omniture

Penemuan Baharu oleh Victor Petrik -- Eksperimen dengan Grafen Boleh Menyelamatkan Berjuta-juta Nyawa Manusia

Kirsan - Petrik Laboratory of the Future transnational corporation
2016-01-18 18:00 369

MOSCOW, 18 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Kajian terhadap ciri-ciri grafen untuk digunakan sebagai bahan serapan usus dijalankan di Akademi Perubatan Ketenteraan S.M. Kirov di Rusia. Kajian itu dijalankan di bawah pimpinan Kirsan - Petrik Laboratory for Future transcorporation.

Kajian itu dijalankan ke atas haiwan yang menghidap penyakit ginjal akut dan merebak dengan parah, yang berpunca oleh penyingkiran kedua-dua ginjal daripada haiwan itu secara pembedahan.

Semua manipulasi pembedahan dijalankan ke atas tikus yang dipengsankan oleh bius eter, dengan mengambil kira standard mengikut konvensyen Eropah terhadap perlindungan haiwan vertebrat yang digunakan untuk tujuan eksperimen serta tujuan saintifik lain [Strasbourg, 18.03.1986].

Keputusan menunjukkan, dalam keadaan mengalami keracunan uremik yang semakin parah, pemberian sebatian grafen melalui mulut akan menggandakan kadar kelangsungan hidup tikus jika dibandingkan dengan kumpulan haiwan kawalan yang tidak diberi sebatian ini.

Keputusan daripada kajian itu menunjukkan grafen boleh menjadi asas untuk mencipta pembetul mampu milik bagi keracunan uremik dalam kes penyakit ginjal, kencing manis, dan penyakit lain.

V. Petrik menemui kesan keadaan grafen stabil di luar kekisi kristalin grafit sejak tahun 1996 lagi. Penemuan itu didaftarkan oleh Persatuan Penulis Penemuan Saintifik Antarabangsa pada tahun 2001, Diploma No.163.

Pada tahun 1998, buat pertama kali di dunia, V. Petrik mengukuhkan penghasilan grafen dalam industri dengan kaedah pemusnahan grafit secara sejuk. Patennya telah didaftarkan di 43 buah negara seluruh dunia, termasuk di A.S., cth: US No.7,842,271 B2 bertarikh 2004.

Mulanya, grafen yang diperkenalkan oleh V. Petrik diperhatikan melalui kaedah spektroskopi elektronik di Institut Kriminologi Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia dan di Institut Spektroskopi Akademi Sains Rusia pada tahun 1997 dan kemudiannya di Universiti California, Davis, Universiti California, Irvine. http://www.vpetrik.com/userfiles/docs/statya_engrus.pdf

V. Petrik mula mengkaji grafen untuk digunakan dalam perubatan pada tahun 1997. Pada tahun 1999, keputusan unik daripada penggunaan grafen dalam penulenan plasma darah diperoleh di Pusat Kardiologi Rusia.

Pada tahun 2000, kajian tentang tindakan pemarutan grafen dalam kes kecederaan akibat kebakaran dan luka septik telah dijalankan di Institut Perubatan Eksperimen, sebuah perusahaan kesatuan negeri persekutuan, dan di Institut Penyelidikan Perubatan Kecemasan Dzanelidze.

http://www.vpetrik.com/userfiles/docs/medics/medicine.rar 

http://www.vpetrik.com/userfiles/docs/medics/toxicology.rar

Kirsan - Petrik Laboratory of the Future transnational corporation.

Khidmat Akhbar

Timofey Khrilev
phoenix.press.service@gmail.com
+7-499-346-35-11

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160115/322677

Source: Kirsan - Petrik Laboratory of the Future transnational corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries