omniture

The Oberoi Group Menjanjikan Kemewahan Tidak Tandingan Sambil Menyelusuri Sungai Nil Dengan The Oberoi Philae

The Oberoi Group
2016-01-20 11:24 346

NEW DELHI, 20 Januari 2016 /PRNewswire/ -- The Oberoi Group mengumumkan The Oberoi Philae, Kruiser Nil Mewah, Mesir akan belayar antara Aswan dan Luxor, menawarkan jadual perjalanan selama empat atau enam malam. Sebelum ini, Kumpulan itu mengendalikan satu lagi kruiser mewah, The Oberoi Zahra, dan akan memperluas khidmatnya di Sungai Nil dengan The Oberoi Philae.

Selain nilai kemewahan yang disediakan oleh The Oberoi Zahra, The Oberoi Philae akan menawarkan pemandangan Sungai Nil yang tiada bandingan kepada tetamu, sambil mereka menikmati perkhidmatan Oberoi yang terkemuka serta menerokai budaya Mesir yang berusia 5,000 tahun.

En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif, The Oberoi Group berkata, "Kami dengan sukacitanya memperkenalkan The Oberoi Philae, Kruiser Nil Mewah yang menawarkan taraf kemewahan dan hospitaliti yang tertinggi. The Oberoi Group memang sudah dikenali secara meluas sebagai yang terbaik di dunia, dan saya yakin The Oberoi Philae, Kruiser Nil Mewah akan meneruskan tradisi ini serta menawarkan pengalaman yang tiada bandingan kepada para pelancong di Sungai Nil". 

En. Mahmoud Nourelden, Pengurus Kapal, The Oberoi Philae, Kruiser Nil Mewah, menambah, "Kruiser Nil mewah ini akan menawarkan pelancong bercita rasa tinggi dengan sebuah wadi yang tenang berserta perkhidmatan yang mesra pelanggan, intuitif, dan peribadi. Kami yakin kruiser ini akan menambah nilai yang ketara kepada sektor hospitaliti di Mesir." 

Kruiser mewah itu akan menampilkan antara penginapan yang terluas di atas Sungai Nil. 22 Kabin dan Suite yang dihiasi kemewahan itu mempunyai tingkap gaya Perancis bersaiz besar yang menyediakan pemandangan Sungai Nil yang menakjubkan. Kruiser itu juga dilengkapi teknologi terkini termasuk WiFi berkelajuan tinggi.

Restorannya menawarkan pilihan sajian luar biasa daripada selera Barat, Asia dan Timur Tengah dengan pemandangan Sungai Nil yang amat jelas. Di Dek Atas, yang menempatkan kolam renang dengan suhu terkawal, para tetamu boleh menikmati makan tengah hari, sajian ringan dan kudapan di restoran tepi kolam renang. Kruiser itu juga mempunyai bar bergaya dan ruang santai menghisap curut yang dihiasi meja peribadi, lantai tari, serta panggung wayang yang canggih. 

Gimnasium yang beroperasi selama 24 jam pula menawarkan pemandangan indah untuk dinikmati semasa bersenam, sama seperti The Oberoi Spa.

The Oberoi Philae, Kruiser Nil mewah memberi peluang tambahan kepada pelancong untuk mengalami hospitaliti yang memenangi anugerah milik kumpulan itu, menjadikannya pilihan utama bagi pelancong mewah yang bercita rasa tinggi.

Untuk mendapatkan maklumat tentang tempahan dan butiran lanjut, sila lawati http://www.oberoihotels.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389 0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/786463
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/786463-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/786463-b

Source: The Oberoi Group
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Maritime/Shipbuilding Transportation Travel New products/services