omniture

UNStudio / Ben van Berkel Siapkan Projek Pertama di Brussels

UNStudio
2016-01-25 08:30 325

AMSTERDAM, 25 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Direka untuk ProWinko, dengan kerjasama Jaspers-Eyers Architects, Le Toison d'Or merupakan penghibridan tipologi blok binaan tradisional dan pembangunan pelbagai guna bagi podium beli belah.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160121/324477 )

Terletak di Avenue de la Toison d'Or, kompleks pelbagai guna itu bersepadu ke dalam kawasan bandar di sekitarnya, dan pada masa yang sama, menggabungkan ruang jual beli serta kediaman.

Le Toison d'Or mempunyai 72 buah pangsapuri (dengan keluasan 50 hingga 750 meter persegi), ruang komersial seluas 13,000 meter persegi, pusat jagaan kanak-kanak seluas 1,040 meter persegi, 330 ruang letak kereta, dan taman bandar tergantung seluas 2,950 meter persegi.

Bagi mengelakkan daripada ciri kaku yang biasanya didapati pada struktur blok, muka hadapan Le Toison d'Or dibahagikan mengikut variasi dari segi tekstur, kedalaman, dan ritma berulang pada kerangka menegak yang melengkung. Kerangka ini bertujuan untuk menutupi anjung pangsapuri di tingkat atas, dan pada masa yang sama, menyediakan jendela pameran yang besar untuk unit beli belah.

Ben van Berkel: "Penting untuk unit beli belahnya memiliki keluasan dan kecerahan sebaik mungkin. Kami mahu menyerlahkan perbezaannya daripada kepejalan tingkat atasnya, untuk mencipta ilusi yang mana kerangka berbentuk belon menegak menampung bangunan itu; seolah-olah seluruh blok itu boleh terapung bila-bila masa sahaja."

Berbeza daripada artikulasi menegak muka hadapannya yang menghadap jalan, muka bangunan yang mengelilingi taman tergantungnya mempunyai susunan melintang. Di sini, anjung yang sangat luas memberikan pengalaman dalam bandar yang lebih menenangkan.

Pangsapuri di Le Toison d'Or berbeza mengikut saiz, daripada saiz kecil sehinggalah besar, agar sesuai dengan demografi penduduk bandar yang pelbagai. Bagi memastikan paras cahaya matahari yang tinggi dalam bangunan, ketinggian dari lantai ke siling boleh mencecah sekurang-kurangnya 2.7 meter dalam ruang harian. Bagi pangsapuri yang terletak di sepanjang Avenue de la Toison d'Or, ketinggian ini boleh bertambah menjadi lebih 3 meter. Dapur terbuka dengan bentuk unsur perabot besar mencipta ruang layanan santai di tengah-tengah pangsapuri itu dan menentukan kawasan peredaran melalui ruang itu.

Le Toison d'Or dibangunkan dengan standard kemampanan yang tinggi. Ciri-ciri utamanya adalah pengasingan terma yang hebat daripada muka hadapannya (termasuk kaca tiga lapis), penebatan akustik berstandard tinggi, sistem pemasangan penjanaan bersama yang berdaya cipta untuk pangsapuri serta unit beli belah selain penggunaan konkrit gentian kaca yang diperkuat.

http://download.unstudio.com/get/YzcwMmNiMzQyOWVkMzJjODIxNWY3Yj
Gambar: © Hufton+Crow / Eva Bloem

Sumber: UNStudio

Source: UNStudio
Keywords: Construction/Building