PARIS, 21 Januari 2016 /PRNewswire/ --
Forum Barangan Pengguna Berjaya Memuktamadkan Resolusi Berkaitan Penyejukan: Menerbitkan Makalah yang Menampilkan Kisah Kejayaan Penyejukan Semula Jadi
Forum Barangan Pengguna (CGF) hari ini mengumumkan kejayaan pemuktamadan Resolusi Lembaga berkaitan Penyejukan 2010 serta penerbitan Makalah Penyejukannya yang pertama. Lembaga CGF juga menyeru Jawatankuasa Pandu Kemampanan untuk membangunkan resolusi yang berpotensi menunjukkan bagaimana industri itu dapat terus memperluas sistem penyejukan rendah karbon pada masa depan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151201/292056LOGO )
Pada tahun 2010, CGF menyatakan komitmen untuk menangani kesan iklim yang semakin meningkat yang berpunca daripada sistem penyejukan yang digunakan oleh ahlinya. Gas penyejukan yang digunakan dalam kebanyakan sistem (dikenali sebagai hidrofluorokarbon (HFC)) adalah gas rumah hijau yang kuat. Pada ketika itu, teknologi karbon rendah untuk menggantikan HFC belum terbukti lagi dan akhirnya mereka memutuskan untuk terus mencuba pendekatan baharu dalam sistem penyejukan menjelang tahun 2015.
Hari ini, ahli-ahli CGF memasang sistem penyejukan rendah karbon dalam lebih 4,000 buah pasar raya, empat juta unit penyejuk ais krim dan minuman di seluruh dunia, serta loji perindustrian yang kebanyakannya merupakan agen penyejuk semula jadi. Usaha ini memberi pengalaman berharga kepada industri tentang isu seperti pilihan teknologi rendah karbon: kos penghantaran; permintaan tenaga; prestasi dalam iklim lebih panas; serta ketersediaan pemasang dan jurutera penyelenggaraan yang berkemahiran.
Semua pengalaman pendidikan ini dirangkumkan dalam Makalah Penyejukan yang serba baharu, yang memberi sorotan terhadap lebih satu dozen contoh kehidupan sebenar daripada peruncit dan pengeluar CGF tentang bagaimana mereka semakin mengurangkan penggunaan HFC secara perlahan-lahan dan berjaya membuat percubaan serta melaksanakan penggunaan alternatif penyejukan semula jadi. CGF memuji penglibatan para ahlinya dalam isu kritikal ini dan berharap makalah itu akan membantu menginspirasikan orang ramai untuk meneruskan usahanya.
Emma Coles, Naib Presiden, Peruncitan Bertanggungjawab di Albert Heijn and Royal Ahold, dan Andre Fourie, Pengurus Kanan, Nilai Alam Sekitar di SABMiller plc, Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Penyejukan CGF, berkata, "CGF memang sudah menjadi suara terlantang dalam usaha pengurangan penggunaan agen penyejuk HFC yang berbahaya sejak tahun 2010. Selain itu, walaupun tahun 2015 sudah berlalu, kami masih komited dalam membantu para ahli menggandakan impak penyelesaian mereka dan memajukan seluruh industri. Dengan ini, pihak Lembaga menyeru pasukan Kemampanan CGF untuk memandang ke hadapan dan berbincang bagaimana untuk memacu kemajuan selepas tahun 2015, termasuk kemungkinan bagi resolusi baharu."
CGF hari ini juga menerbitkan versi Makalah Perubahan Iklim dikemas kini, yang mengandungi lebih 20 contoh bagaimana ahli berusaha membuat perubahan dalam dunia perniagaan untuk memberi impak positif ke atas iklim melalui pelbagai aktiviti berkenaan sisa makanan, kitar semula, penyumberan mampan dan kecekapan tenaga.
Latar Belakang Forum Barangan Pengguna
Forum Barangan Pengguna (CGF) merupakan rangkaian industri berasaskan pariti global yang dipacu oleh ahlinya untuk menggalakkan penerimaan amalan dan piawaian global yang digunakan dalam industri barangan pengguna seluruh dunia. Ia menghimpunkan bersama Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan kanan yang terdiri daripada kira-kira 400 peniaga, pengeluar, penyedia perkhidmatan, serta pihak berkepentingan lain dari 70 buah negara, dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori produk, dan juga format. Syarikat ahlinya mempunyai jualan tergabung sebanyak EUR 2.5 trilion dan menggajikan secara terus kira-kira 10 juta orang, dengan 90 juta tambahan pekerjaan berkaitan bagi sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar dan peruncit.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.theconsumergoodsforum.com