omniture

Israel Diamond Exchange Hadiahkan Penginapan Hotel Percuma Tiga Malam kepada Pembeli Sempena Minggu Berlian Antarabangsa di Israel Edisi Musim Sejuk

The Israel Diamond Exchange
2016-01-21 18:00 367

RAMAT GAN, Israel, 21 Januari 2016 /PRNewswire/ --

"Pembeli yang hadir akan beroleh akses kepada produk yang baharu dan belum dipasarkan pada harga yang lebih rendah," jelas Presiden IDE

Pembeli berdaftar dan menerima kelulusan yang menyertai Minggu Berlian Antarabangsa di Israel (IDWI) edisi musim sejuk, akan menerima hadiah penginapan selama tiga malam secara percuma di salah sebuah hotel acara di sekitar Diamond Exchange District di Ramat Gan, Israel. IDWI, acara dwitahunan yang berlangsung di Ramat Gan sejak empat tahun lalu, menerima reputasi sebagai acara terunggul untuk pembeli berlian antarabangsa. Walaupun jumlah pendaftaran pihak pembeli telah melebihi 300 orang, Yoram Dvash selaku Presiden Israel Diamond Exchange dan ahli-ahli lembaga pengarah mengambil keputusan untuk menambah bilangan penyertaan, dan melalui insentif ini, dapat meningkatkan bilangan pembeli yang datang dari luar.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160119/323586LOGO )

Yoram Dvash yang baru dilantik menjadi Presiden IDE menyatakan beliau bertindak demikian atas permintaan para ahli IDE untuk menjadikan Minggu Berlian Antarabangsa di Israel edisi Musim Sejuk ini sebagai acara yang paling berjaya. "Keputusan kami untuk memberikan pembeli yang berdaftar dan menerima kelulusan dengan penginapan di hotel secara percuma selama tiga malam adalah hasil daripada semangat dan galakan yang ditonjolkan oleh para ahli untuk menjadikan acara Minggu Berlian ini semeriah mungkin," kata beliau.

Yoram Dvash menekankan tujuan acara IDWI adalah untuk memperkenalkan kepada pembeli dari seluruh dunia akan kelebihan membeli berlian terus dari Isreal. "Ruang dagang Israel Diamond Exchange, iaitu yang terbesar di dunia, akan disertai oleh ratusan syarikat berlian untuk memberikan pilihan produk yang tiada tandingan kepada para pembeli yang hadir," tambah beliau.

Beliau juga menambah, acara ini memberi peluang kepada pembeli untuk berhubung secara terus dengan pengeluar kecil-kecilan serta pengendali khusus yang jarang terlibat dalam jaringan acara perdagangan antarabangsa dan yang tidak menjual produk mereka terus ke dalam pasaran. "Minggu Berlian Antarabangsa di Israel ini mewujudkan peluang yang unik kepada kedua-dua pihak," kata beliau. "Para pembeli yang datang akan beroleh akses kepada produk yang baharu dan masih tidak dipasarkan pada harga yang lebih rendah," tambah Dvash.

Pembeli berlian yang berminat untuk menghadiri acara jualan berlian yang eksklusif ini diminta untuk mendaftarkan diri DI SINI

Hubungi:

The Israel Diamond Exchange
Telefon: +972-3-5760300
E-mel: communications@isde.co.il   

Source: The Israel Diamond Exchange
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail