omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China ke-37 (Guangzhou) bakal Diadakan di Dua Pusat Pameran

China International Furniture Fair
2016-01-13 11:47 451

GUANGZHOU, China, 13 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) bakal membuat kemunculan semula yang hebat tahun ini; CIFF (Guangzhou) baru sahaja mengumumkan Ekspo Pusat Perdagangan Dunia Poly (PWTC Expo) sebagai tapak kedua selain Kompleks Pameran Import & Eksport China (Kompleks Pazhou) untuk pameran yang bakal diadakan pada 18-21 & 28-31 Mac 2016.

Berhampiran Kawasan C Kompleks Pazhou yang dihubungkan dengan Kawasan B melalui Stesen Metro Pazhou, Ekspo PWTC itu akan menganjurkan seksyen Luar & Santai sewaktu fasa pertama CIFF, menggabungkan perabot luar dan perabot taman dalam gaya hidup santai untuk menyerlahkan konsep serta produk rekaan kediaman baharu.

Tingkat pertama Ekspo PWTC akan mempamerkan rekaan inovatif, mewujudkan zon luar dan zon ruang tamu santai. Tingkat kedua akan menampilkan jenama perabot kawasan luar utama sementara tingkat ketiga pula akan membawa bersama rantaian industri perabot luar bagi menghasilkan model penyumberan baharu dan bersepadu.

CIFF (Guangzhou) akan turut memanfaatkan Dewan Rekaan Inovatif di Kompleks Pazhou bagi mempamerkan produk perabot yang menarik dengan idea rekaan canggih yang turut menggunakan bahan baharu serta proses penghasilan yang inovatif untuk menyerlahkan konsep rekaan kediaman yang lebih selesa.

Pameran itu akan turut mempamerkan penyelesaian kediaman pintar dengan sistem pengautomatan kediaman terkini dan teknologi serta peranti termaju, yang boleh membantu pelanggan mencipta rumah pintar mampu milik dalam zaman digital.

Sebagai platform antarabangsa untuk industri perabot yang semakin berkembang, CIFF menganjurkan dua sesi setiap tahun di Guangzhou dan Shanghai. Dengan kawasan pameran terluas, jumlah pempamer hebat serta bilangan pelawat yang tinggi selain rangkaian penuh produk dan juga perkhidmatan berkualiti, CIFF dianggap ramai sebagai pameran perabot antarabangsa yang dianjurkan China yang sama taraf dengan Salone del Mobile di Milan.

CIFF (Guangzhou) akan menawarkan ruang pameran seluas 750,000 meter persegi untuk memuatkan syarikat yang mengambil bahagian selama dua fasa pameran itu, dengan fasa pertama yang melibatkan perabot rumah/perhiasan kediaman & tekstil kediaman/luar kediaman serta santai akan berlangsung mulai 18-21 Mac 2016 manakala fasa kedua untuk perabot pejabat/mesin & bahan mentah perabot akan diadakan mulai 28-31 Mac 2016.

Pempamer boleh mendaftar di http://www.ciff-gz.com.

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://ciff.fairwindow.com/.

Latar Belakang CIFF

CIFF kali ke-37 (Guangzhou) akan dihoskan oleh Persatuan Perabot Kebangsaan China, Pusat Perdagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Persatuan Perdagangan Perabot & Perhiasan Hong Kong serta dianjurkan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

CIFF (Guangzhou) mempunyai sektor perabot pejabat terbesar di dunia dan sektor perabot klasik terbesar di China selain merupakan satu-satunya platform yang memberi tumpuan khusus pada perabot luar. Pada bulan Mac 2016, CIFF (Guangzhou) akan disertai oleh jenama yang terkenal di seluruh dunia dari lebih 30 buah negara serta menerima pengunjung profesional dari lebih 190 buah negara dan juga rantau.

CIFF (Guangzhou) berada sejauh 40 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Pengunjung juga boleh menaiki Metro Line 8 ke Xingang Dong atau Stesen Metro Pazhou dan keluar melalui pintu C.

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news