omniture

Heliatek, Perintis Teknologi Jerman, bakal Sertai Forum Ekonomi Dunia di DAVOS

Heliatek
2016-01-19 08:00 353

DRESDEN, Jerman, 19 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Heliatek akan memanfaatkan platform unik Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia, yang akan berlangsung di Davos-Klosters mulai 20-23 Januari 2016 untuk mempersembahkan teknologi filem suria organik yang terkini. Thibaud Le Séguillon, Ketua Pegawai Eksekutif Heliatek, akan berinteraksi dengan jaringan pemimpin global daripada lapangan perniagaan, kerajaan, organisasi antarabangsa, bidang akademik dan masyarakat awam untuk membentuk agenda industri global.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150804/254469 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160115/322863 )

"Kami akan memanfaatkan peluang keemasan daripada Mesyuarat Tahunan ini untuk mempersembahkan teknologi pengusahahasilan tenaga suria yang berpusat dan bebas karbon. Ia sangat memberi kesan terhadap model tenaga semasa iaitu penghasil tenaga elektrik yang besar, mencemarkan, membebaskan CO2 dengan menawarkan penjanaan tenaga yang bersih serta setempat. Produk HeliaFilm® kami adalah sebahagian daripada gerakan Revolusi Perindustrian Keempat yang genting," kata Thibaud Le Séguillon.

Heliatek diiktiraf tahun lalu sebagai salah satu daripada "Perintis Teknologi" sempena Forum Ekonomi Dunia serta adalah satu-satunya syarikat ­baharu dari Jerman dalam kalangan 49 buah syarikat yang dipilih dari 10 buah negara. Syarikat yang berpangkalan di Dresden itu membangunkan produk dan mengeluarkan HeliaFilm® yang menghasilkan tenaga elektrik, iaitu filem suria yang ultra ringan dan fleksibel dengan ketebalan kurang daripada 1 mm. Heliatek adalah peneraju dalam bidang Tenaga Elektronik Organik dan memegang rekod dunia untuk sel solar organik dengan mencatatkan kecekapan setinggi 12%. Ia juga meraih Anugerah Penghasilan Tenaga Boleh Diperbaharui 2015 sempena Anugerah Industri Elektronik Eropah Elektra.

Selepas berjaya memasuki pasaran iaitu HeliaFilm® diintegrasikan dengan bahan pembinaan seperti kaca dan konkrit, syarikat itu memasuki segmen membran PVC bersama rakan terkenal. Heliatek terus memperkenalkan produk mereka di pentas global dengan mencari rakan industri global pada tahun ini. Hasil daripada strategi ini, HeliaFilm® menjadi bahan penting dalam sebuah projek besar di Singapura yang menyediakan platform ujian untuk teknologi lestari baharu yang sesuai dengan bandar. Filem suria akan digunakan pada besi dan kaca dalam pelbagai tahap ketelusan serta warna.

Latar Belakang Heliatek:

Melalui kelebihan mereka dalam pembangunan bahan serta keupayaan terbukti dalam pengeluaran berjumlah tinggi, Heliatek adalah syarikat pertama yang memulakan pengkomersilan secara bersar-besaran bagi filem suria OPV.

Latar Belakang Forum Ekonomi Dunia:

WEF adalah institusi antarabangsa yang komited untuk menambah baik keadaan di dunia ini melalui kerjasama sektor awam-swasta dengan dipacu semangat kewarganeraan global. http://www.weforum.org

Maklumat lanjut tentang pemenang Perintis Teknologi terdahulu boleh diperoleh di http://www.weforum.org/communities/technology-pioneer

Hubungi:

Cornelia Jahnel
Heliatek GmbH
Treidlerstrasse 3, 01139 Dresden
Tel: +49 351-213034-421
cornelia.jahnel@heliatek.com

http://www.heliatek.com

Source: Heliatek
Keywords: Oil/Energy