omniture

Kajian Eropah dalam Pesakit dengan Leukemia Akut Menunjukkan Kemasukan Grafalon(R) (imunoglobulin anti T-limfosit) dalam Rejimen Penyesuaian Sebelum Transplan Sel Stem daripada Adik-Beradik mirip-HLA Memberi Keputusan Kejadian GvHD Kronik yang Lebih Rendah Secara Signifikan

Neovii Pharmaceuticals AG
2016-01-16 02:11 322

RAPPERSWIL, Switzerland, 16 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Keputusan daripada satu kajian Eropah, yang dibiayai bersama oleh Neovii dan Persatuan Transplan Darah dan Sum-Sum Eropah, baru diterbitkan sebagai manuskrip penuh dalam edisi Januari 2016 bagi jurnal New England Journal of Medicine.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160114/322342

Daripada keputusan ini, selepas dua tahun:

  • Kejadian kumulatif bagi GvHD kronik adalah 32.2% dalam kumpulan kajian dengan Grafalon® berbanding 68.7% dalam kumpulan yang tidak mendapat Grafalon®.
  • Kadar titik akhir komposit bagi keterusan hidup bebas GvHD kronik dan tidak berulang selama dua tahun adalah lebih tinggi secara signifikan dalam kumpulan Grafalon® berbanding kumpulan tanpanya (36.6% berbanding 16.8%).
  • Tiada perbezaan signifikan antara kumpulan dari segi pengulangan, komplikasi jangkitan, GvHD akut, atau kejadian yang tidak diingini.

Penyelidik utama kajian itu, Profesor Nicolaus Kröger, Pengarah Perubatan Jabatan Transplan Sel Stem di Hospital Universiti Hamburg, Jerman dan Pengerusi Kumpulan Tugas Kemalignanan Kronik EBMT mengulas, "Keputusan kajian berbilang pusat ini menambah baik dengan signifikan keputusan pesakit leukemia yang menerima transplan sel stem alogeneik daripada adik-beradik mirip-HLA mereka dengan mengurangkan risiko GvHD kronik tanpa risiko pengulangan yang ketara, yang dapat memperbaiki kualiti kehidupan pesakit kami selepas transplan dan akan mengubah amalan harian kami."

Alexandre Sudarskis, Ketua Pegawai Eksekutif Neovii menambah, "Keputusan penting ini menunjukkan kemampuan Grafalon untuk mencegah GvHD selepas transplan sel stem bagi pesakit adik-beradik mirip-HLA dan merupakan penambahan penting kepada data daripada kajian fasa 3 kami yang mantap bagi penderma yang padan dan tidak bersaudara. Neovii memfokuskan untuk memajukan bidang transplan sel stem dengan menjalankan kajian berkualiti tinggi. Melihatkan ciri imunologi Grafalon yang unik dan beberapa set data mantap yang menunjukkan keputusan klinikal yang lebih baik, pakar perubatan yakin dengan manfaat klinikal yang diberikan Grafalon kepada pesakit."

Butiran kajian

Kajian fasa 3 yang prospektif, berbilang pusat, berlabel terbuka, rawak, untuk Grafalon® sebagai sebahagian daripada rejimen penyesuaian sebelum transplan sel stem darah periferi alogeneik daripada adik-beradik mirip-HLA. Kajian ini dijalankan di 27 buah pusat Eropah dan mendaftarkan 168 orang pesakit. Pesakit ditentukan secara rawak sama ada untuk menerima Grafalon® atau tidak.

Latar Belakang GvHD

Penyakit graf melawan hos (GvHD) merupakan komplikasi serius dan mengancam nyawa yang terjadi selepas transplan sel stem alogeneik. Ia terjadi apabila sistem imun baharu, yang terhasil daripada sel stem yang ditanam (graf), menyerang tisu dan organ penerima (hos). Ia boleh dikelaskan sebagai akut atau kronik, bergantung pada masa kejadian dan/atau patologinya.

Latar Belakang Grafalon® 

Grafalon® (sebelum ini dikomersialkan sebagai ATG Fresenius), merupakan globulin T-limfosit antimanusia arnab, digunakan sebahagiannya sebagai rejimen imunosupresif bagi mencegah penyakit graf melawan hos dalam transplan sel stem, mencegah dan merawat penolakan dalam transplan organ pejal atau sebagai imunosupresif dalam rawatan anemia aplastik (berdasarkan indikasi yang diluluskan oleh negara tertentu). Dengan lebih 200,000 pesakit yang dirawat setakat ini di lebih 50 buah negara, Grafalon® meraih pengiktirafan dari seluruh dunia dalam kalangan pasukan transplan organ pejal dan sel stem serta mengubah cara pasukan transplan mengurus penjagaan pesakit mereka di seluruh dunia.

Latar Belakang Neovii 

Neovii merupakan syarikat biofarmaseutikal global yang bebas, dinamik, dan berkembang pesat dengan misi yang memfokuskan pesakit bagi membangunkan serta memasarkan terapi baharu yang mengubah kehidupan. Neovii berdedikasi selama lebih tiga dekad untuk memperbaiki hasil dalam perubatan transplan, gangguan hematoonkologi, dan gangguan imun.

Ibu pejabat global Neovii Pharmaceuticals AG terletak di Rapperswil, Switzerland, dengan beberapa buah pejabat di Massachusetts, AS, manakala kemudahan pengeluaran biologiknya terletak di Gräfelfing, Jerman.

Neovii mempunyai jangkauan global dengan produk terjual di lebih 50 buah negara seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, e-melkan kepada info@neovii.com atau hubungi pejabat Neovii Pharmaceutical AG +41-55-210-0500.

Untuk mendapatkan butiran tentang penerbitan lengkap, lawati http://www.nejm.org/.

SUMBER  Neovii Pharmaceuticals AG

Source: Neovii Pharmaceuticals AG
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries