omniture

Groupe Renault Umumkan Pertumbuhan Jualan Tahun Ketiga Berturut-turut

Groupe Renault
2016-01-18 16:04 273

PARIS, 18 Januari 2016 /PRNewswire/ --

  • Pada tahun 2015, pendaftaran Kumpulan meningkat 3.3% dan mencapai rekod baharu sebanyak 2,800,242 buah kenderaan
  • Di Eropah, Kumpulan itu mencatat pertumbuhan untuk setahun lagi dengan bahagian pasaran melebihi 10% 
  • Jenama Renault mengekalkan kedudukan penerajunya dalam LCV di Eropah untuk tahun ke-18 berturut-turut 
  • Walaupun berlakunya kemerosotan pasaran Rusia dan Brazil, Kumpulan itu masih mengekalkan kedudukan antarabangsanya
  • Kejayaan produk baharu pada tahun 2015, pelancaran yang banyak dirancang serta perluasan aktiviti pada peringkat antarabangsa semuanya bakal menyokong usaha untuk berkembang pesat pada tahun 2016. 

PENINGKATAN JUALAN SELURUH DUNIA

Pada tahun 2015, pendaftaran PC+LCV Groupe Renault seluruh dunia menyaksikan peningkatan sebanyak 3.3% untuk sejumlah 2.8 juta kenderaan, dalam pasaran yang bertumbuh sebanyak 1.6%. Pertumbuhan tahun ketiga berturut-turut bagi pendaftaran ini membolehkan Kumpulan mencatatkan rekod jualan baharu. Bahagian pasaran seluruh dunia bagi Kumpulan itu kini adalah 3.2%. Jenama Renault kekal sebagai jenama Perancis nombor satu di dunia dan Dacia mencatat rekod jualan baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160117/322920LOGO )

Kumpulan itu terus menikmati faedah daripada momentum pasaran automotif Eropah (+9,4%) dan mencatat peningkatan sebanyak 10.2% dalam pendaftaran menjadi 1,613,499 buah kenderaan, dengan bahagian pasaran sebanyak 10.1%. Renault merupakan peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik di sini, dan sebagai peneraju dalam pasaran LCV tahun ke-18 berturut-turut.

Di luar Eropah, walaupun berlaku krisis ekonomi di Rusia dan Amerika Latin, Kumpulan itu tetap bertahan dan mencatat laba bahagian pasaran di rantau Afrika, Timur Tengah, India dan Eurasia.

Thierry Koskas, Naib Presiden Eksekutif Groupe Renault, Jualan dan Pemasaran, mengumumkan "Tahun 2015 menandakan satu lagi tahun yang mencatatkan peningkatan jualan oleh Groupe Renault dan kami berjaya mengatasi rekod jualan terdahulu. Walaupun dengan keadaan ekonomi yang terus tidak menentu dari satu rantau ke rantau lain, pertumbuhan kami masih tekal dan mengesahkan keberkesanan strategi pempelbagaian geografi yang diusahakan selama ini."

PRODUK BAHARU MEMACU KEJAYAAN DI EROPAH 

Di Eropah, bahagian Groupe Renault untuk pasaran PC+LCV meningkat kepada 10.1%, dengan peningkatan dalam pendaftaran sebanyak 10.2% untuk 1,613,499 buah kenderaan. Kumpulan itu meningkatkan jualan dalam semua negara di rantau, dengan prestasi yang kukuh di Sepanyol (+22.3%), United Kingdom (+17.7%) dan Itali (+18%), dengan bahagian pasaran mencatat rekod sebanyak 9.1%

Tahun 2015 menandakan pertumbuhan untuk satu tahun lagi bagi jenama Renault. Ini merupakan jenama yang paling pantas berkembang pada tahun 2015. Dengan 1,238,711 pendaftaran (+12.3%), bahagian pasaran Kumpulan itu mencecah 7.8% berbanding 7.6% pada tahun 2014 dan 7.4% pada 2013. Clio masih kekal sebagai peneraju jualan, hasil gabungan semua segmen.

Dalam pasaran PC (+11.1% hingga 969 508 buah kenderaan), Renault mengekalkan kedudukan penerajunya dalam pasaran kenderaan bandar (segmen A+B) hasil kejayaan berterusan model Clio dan Captur, peneraju dalam segmennya dengan 194 703 pendaftaran (23,7% daripada segmen itu).

Pelancaran sepanjang tahun 2015 memacu permintaan pelanggan yang tinggi : 49, 016 Kadjar telah terjual dan terdapat 20, 930 pendaftaran untuk New Espace, menjadikannya tiga kali ganda melebihi jualan versi sebelumnya dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2014.

Bagi LCV, jenama Renault mengekalkan kedudukan penerajunya untuk tahun ke-18 berturut-turut, dengan 269, 203 pendaftaran (+16, 9%), dan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7 mata dalam bahagian pasaran.

Sepuluh tahun selepas ia dilancarkan di Eropah, jenama Dacia mencatatkan pertumbuhan dalam pendaftarannya untuk tahun 2015 (+3.6%), dan mencatat rekod jualan sebanyak 374, 458.

Renault merupakan peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik Eropah. Jualan Kumpulan itu bertumbuh pesat (+49%) menjadi 23, 086 buah kenderaan, kecuali Twizy. ZOE menjadi peneraju dalam pasaran PC dengan 18, 453 pendaftaran sepanjang tahun (+68%).

Di Perancis, Renault mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju bagi jenama automotif manakala model Clio kekal sebagai kenderaan yang paling banyak terjual dalam pasaran untuk tahun keenam berturut-turut. Clio, Captur, Twingo dan Espace merupakan peneraju dalam segmen pasaran masing-masing. Kenderaan kegunaan awam Trafic, Master dan Kangoo juga mengungguli segmen masing-masing. ZOE menguasai 60% daripada pasaran PC elektrik.

GROUPE RENAULT KEKAL STABIL DI PERINGKAT ANTARABANGSA 

Pada peringkat antarabangsa, walaupun dengan keadaan ekonomi yang berbeza mengikut negara dan rantau, Groupe Renault berjaya menstabilkan, malah mengukuhkan, kedudukannya.

Di Eurasia, bahagian pasaran Kumpulan itu meningkat sebanyak 1.6 mata menjadi 11.9%, khususnya kerana momentum Kumpulan itu di Turki (+21.7%), yang mana satu rekod jualan baharu dicatatkan. Pertumbuhan ini menyeimbangkan kesan akibat krisis ekonomi di Rusia, yang mana pasaran mengalami kemerosotan lebih 35% dan pendaftaran Groupe Renault jatuh sebanyak 38.1%. Bahagian pasaran stabil pada 7.5% apabila dasar memelihara margin dilakukan.

Di rantau Afrika, Timur Tengah dan India, pendaftaran Kumpulan meningkat hampir 17%, untuk bahagian pasaran sebanyak 4.5% (+0.7 mata). Kumpulan itu memegang lebih satu pertiga daripada pasaran Afrika Utara. Di Algeria, Kumpulan itu menyaksikan bahagian pasaran yang mencatat rekod (35.6%) dengan penambahan signifikan sebanyak 8.7 mata, menikmati faedah daripada pengeluaran tempatan Symbol di Oran. Di Maghribi, yang mana Dacia dan Renault masing-masing merupakan jenama pertama dan kedua teratas, pendaftaran mencatatkan peningkatan sebanyak 11.5%. Bahagian pasaran Kumpulan adalah lebih 38.2% (+1,2 mata).

Di Mesir, pasaran kedua terbesar di Afrika, jualannya meningkat sebanyak 73.8% manakala bahagian pasarannya mencecah 7.5% (+3.4 mata).

Di India, Renault kekal sebagai peneraju bagi jenama automotif Eropah dengan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 20.1%. Kwid bermula dengan jualan yang sangat menggalakkan dengan lebih 80,000 pesanan diterima sejak dilancarkan pada bulan September.

Di negara-negara benua Amerika (355, 151 pendaftaran, penurunan sebanyak 14.8%), Kumpulan itu bertahan dalam kegawatan ekonomi dengan bahagian pasaran sebanyak 6.3% (-0.1 mata). Di Brazil, pasaran kedua terbesar Kumpulan itu, bahagian pasaran meningkat sebanyak 0.2 mata ke paras yang tidak pernah dicapai sebelum ini, sebanyak 7.3%, dalam pasaran yang merosot sebanyak 25.5%. Di Argentina, Kumpulan itu mengawal kemerosotan dalam pendaftaran kepada -6.5%, hasil daripada prestasinya pada suku tahun sebelumnya dengan bahagian pasaran sebanyak 14.7% (12.7% sepanjang setahun). Di Colombia, Renault mencatat angka bahagian pasaran tertinggi baharu sebanyak 18.6%, satu peningkatan sebanyak 2 mata.

Trak pikap Duster Oroch, yang dilancarkan pada penghujung tahun, sudah pun berada pada tempat kedua dalam segmennya di Brazil. Lonjakan Renault dalam segmen ini sepatutnya dapat mengukuhkan pertumbuhan di rantau ini dalam bulan-bulan akan datang.

Di Asia Pasifik, paras jualan di Korea, iaitu pasaran terbesar Kumpulan ini di rantau itu, telah stabil berikutan pertumbuhan signifikan pada tahun 2014. Di China, keutamaan diberikan kepada persediaan pelancaran Kadjar versi China, kenderaan pertama yang dibuat di dalam negara oleh usaha sama Dongfeng Renault.

RAMALAN JUALAN 2016 UNTUK GROUPE RENAULT 

Bagi tahun 2016, pasaran global dijangka akan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1 hingga 2% berbanding tahun 2015. Pasaran Eropah juga dijangka akan meningkat sebanyak 2%, dengan peningkatan 2% juga untuk Perancis.

Pada peringkat antarabangsa, pasaran Brazil dan Rusia dijangka akan merosot lebih rendah, masing-masing sebanyak 6% dan 12%. Sebaliknya, China (+4 hingga 5%) dan India (+8%) perlu meneruskan momentum masing-masing.

Menerusi faktor-faktor ini, selain rancangan produk yang padat tahun ini, Groupe Renault menjangkakan:

  • kadar peningkatan yang tinggi dalam pertumbuhan jualan seluruh dunia;
  • pengukuhan jenama Renault di Eropah
  • peningkatan di setiap lima rantau

Thierry Koskas mengesahkan "Berbekalkan momentum perniagaan sejak tiga tahun lalu, rangkaian produk yang banyak dikemas kini pada tahun 2015 dan 2016 serta perluasan kami di India dan juga China, pertumbuhan kami akan bertambah pesat pada tahun 2016 dan kami akan memperbaiki kedudukan kami dalam semua rantau kami".

Jualan kumpulan mengikut rantau PC + LCV



Jualan setakat akhir Disember*


2015

2014

% ubahan

Perancis

607, 173

577, 606

5.1%

Eropah** (kecuali Perancis)

1, 006, 326

887, 179

13.4%

Jumlah Perancis + Eropah

1, 613, 499

1, 464, 785

10.2%

Afrika, Timur Tengah, India

359, 858

307, 927

16.9%

Eurasia

356, 216

389, 704

-8.6%

Negara-negara benua Amerika

355, 151

416, 914

-14.8%

Asia Pasifik

116, 868

133, 197

-12.3%

Jumlah kecuali Perancis + Eropah

1, 188, 093

1, 247, 742

-4.8%

Seluruh dunia

2, 801, 592

2, 712, 527

3.3%

* Jualan

** Eropah = Kesatuan Eropah, Iceland, Norway & Switzerland

 

Jumlah jualan bagi setiap jenama


Jualan setakat akhir Disember*


2015

2014

% ubahan

RENAULT

PC

1, 822, 965

1, 811, 443

0.6%

LCV

347, 679

307, 582

13.0%

PC + LCV

2, 170, 644

2, 119, 025

2.4%

RENAULT SAMSUNG MOTORS

PC

80, 028

82, 123

-2.6%

DACIA

PC

511, 510

474, 623

7.8%

LCV

39, 410

36, 756

7.2%

PC + LCV

550, 920

511, 379

7.7%

GROUPE RENAULT

PC

2, 414, 503

2, 368, 189

2.0%

LCV

387, 089

344, 338

12.4%

PC + LCV

2, 801, 592

2, 712, 527

3.3%

 


15 pasaran utama Groupe Renault pada akhir Disember 2015



Bahagian Pasaran


Jualan 2015*

PC+LCV 2015


(unit)

(% )

1 PERANCIS

607, 173

26.4

2 BRAZIL

181, 504

7.3

3 JERMAN

177, 787

5.2

4 TURKI

162, 175

16.8

5 SEPANYOL

156, 108

13.1

6 ITALI

154, 730

9.1

7 UNITED KINGDOM

128, 269

4.3

8 RUSIA

120, 411

7.5

9 ALGERIA

90, 182

35.6

10 BELGIUM+LUXEMBURG

82, 374

13.3

11 KOREA SELATAN

80, 017

4.4

12 ARGENTINA

79, 383

12.7

13 INDIA

53, 848

1.7

14 IRAN

51, 500

4.8

15 MAGHRIBI

50, 369

38.2

*Angka setakat hujung Disember 2015, kecuali Twizy

  



5 Jualan PC terbaik Groupe Renault setakat akhir Disember 2015


Jumlah

Renault

Dacia

RSM

Clio 4

372, 062

372, 062



Duster

331, 238

168, 900

162, 338


Sandero 2

326, 712

141, 354

185, 358


Logan 2

251, 030

151, 949

99, 081


Captur/QM3

245, 126

220, 567


24, 559

>>>> Semua angka dalam dokumen ini adalah setakat 12 Januari 2016. 

Sumber: Groupe Renault

Source: Groupe Renault
Keywords: Auto Transportation Earnings