omniture

Megaport dan AMS-IX Jalin Kerjasama Sediakan Perkhidmatan Rangkaian Saling Hubung Elastik dengan fungsi SDN dan Perkhidmatan Ibusawat Internet

Kerjasama yang mewujudkan platform saling hubung yang kukuh di seluruh dunia yang membolehkan ketersambungan berbilang awan, "peering" dan pesanan kapasiti berasaskan API yang elastik
Megaport
2016-01-14 18:32 523

BRISBANE, Australia, 14 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan rangkaian saling hubung elastik berasaskan perisian, Megaport Limited (ASX: MP1) (Megaport) hari ini mengumumkan anak syarikat mereka di A.S telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk menjadi rakan saling hubung awan elastik global yang eksklusif kepada Amsterdam Internet Exchange, B.V. ("AMS-IX). Sebagai balasan, AMS-IX akan menyediakan perkhidmatan Ibusawat Internet ("peering") kepada pasaran utama dengan fungsi Megaport di seluruh dunia.

Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport. Kredit: Paul McMillan
Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport. Kredit: Paul McMillan

 

Kerjasama ini menyatupadukan kekuatan Megaport serta AMS-IX untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian saling hubung dengan lebih luas, termasuk ketersambungan berbilang awan, pertukaran trafik IP peering, pesanan berasaskan API dan penyediaan kapasiti yang tepat berdasarkan keperluan pelanggan. Pelanggan boleh mengakses perkhidmatan peering AMS-IX daripada mana-mana fabrik Megaport, manakala pelanggan Ibusawat Internet AMS-IX dapat memanfaatkan penyelesaian keterhubungan elastik daripada Megaport untuk penyedia perkhidmatan rangkaian dan awan.

Kerjasama itu membawakan perkhidmatan rangkaian saling hubung awan elastik Megaport ke dalam pasaran AMS-IX sedia ada termasuk di Amsterdam dan menangani isu perpecahan dalam industri perkhidmatan peering internat dengan menghubungkan fabrik dua syarikat untuk meluaskan capaian kepada lokasi-lokasi peering utama.

"AMS-IX memiliki sejarah yang panjang dalam mewujudkan hubungan yang luas dengan rakan peering pada Ibusawat Internet mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Megaport, Denver Maddux. "Mereka mengendalikan salah satu Ibusawat Internet terbesar di dunia. Penyatuan antara fabrik AMS-IX dengan Megaport mewujudkan peluang yang lebih besar kepada pengguna Internet untuk mencapai kandungan, perkhidmatan awan dan rangkaian pengguna yang diperlukan," tambah beliau.

Job Witteman, Ketua Pegawai Eksekutif AMS-IX berkata, kerjasama ini akan meluaskan keupayaan AMS-IX ke peringkat baharu. "Menerusi usaha Megaport dalam menyediakan perkhidmatan ketersambungan elastik ke seluruh dunia, AMS-IX berbesar hati untuk bekerjasama dan meluaskan model peering yang bebas dan teragih serta mengangkat jenama AMS-IX ke mata dunia."

Megaport dan AMS-IX akan mula menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan masing-masing di Chicago dan Wilayah Teluk San Francisco di A.S. serta Hong Kong.

Latar Belakang Megaport

Megaport adalah peneraju dan perintis global dalam teknologi rangkaian saling hubung elastik. Sejak memulakan operasi pada Januari 2014, Megaport mengalami pertumbuhan yang kukuh dan berkhidmat untuk lebih 200 pelanggan dalam enam pasaran di Australia, Singapura, dan Hong Kong. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan penggunaan data dan permintaan yang signifikan oleh pihak perusahaan terhadap perkhidmatan pengkomputeran awan. Megaport ditubuhkan oleh pasukan pengurusan yang memiliki pengalaman operasi yang luas dan bertaraf dunia dalam membangun serta mengendalikan rangkaian di luar Australia, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan beberapa pasaran Asia lain seperti di Singapura serta Jepun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Megaport, sila lawati: www.megaport.com.

Latar Belakang AMS-IX

Ditubuhkan pada awal tahun 1990an, AMS-IX (Amsterdam Internet Exchange) adalah Ibusawat Internet neutral, bukan berasaskan keuntungan dan bebas dari Amsterdam, Belanda. Hampir 4.5 Terabit sesaat (Tbps) daripada trafik Internet puncak berpindah antaranya dengan lebih 750 rangkaian IP di AMS-IX, menjadikannya Ibusawat Internet terbesar di dunia.

Platform AMS-IX menyediakan sambungan IP yang berkualiti tinggi serta perkhidmatan peering untuk semua jenis trafik IP, daripada data IP biasa, Suara melalui IP, trafik internet mudah alih hinggalah video. Peering membolehkan rangkaian ini menyediakan perkhidmatan Internet yang stabil, pantas dan menjimatkan kos kepada pelanggan (pengguna dan syarikat).

Selain itu, AMS-IX mengehoskan titik peering mudah alih pertama dunia: Global GPRS Roaming Exchange (GRX), Mobile Data Exchange (MDX) dan rangkaian IPX saling hubung (Inter-IPX) pertama. AMS-IX memiliki dua ibusawat di luar negara: AMS-IX Hong Kong di rantau Asia Pasifik dan AMS-IX Caribbean di Curacao. Syarikat gabungan AMS-IX, AMS-IX USA Inc. memasang AMS-IX Wilayah Teluk, AMS-IX Chicago dan AMS-IX New York di Amerika Syarikat. http://www.ams-ix.net

Pertanyaan media tentang Megaport:

Wendy Hill
Sapphire Communications
M: +61427 173 203
E: wendy@sapphirecommunications.com.au

Pertanyaan media tentang AMS-IX:

Pauline Hartsuiker
AMS-IX
T: +31 (0)20 305 89 99
M: +31(0)6 4893 1648
E: pr@ams-ix.net 

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160114/8521600265
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500675LOGO

Source: Megaport
Related Stocks:
Australia:MP1
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements