NOIDA, India, 18 Januari 2016 /PRNewswire/ --
Yayasan HCL hari ini melancarkan HCL Grant, satu inisiatif untuk menyokong NGO dan pemimpin aktivis sosial yang menjalankan projek penambahbaikan dan pembangunan taraf kehidupan negara ini. Sejumlah INR 100 crore disediakan untuk dibelanjakan sepanjang 5 tahun akan datang menerusi inisiatif ini. Pada tahun pertama, sebuah NGO yang berjaya akan dipilih untuk menerima satu geran berjumlah INR 5 crore.
Pemenang daripada enam finalis NGO yang terpilih akan diumumkan pada hari ini. Para finalis ini dipilih daripada lebih 400 NGO dari seluruh negara, melalui proses pemilihan yang teliti oleh barisan juri yang berwibawa. Barisan juri tersebut terdiri daripada:
Peranan penting yang dimainkan oleh NGO dalam usaha yang melibatkan inisiatif pembangunan negara menjadikannya Bidang Kelima (Fifth Estate) yang bergerak seiring dengan empat bidang lain iaitu Kehakiman, Badan Perundangan, Birokrasi dan Media. Memandangkan HCL Grant telah memberi sumbangan kepada sebuah NGO dalam sektor pendidikan pada tahun pertamanya, pada tahun-tahun akan datang, NGO dan pemimpin aktivis sosial lain yang terlibat dalam pembangunan penjagaan kesihatan dan ekosistem layak menerima Geran individu sebanyak INR 5 crore.
Cik Robin Abrams, Ahli Lembaga, HCL Technologies dan Pengerusi Panel Juri, HCL Grant, berkata,: "Sejak sekian lama pihak NGO memainkan peranan dalam merapatkan jurang kehidupan sebahagian besar warga India, yang mengalami kekurangan dari segi pendidikan, kesihatan, malah keperluan asas. Apa menjadikan peranan mereka sangat penting adalah mereka merupakan wakil kepada masyarakat India dan mampu mencapai ke tempat yang tidak mampu dicapai oleh aktiviti pembangunan yang lain. Melalui HCL Grant, sasaran kami adalah untuk menyokong NGO dengan membantu proses dan rangka kerja selain turut mengiktiraf mereka yang berusaha menambah baik taraf kehidupan di India."
"Kami percaya NGO adalah sama penting dengan empat bidang lain, terutamanya di India, yang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang rumit pada hari ini. Melalui HCL Grant, kami akan mampu mengenal pasti NGO yang tepat dan seterusnya menginstitusikan amalan mereka melalui pembangunan kapasiti dan keupayaan mereka. Sokongan dan penilaian berterusan daripada pihak kami pula akan membantu mereka untuk terus maju dan mencapai matlamat jangka panjang mereka," kata Cik Srimathi Shivashankar, Ketua, Yayasan HCL.
Enam finalis yang terpilih ialah:
NGO yang berjaya akan diumumkan pada 18 Januari dalam satu upacara yang menghimpunkan para pemimpin dan tetamu kehormat daripada pelbagai bidang.
Sumber: http://www.hcltech.com/press-releases/corporate/hcl-foundation-commits-inr-100-crores
Wakil Media:
HCL Technologies
Ajay Davessar
Ajay.Davessar@hcl.com
+91-120-4382800