omniture

Neusoft Perkenal PET/CT NeuSight untuk Pasaran Global

Neusoft Corporation
2016-01-19 14:28 314

SHENYANG, China, 19 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Neusoft Medical Systems Co., Ltd. ("Neusoft Medical Systems") dengan rasminya melancarkan PET/CT NeuSight untuk pasaran global. PET/CT NeuSight yang diperakui CE dan diluluskan oleh FDA AS ini menggabungkan teknologi dan inovasi tercanggih bagi menghasilkan imej yang sangat halus serta butiran sangat terperinci, yang boleh memberikan maklumat diagnostik yang lebih tepat. PET/CT NeuSight memperlihatkan keazaman Syarikat itu untuk menerokai pasaran PET/CT canggih di peringkat antarabangsa melalui inovasi.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/322964

Sebelum ini, Neusoft Medical Systems berkolaborasi dengan 'Positron', perintis PET untuk jantung di AS. Kini, Positron dimiliki sepenuhnya oleh Neusoft, dengan lebih 20 pemasangan PET di AS sahaja. Dengan menggabungkan pengetahuan teknologi Neusoft & Positron, PET/CT NeuSight berjaya dibangunkan. Penyelidikan & pembangunan (R&D) untuk pengimbas NeuSight bermula pada tahun 2012 dengan 4 prototaip PET/CT yang menerima kelulusan pemeriksaan kilang pada tahun 2014. Pada tahun 2015, PET/CT NeuSight menerima perakuan CE dan diluluskan oleh FDA AS.

PET/CT NeuSight dilengkapi alat-alat elektronik canggih yang menawarkan imej diagnostik berkualiti tinggi dengan kelajuan pemerolehan dan pascapemprosesan terpantas, seterusnya memberikan pakar radiologi/pakar perubatan nuklear dengan daya pemprosesan yang tinggi serta pulangan pelaburan yang positif, selain mengekalkan dedikasi dalam mengutamakan keselamatan pesakit.

En. Patrick Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Neusoft Medical Systems berkata, "Sebagai penyedia peralatan perubatan terkemuka, Neusoft Medical Systems menetapkan teknologi perisian sebagai teras kami. Kami sudah menyumbang inovasi dalam perisian dan reka bentuk produk secara berterusan kepada industri perubatan China selama lebih 20 tahun. Pelancaran PET/CT NeuSight merupakan pencapaian baharu yang cemerlang bagi Neusoft untuk peralatan perubatan yang canggih. Pada masa depan, kami berharap dapat menggiatkan usaha dalam inovasi dan kecemerlangan operasi bagi menawarkan produk serta perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi ke seluruh dunia."

Latar Belakang Neusoft Medical Systems

Neusoft Medical Systems Co., Ltd. (Neusoft Medical Systems), merupakan penyedia terkemuka untuk peralatan dan perkhidmatan perubatan dari China. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan dengan pembangunan perisian sebagai kecekapan utamanya, Neusoft Medical Systems menjadi peneraju pasaran China dalam peralatan dan perkhidmatan perubatan serta memperluaskan kepimpinannya dengan menubuhkan anak-anak syarikat di peringkat antarabangsa di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Peru, Rusia, Brazil, dan Vietnam. Ia menyediakan portfolio yang luas bagi peralatan perubatan, termasuk CT, MRI, sinar-X, Ultrabunyi, PET/CT, Pemecut Linear, dan IVD (Produk Diagnostik In Vitro). Untuk maklumat lanjut, sila lawati: medical.neusoft.com/en

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Terry Du
Pusat Pengurusan Penjenamaan & Pemasaran
Neusoft Corporation
Telefon: +86-24-8366-2306
E-mel: duch@neusoft.com

Source: Neusoft Corporation
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services