omniture

Pameran Perdagangan Bangunan & Hiasan Antarabangsa Bakal ke Shanghai pada Mac 2016

International Building & Construction Trade Fair
2016-01-12 21:59 489

SHANGHAI, 12 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 ("CBD-IBCTF (Shanghai)"), akan berlangsung mulai 23-26 Mac 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai.

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 atau CBD-IBCTF (Shanghai), bakal bermula pada 23 Mac 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai.
Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 atau CBD-IBCTF (Shanghai), bakal bermula pada 23 Mac 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai.

CBD-IBCTF (Shanghai) akan mempamer di kawasan seluas 100,000 meter persegi, dan melibatkan lebih 600 pempamer serta lebih 40,000 pengunjung bagi tahun 2016.

Pameran itu menawarkan platform yang komprehensif dan profesional untuk industri hiasan bangunan yang mempunyai pengaruh global yang kuat, memfokuskan falsafah "penyepaduan tersuai dan pembangunan pindah silang". Ia akan melibatkan pelbagai tema daripada hiasan kediaman tersuai khusus, pintu & tingkap, perkakasan perhiasan sehinggalah hiasan dinding.

CBD-IBCTF (Shanghai) akan memfokuskan perhiasan kediaman yang disesuaikan selain pintu dan tingkap. Dengan menghimpunkan pempamer baharu dari utara China dan luar negara, pameran itu berpotensi besar untuk mencapai pasaran yang lebih luas dan memperlihatkan peluang perniagaan baharu.

Astaka 1 akan menempatkan semua jenis pintu & tingkap, dengan perabot tinggi gaya Eropah daripada jenama-jenama terkenal termasuk Kefan, Aiegle dan Ratoup. Pintu kayu daripada Goldea, Cimen dan Mansfield Group akan dipamerkan di Astaka 2. Astaka 3 akan menghimpunkan syarikat-syarikat yang menawarkan gabungan penyesuaian, dengan separuh daripada ruang itu dikhaskan untuk pengeluar almari serta almari pakaian.

Latar Belakang CBD-IBCTF (Shanghai) dan Pameran CBD (Guangzhou)

CBD-IBCTF (Shanghai) dianjurkan oleh Pusat Perdagangan Asing China dan Persatuan Hiasan Bangunan China. Pameran itu diadakan buat pertama kali pada tahun 2015 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai.

Pameran CBD (Guangzhou) menyediakan perkhidmatan profesional untuk seluruh rantaian perindustrian perhiasan bangunan selama 17 tahun. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pihak pempamer Shanghai dan utara China, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk memperluaskan kawasan pameran, dan sejak tahun 2015 pameran itu diadakan dua kali setahun, iaitu di Shanghai pada bulan Mac dan di Guangzhou pada bulan Julai.

"Pameran CBD (Guangzhou) kini merupakan pameran perindustrian bangunan dan hiasan No.1 Asia, dikenali sebagai platform unggul untuk golongan profesional dan pakar dalam industri," kata En. Li Deying, presiden jawatankuasa penganjur. "CBD-IBCTF (Shanghai) benar-benar boleh memanfaatkan kelebihan Shanghai sebagai metropolis antarabangsa dan sejajar dengan pembangunan industri, memfokuskan pintu & tingkap, selain perkakas hiasan, agar dapat melibatkan seluruh rantaian perindustrian hiasan bangunan secara beransur-ansur."

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160111/0861600287

Source: International Building & Construction Trade Fair
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news