omniture

Asia Plantation Capital Pertahan Gelaran 'Pasukan Pengurusan Aset Hutan Lestari Terbaik' 2015

Asia Plantation Capital
2016-01-18 08:40 673

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jan., 2016 /PRNewswire/ -- Bagi tahun kedua berturut-turut, Asia Plantation Capital merangkul gelaran 'Pasukan Pengurusan Aset Hutan Lestari Terbaik - Global', sempena Anugerah Pengurusan Aset 2015, Capital Finance International.

Capital Finance International (CFI.co) ialah jurnal bercetak dan sumber digital peringkat antarabangsa yang melaporkan perniagaan, ekonomi dan kewangan dunia. Sebagai pusat simpanan maklumat penting dan analisis tentang pola serta pembangunan dalam dunia kewangan dan pelaburan, CFI.co mengukuhkan kedudukannya sebagai sumber yang berwibawa dan boleh dipercayai untuk pihak industri.

Tidak hanya mempertahankan gelaran 'Pasukan Pengurusan Aset Hutan Lestari Terbaik', syarikat bersekutu Asia Plantation Capital, APC Securitization SA, turut merangkul anugerah 'Pengeluar Bon Perhutanan Paling Inovatif'.

Semasa mengumumkan anugerah 'Pasukan Pengurusan Aset Hutan Lestari Terbaik', pihak CFI.co mengulas, "Asia Plantation bukan sahaja adalah sebuah syarikat pengurusan perhutanan, malah ia menjalankan aktiviti penyeliaan secara menyeluruh dan bersepadu secara vertikal yang bermatlamat untuk membawa perhutanan lestari dari bidang khususnya ke pentas utama. Oleh sebab itu, pihak Asia Plantation Capital sangat komited untuk mematuhi amalan pengurusan korporat bertaraf global untuk menggalakkan akses ke dalam industri perhutanan yang dinamik oleh pihak pelabur institusi dan lain-lain yang berminat untuk menaja jamin inisiatif yang besar-besaran dan lestari."

Asia Plantation Capital menanam pokok-pokok di ladang lestari mereka dan mengambil hasil daripada pokok-pokok tersebut menggunakan kaedah yang lestari serta mengamalkan penanaman selang secara tekal untuk memberi manfaat kepada alam sekitar yang juga merupakan model perniagaan mereka. Syarikat itu juga tidak melupakan tanggungjawab terhadap orang ramai yang bekerja dan tinggal di sekitar ladang tersebut dengan memberikan gaji melebihi purata kebangsaan di mana-mana negara tempat ia beroperasi serta menyediakan faedah kepada masyarakat dengan membangunkan projek-projek prasarana seperti jalan, sekolah dan kemudahan perubatan yang dapat menambah baik kehidupan dan mata pencarian mereka.

"Kami sangat berbangga kerana Asia Plantation Capital bukan sahaja beroleh satu, malah dua anugerah CFI.co pada tahun 2015," kata En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Sejak beberapa tahun ini, kami telah berkembang pesat dan dengan tekanan serta jangkaan yang semakin tinggi, adalah semakin mudah untuk kami untuk terlepas pandang matlamat asal kami dan setiap yang kami impikan. Walau bagaimanapun, saya percaya anugerah ini dan juga anugerah kedua yang disampaikan kepada anak syarikat kami, membuktikan kami berjaya menongkah arus dengan berpegang kepada setiap yang kami yakini dengan penuh kesungguhan. Kami komited terhadap apa yang kami percaya sebagai 'kelestarian holistik', dan pengiktirafan terhadap nilai dan usaha kami ini sangat dihargai oleh semua yang terlibat."

Beliau menambah, "Kami terhutang budi kepada setiap kakitangan kami - daripada pihak pengurusan atasan dan pematuhan, sehingga kepada akauntan, penasihat saintifik dan kakitangan pengurusan - atas segala usaha yang ditunjukkan dan sumbangan yang diberikan terhadap kejayaan syarikat ini. Saya ingin mengetengahkan satu golongan yang pada pendapat saya, adalah penyumbang sebenar kepada kejayaan ini – kakitangan kami yang secara literal berada 'di atas tanah' dalam mengusahakan ladang kami. Mereka memainkan peranan yang sangat besar bagi membolehkan kami sebagai sebuah syarikat untuk berkembang maju dari peringkat awal lagi. Saya sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang benar-benar ikhlas menunjukkan komitmen terhadap kelestarian yang juga merupakan komitmen kami sebagai sebuah organisasi."

Sebagai perniagaan utamanya, Asia Plantation Capital adalah peneraju dalam pemuliharaan dan penanaman semula pokok Gaharu di ladang-ladang mereka yang diurus secara lestari. Spesis Aquilaria menghasilkan minyak Oud, serpihan dan serbuk gaharu, selain kayu teras yang berwarna gelap dengan resin yang didagangkan sejak ribuan tahun kerana baunya yang unik dan bernilai tinggi selain ciri-ciri uniknya yang lain. Menurut CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam), spesis Aquilaria telah berada dalam senarai terancam sejak tahun 1995 dan kayu gaharu bergred tinggi yang diperoleh daripada pokok tersebut menjadi salah satu komoditi paling bernilai di dunia.

Pokok Karas yang ditanam di salah satu ladang Asia Plantation Capital yang diurus secara lestari
Pokok Karas yang ditanam di salah satu ladang Asia Plantation Capital yang diurus secara lestari

Semasa menyampaikan anugerah kedua - iaitu 'Pengeluar Bon Perhutanan Paling Inovatif' - panel hakim CFI.co mengulas, "Perhutanan lestari menyediakan pilihan yang menarik, selamat, dan mesra alam kepada pihak pelabur. Penanaman gaharu oleh Asia Plantation Capital untuk menghasilkan komoditi yang sukar didapati dan berharga tinggi adalah matlamat sektor perhutanan. Dengan pelancaran bon pertumbuhan modal bersekuriti dan bon pendapatan tetap securitised dan pertumbuhan modal, APC Securitization SA – sebahagian daripada Plantation Capital Group –memperkenalkan dua instrumen terbaik untuk pelabur yang peka terhadap kebajikan alam sekitar untuk melaburkan modal mereka, bukan sahaja untuk keuntungan peribadi, tetapi juga untuk kebaikan masyarakat keseluruhan."

Bagi membantu menyelamatkan pokok daripada spesies Aquilaria yang terancam berada di ambang kepupusan, Kumpulan itu kini merancang untuk maju selangkah lagi dengan membuat pelaburan tinggi terhadap buluh – pokok serba boleh yang terlepas pandang, kurang mendapat perhatian dan terabai sejak sekian lama.

Rimpunan pohon buluh sedang diperiksa oleh kakitangan Asia Plantation Capital
Rimpunan pohon buluh sedang diperiksa oleh kakitangan Asia Plantation Capital

Buluh adalah sumber yang bersih, hijau dan mempunyai kegunaan yang hebat serta meluas; daripada tenaga hingga makanan; daripada pakaian hingga lantai bangunan; serta daripada sistem penapisan hingga proses penyulingan, termasuk juga kegunaan perubatan. Menyedari sifatnya yang mengagumkan itu, anak syarikat Plantation Capital Group, Eco Tech Asia, melancarkan pilihan beg kembara berasaskan buluh dan basikal ringan pada tahun 2015 bagi melengkapkan rangkaian produk lantai buluh mereka.

Asia Plantation Capital telah melalui tahun 2015 dengan penuh kenangan serta produktif dan berbangga kerana dihargai oleh pihak-pihak dalam industri atas usahanya mempromosikan kelestarian dan kesedaran terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, seperti yang disimpulkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Barry Rawlinson, "Ini hanyalah suatu permulaan. Kumpulan syarikat kami sedar bahawa banyak lagi kerja yang masih perlu dilakukan, namun kami tidak akan mengorbankan komitmen terhadap piawaian tertinggi dalam pentadbiran sosial dan alam sekitar."

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham
Eksekutif Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon bimbit: +65-9144-0933

Steven Watts
Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Pasifik
E-mel: steve.watts@asiaplantationcapital.com
Telefon (Pejabat): +60-720-706-76

Latar Belakang CFI.co

CFI.co ialah satu jurnal bercetak dan sumber maklumat dalam talian tentang dunia perniagaan, ekonomi dan kewangan. CFI.co menyedari pandangan tradisional daripada pasaran membangun dan maju kini semakin kurang bermakna oleh sebab keadaan ekonomi dunia yang sudah bertumpu. Beribu pejabat di London, sebuah bandar raya paling berbilang budaya di dunia, CFI.co melaporkan dan menganalisis pemangkin kepada penumpuan tersebut.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah sebuah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang banyak memenangi anugerah, dengan projek-projek di sekitar Asia, Eropah, Amerika dan Afrika. Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik dan pakar terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang bersama-sama membangun dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terulung dalam industri.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160111/8521600168-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160111/8521600168-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Awards Environmental Issues