mempercepatkan penggunaan bekas dalam awan.

Citrix CloudPlatform (diperkasakan oleh Apache CloudStack™) merupakan perisian pengkomputeran awan untuk mencipta, mengurus, dan mengaturkan penggunaan perkhidmatan prasarana awan awam dan persendirian. CloudPortal Business Manager merupakan platform penyediaan perkhidmatan awan dan pengurusan perniagaan tergabung yang membolehkan pengautomatan perkhidmatan awan untuk peruntukan, pengebilan, pemeteran, dan pengurusan pengguna. CloudPortal Business Manager memudahkan proses penyediaan pelbagai perkhidmatan awan ketika bergabung dengan perniagaan, operasi dan sistem IT sedia ada.

Menurut Nara Rajagopalan (Ketua Pegawai Eksekutif, Accelerite), "Perisian prasarana awan adalah satu daripada tiga tonggak utama Accelerite. Hari ini, portfolio perisian awan kami terdiri daripada penyelesaian pemulihan bencana dan perusahaan layan diri. Penambahan rangkaian produk CloudPlatform dan CloudPortal Business Manager akan membantu melengkapkan portfolio kami dan membolehkan kami menawarkan pengurusan kitaran hujung ke hujung yang lengkap bagi awan awam dan persendirian. Walaupun kami melihat peningkatan dalam penerimaan serta penggunaan bekas dalam awan hari ini, jurang besar masih wujud dalam kemampuan perusahaan untuk mengaturkan mengurus bekas dalam semua persekitaran ini. CloudPlatform, dengan keringkasan dan kemudahan penggunaannya, di samping pelanggan tetap yang ramai, merupakan platform yang hebat untuk digunakan oleh perusahaan bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk membantu mengubah awan ke arah fasa penumpuan pesat yang seterusnya."

"Pelanggan adalah keutamaan tertinggi kami dan kami yakin Accelerite akan memelihara pelanggan kami yang banyak melabur bagi mengendalikan awan mereka menggunakan penyelesaian ini," kata Steve Wilson, naib presiden, Prasarana Teras di Citrix. "Accelerite berjaya mengambil alih rangkaian produk daripada syarikat-syarikat besar lain bagi memperluas produk pengkomputeran awan dan perisian pemayaan. Citrix akan bekerjasama rapat dengan Accelerite untuk mengukuhkan penyepaduan CloudPlatform dengan tawaran utama kami yang mampu menyediakan aplikasi dan data yang selamat."

Selain meningkatkan jumlah pelaburan dalam rangkaian produk bagi memberi nafas baharu kepada pelan tindakan dengan ciri-ciri dan fungsi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna CloudPlatform yang semakin berubah, Accelerite akan terus bekerjasama rapat dengan Yayasan Apache dan menyumbang pelan tindakan CloudPlatform untuk projek Apache CloudStack.

Latar Belakang Accelerite

Accelerite menyediakan perisian prasarana dalam bidang Pengurusan Awan (Convirt/rCloud/Rovius), Pengurusan Titik Hujung dan Mobiliti Perusahaan (Radia) dan platform Pewujudan Khidmat dan Pengewangan berasaskan API untuk bidang telekomunikasi serta Internet of Things (Aepona, diambil alih daripada Intel). Semua produk ini memenuhi keperluan syarikat Fortune 500 dan SMB seluruh dunia. Accelerite merupakan perniagaan produk bagi Persistent Systems (BSE & NSE: PERSISTENT), peneraju global dalam perkhidmatan pembangunan produk perisian dan teknologi, dengan lebih 8,000 ahli pasukan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.accelerite.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ken Montgomery

Persistent Systems
Naib Presiden
Komunikasi Global
+1-949-939-5164
Ken_montgomery@persistentsys.com

SUMBER  Accelerite

Source: Accelerite
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers