omniture

e-Shang dan Redwood Group Mengumumkan Penggabungan Strategik -- Mewujudkan Platform Berfokus Harta Tanah Logistik Paling Utama Pan-Asia

Redwood Group Asia
2016-01-22 20:04 816

SHANGHAI, SINGAPURA dan TOKYO, 22 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dua daripada pemaju, pemilik, dan pengendali harta tanah logistik paling terkemuka di Asia, e-Shang Cayman Ltd ("e-Shang") dan Redwood Group Asia, Pte. Ltd. ("Redwood"), hari ini mengumumkan kedua-dua syarikat itu selesai menggabungkan semua saham. Selepas pemuktamadan penggabungan itu, gabungan kumpulan itu akan dinamakan semula sebagai e-Shang Redwood ("ESR") dan akan menjadi salah satu platform harta tanah logistik terbesar di Asia dengan projek seluas lebih 3.5 juta meter persegi yang dimiliki dan dibangunkan di seluruh China, Jepun serta Korea Selatan, selain pejabat pengurusan modal dan juga dana di Hong Kong dan Singapura.

e-Shang Shanghai Friends Park
e-Shang Shanghai Friends Park

 

Redwood Osaka Nanko Distribution Park
Redwood Osaka Nanko Distribution Park

Berasaskan fungsi tergabung, ESR dengan serta-mertanya mempunyai (i) salah satu rancangan pembangunan terbesar dalam setiap operasi pasaran (berjumlah kira-kira 8 juta meter persegi), (ii) penyewa MNC terkemuka termasuk Amazon, JD.com, 1haodian, H&M, Carrefour, DB Schenker, Daimler, Askul, dan lain-lain serta (iii) tapak rakan kongsi modal institusi yang amat pelbagai dan eksklusif termasuk, tetapi tidak terhad kepada APG, PGGM, CPPIB, Morgan Stanley dan Goldman Sachs.

e-Shang, ditubuhkan pada tahun 2011 oleh firma ekuiti swasta global Warburg Pincus dengan dua usahawan harta tanah China yang sangat berjaya, membangunkan gudang bertaraf keinstitusian di China dan Korea Selatan. Sejak penubuhannya, e-Shang berkembang pesat dan kini mempunyai gudang logistik moden seluas lebih 2 juta meter persegi yang beroperasi dan dibangunkan untuk memenuhi permintaan penyedia logistik pihak ketiga, peruncit, dan syarikat e-dagang di China. Hari ini, e-Shang merupakan tuan tanah pihak ketiga terbesar untuk syarikat e-dagang terkemuka serta untuk logistik rantaian dingin, dan ia muncul sebagai salah satu pemilik paling terkenal untuk gudang moden di serata China.

Bagi membiayai pertumbuhannya, e-Shang sebelum ini mengumpul modal daripada pengasas bersamanya Warburg Pincus dan pelabur bertaraf dunia yang lain termasuk Goldman Sachs, APG dan CPPIB. Pada tahun 2014, e-Shang memasuki pasaran Korea Selatan, bekerjasama dengan dua usahawan tempatan yang berpengalaman untuk melengkapkan pembinaan Kendall Square Logistics Properties dan kini memiliki projek yang sedang dibangunkan seluas lebih 600,000 meter persegi dan saluran perancangan dengan lebih 1.0 juta meter persegi. Pada bulan November, e-Shang mengumumkan pemeteraian satu usaha sama bernilai AS$500 juta dengan APG dan CPPIB untuk menyiapkan pembinaan saluran perancangannya yang besar dalam pasaran Korea.

Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Stuart Gibson dan Charles de Portes, Redwood merupakan firma harta tanah logistik khusus dengan pengetahuan dan pengalaman yang diiktiraf termasuk pembangunan sendiri, penyewaan, dan pengurusan aset dengan 1.2 juta meter persegi yang sedang diurus dan dibangunkan serta rancangan pembangunan yang hebat di lokasi yang paling bernilai di serata China dan juga Jepun.

Para pengasas Redwood dianggap sebagai perintis dalam pembangunan gudang bertaraf institusi di Asia, setelah mengasaskan platform Prologis dan AMB di Jepun, masing-masing pada tahun 1999 dan 2003, serta membuat pelaburan harta tanah logistik lebih AS$4 bilion di rantau itu sejak akhir tahun 1990an. Dengan pemecutan pertumbuhan perniagaan Redwood, para pengasasnya mengambil Equity International ("EI") sebagai rakan kongsi strategik pada tahun 2013. EI merupakan dana harta tanah pasaran baharu yang terkemuka yang dipengerusikan dan ditaja oleh Sam Zell. Redwood juga merebut rakan kongsi pelaburan dana besar dan peringkat projek lain termasuk PGGM, Morgan Stanley, PAG dan CBRE.

Jeffrey Shen, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif e-Shang, dan Stuart Gibson, pengasas bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Redwood, akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama syarikat tergabung itu. Selain Ketua Pegawai Eksekutif bersama, Sun Dongping (pengasas bersama dan Pengerusi e-Shang) dan Charles de Portes (pengasas bersama Redwood yang akan bertindak sebagai Presiden ESR) akan membentuk jawatankuasa eksekutif seramai 4 anggota yang akan memfokuskan untuk membangunkan rancangan yang besar dan inisiatif perniagaan ESR di serata Asia sambil terus meluaskan pasukan serta hubungan modal globalnya. Pasukan pengurusan kanan negara masing-masing yang terbaik dalam kategorinya akan terus kekal dalam negara masing-masing untuk melaksanakan operasi harian dari pejabat di Shanghai, Guangzhou, Hong Kong, Tokyo, Osaka, Seoul dan Singapura.

En. Shen mengulas: "Permintaan jangka panjang terhadap penggudangan moden adalah signifikan dan wawasan kami adalah untuk menjadi platform yang mengutamakan pelanggan dengan matlamat untuk mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian penggudangan logistik bersepadu di serata Asia Pasifik untuk pelanggan kami. Perkongsian dengan Redwood akan menambah aset dalam pengurusan (AUM), perancangan, dan hubungan ekuiti yang signifikan selain kepakaran dalam pengurusan dan operasi kepada pasukan ini dan saya berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama pihak pengasas Redwood untuk membawa syarikat yang tergabung ini ke peringkat seterusnya iaitu sebagai syarikat logistik harta tanah terkemuka di rantau ini."

En. Sun menambah: "Kedua-dua e-Shang dan Redwood berjaya membina platform yang terbaik dalam kategorinya bagi pasaran masing-masing dan kami sangat yakin dengan potensi syarikat tergabung ini. Saya sendiri ingin mengalu-alukan kedatangan Stuart, Charles dan kakitangan Redwood yang lain."

Setelah pemuktamadan penggabungan itu, e-Shang dan Redwood akan mempunyai jejak geografi yang saling melengkapi dan khusus bagi memenuhi keperluan syarikat e-dagang, peruncit moden, dan syarikat logistik pihak ketiga paling terkemuka di China, Jepun serta Korea Selatan. Penggabungan itu akan menyediakan kemampuan operasi dan hubungan perniagaan yang dipertingkat yang akan memberi perkhidmatan yang lebih baik serta bernilai tambah kepada pada pelanggan serta pihak pelabur.

En. Gibson dan En. de Portes membuat satu kenyataan bersama: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan e-Shang, merebut kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran yang membolehkan kami menawarkan perkhidmatan terbaik dalam kategori ini kepada pelanggan kami di serata Asia serta platform yang kukuh untuk kemajuan masa depan."

Jeffrey Perlman, Pengarah Urusan Warburg Pincus, menambah: "Kami terus berusaha untuk membina platform logistik yang cemerlang di Asia dan penggabungan ini akan memberi faedah yang signifikan kepada kumpulan tergabung ini dengan penyepaduan kemampuan yang dipertingkat, hubungan modal lebih kukuh, dan skala lebih besar sebelum saham terbitan awam (IPO) yang disasarkan."

Pertumbuhan pesat dalam e-dagang, kecekapan rantaian bekalan lebih tinggi, serta penyatuan oleh penyedia logistik pihak ketiga ini adalah pemacu utama bagi peningkatan permintaan daripada syarikat harta tanah logistik moden seperti e-Shang dan Redwood. Industri ini menganggarkan sektor peruncitan dalam talian sahaja akan berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan purata (CAGR) sebanyak 31% bermula pada tahun 2015 hingga 2018 di China, 11.3% di Jepun, manakala 9.2% di Korea Selatan.

Latar Belakang e-Shang

e-Shang, beribu pejabat di Shanghai, China, merupakan sebuah perniagaan pengurusan pembangunan dan pelaburan bersepadu sepenuhnya dengan kepakaran dalam spektrum harta tanah yang luas di Asia. e-Shang diasaskan bersama firma ekuiti swasta global Warburg Pincus dengan dua usahawan China pada tahun 2011, dan mendapat pelaburan daripada pengurus aset dana pencen Belanda APG Asset Management N.V. pada Mei 2014. Sejak penubuhannya, e-Shang terus berkembang pesat dan kini mempunyai 20 pusat dan projek e-dagang, peruncitan, serta pengedaran dingin dengan kawasan seluas lebih 2.3 juta meter persegi yang beroperasi dan sedang dibangunkan di China serta Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut tentang e-Shang, sila lawati http://en.e-shang.com.cn/

Latar Belakang Redwood Group

Redwood, ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Charles de Portes dan Stuart Gibson, diurus oleh golongan profesional kanan tempatan di Singapura, Jepun, dan China. Redwood, serta rakan kongsi pelabur institusinya yang cemerlang, melabur, membangunkan dan mengurus harta tanah logistik dalam kawasan metropolitan terluas di Asia yang paling terikat dan berkembang paling pesat menerusi perdagangan global. Maklumat tambahan tentang Redwood boleh ditemui di: www.redwoodgroup.com

Wakil Media:

e-Shang
Anyi Wang: 
anyiwang@e-shang.com.cn

Redwood 
Emma Larsson: 
elarsson@redwoodgroup.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160120/8521600391-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160120/8521600391-b

Source: Redwood Group Asia
Keywords: Commercial Real Estate Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers