omniture

Tehran: Naib Presiden Puan Masoumeh Ebtekar Sampaikan Anugerah kepada Projek Alam Sekitar Terbaik Dunia!

Energy Globe Foundation
2016-01-20 23:46 298

TEHRAN, Iran, 20 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Di pusat persidangan gilang-gemilang Menara Milad yang berdiri megah di Tehran, Anugerah Dunia Energy Globe kali ke-16 telah disampaikan dalam satu majlis gala antarabangsa. Naib Presiden Puan Masoumeh Ebtekar, dalam ucaptama beliau, menekankan kepentingan anugerah sedemikian kepada projek alam sekitar yang cemerlang dan juga pelaksanaannya. Acara ini adalah permulaan kepada usaha yang semakin padu untuk mempromosikan kelestarian di Iran yang dimulakan dengan perluasan program untuk Tenaga Boleh Diperbaharui dan kecekapan tenaga. Maneka Gandhi juga menekankan, perubahan ke arah kelestarian di dunia kita tidak akan dapat dicapai hanya melalui kata-kata atau undang-undang, sebaliknya melalui tindakan seperti yang dilakukan oleh projek-projek Energy Globe.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7740251-masoumeh-ebtekar-awarded-best-projects/

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan penyampai anugerah Prof. Munasinghe berkata: Penting untuk negara-negara miskin mahupun kaya saling berganding bahu untuk bertukar-tukar pengetahuan serta menyokong antara satu sama lain.

3 calon daripada semua 5 benua dunia bersaing dalam 5 kategori iaitu Tanah, Air, Api, Udara dan Belia. Calon-calon dipilih daripada hampir 2000 penyertaan dari 177 buah negara.

Sebuah program dari Etiopia yang menyuburkan kembali tanah yang gersang memenangi kategori Tanah. Sebuah projek lampu dari Filipina yang menyinari pondok golongan paling miskin menggunakan botol air dan peluntur pula memenangi kategori Air. Dalam kategori Air, 2 pemenang telah dipilih: Sebuah projek dari Tehran yang mengguna pakai loji rawatan kumbahan air yang holistik untuk bandaraya seramai 12 juta penduduk itu serta projek dari Tanzania yang mensteril dan membersihkan air menggunakan penapis seramik buatan sendiri untuk dijadikan air minuman demi manfaat ribuan penduduk. Dalam kategori Udara, projek dari Switzerland berjaya meraih kejayaan yang membekalkan cabang rantaian menggunakan jentera pertama yang dikuasakan oleh tenaga elektrik di dunia. Dalam kategori Belia, pemenangnya ialah projek dari Belize yang membenarkan hanya golongan muda menyertai satu pertandingan bola sepak yang sebelumnya telah melaksanakan projek-projek alam sekitar.

Dua pemenang keseluruhan amat teruja kerana anugerah mereka disampaikan oleh Naib Presiden Puan Masoumeh Ebtekar dan Menteri Gandhi.

Wakil daripada negara membangun, iaitu projek dari Etiopia dipilih kerana berjaya mempamerkan cara untuk menyuburkan tanah yang gersang menggunakan cara serta komitmen yang sepatutnya dan seterusnya menyediakan tapak asas untuk kehidupan.

Bagi negara-negara perindustrian, projek dari Iran berjaya meraih anugerah, yang mengitar semula air kumbahan, menghasilkan tenaga, mewujudkan tanah pertanian, malah pencemaran juga dikurangkan dalam satu proses.

Anugerah Dunia Energy Globe adalah sebuah acara khas untuk menghargai alam sekitar, pentas untuk meraikan kejayaan perlindungan alam sekitar dan usaha global menuju abad kelestarian.

Maklumat lanjut: http://www.energyglobe.info

http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324012

Wakil media:

Elisabeth Neumann
T: +43-664-627-99-28
E: contact@energyglobe.info

Source: Energy Globe Foundation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Environmental Issues Not for profit