omniture

IBS Software Meterai Kontrak Beberapa Tahun Dengan SunExpress

Produk IBS bakal Perkasa Tempahan Penumpang Syarikat Penerbangan Eropah
IBS Software
2016-01-25 15:11 353

ANTALYA, Turki, 25 Januari 2016 /PRNewswire/ -- IBS Software (IBS) dipilih oleh SunExpress Airline, usaha sama antara Turkish Airlines dan Lufthansa, sebagai penyedia Sistem Perkhidmatan Penumpangnya (PSS). Kontrak selama beberapa tahun untuk penglibatan bersama itu ditandatangani secara rasmi semalam oleh Pengarah Urusan SunExpress Jaan Albrecht, Timbalan Pengarah Urusan SunExpress Ahmet Çalışkan dan VK Mathews, Pengerusi Eksekutif - IBS Group di Antalya, Turki. Penglibatan itu akan menyaksikan IBS melaksanakan Sistem Perkhidmatan Pelanggannya (PSS), iFly Res, bagi operasi tempahan, pembelian tiket, dan kawalan pelepasan yang disepadukan. Platform IBS akan menggantikan sistem legasi sedia ada, membolehkan SunExpress membuka aliran pendapatan baharu daripada perniagaan penerbangan sewa dan perniagaan penerbangan mengikut jadual.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160122/786851
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929)

Sistem Perkhidmatan Penumpang (PSS) generasi baharu itu akan membantu memperkukuh kemampuan antara syarikat penerbangan dan perkongsian kod SunExpress dengan ketara. Syarikat penerbangan itu juga akan berada di kedudukan yang baik untuk meningkatkan hasilnya dengan menyediakan kefleksibelan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang berbeza, meningkatkan kepantasan untuk memasarkan sumber hasil baharu serta mempertingkat kecekapan melalui proses pengautomatan yang paling manual.

Buat pertama kali dalam sejarah penerbangan, Sistem Perkhidmatan Penumpang (PSS) yang besar akan menyokong Kemampuan Pengagihan Baharu (NDC) di tempatnya sendiri dan seterusnya menangani batasan pengagihan semasa dalam industri ini. Kemampuan Pengagihan Baharu merupakan program yang disokong oleh industri pelancongan yang dilancarkan IATA bagi tujuan pembangunan dan penggunaan pasaran piawaian pemindahan data baharu berasaskan XML yang dapat membantu SunExpress mengagihkan perkhidmatan sokongan yang paling rumit kepada ejen dan pihak lain yang menggunakan NDC.

IBS, yang baru-baru ini menerima pelaburan ekuiti swasta bernilai $170 juta daripada Blackstone, berada di serata dunia yang mempunyai hampir 3,000 ahli profesional merentasi sembilan buah cawangan serta menyediakan pelbagai produk perisian generasi baharu kepada antara syarikat penerbangan terbaik dunia, lapangan terbang paling sibuk di dunia, syarikat persiaran terkemuka, pengedar pelancongan utama, dan juga syarikat minyak & gas terkenal. SunExpress yang berpusat di Turki, bersama anak syarikatnya SunExpress Deutschland yang berpusat di Frankfurt, Jerman mengendalikan penerbangan berjadual dan perniagaan sewaan kapal terbang serta membawa kira-kira sembilan juta penumpang setahun, berkhidmat kepada lebih 110 buah bandar di Turki dan kebanyakannya di Eropah, Laut Merah, Kepulauan Canary (Sepanyol), Greece, Tunisia, Bulgaria dan Oman.

Berucap dalam majlis menandatangani perjanjian itu, Pengarah Urusan SunExpress Jaan Albrecht berkata, "Kami menikmati pertumbuhan yang mantap dan berjaya sepanjang empat tahun lalu dan sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami, kami memutuskan untuk mengubah sistem tempahan kami bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam perniagaan harian kami dengan menjana lebih banyak pendapatan serta mempertingkat saluran jualan bersama rakan kongsi perniagaan kami. Hasilnya, kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan IBS dan berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sistem baharu itu bagi mempertingkat pengalaman penumpang kami serta menambah baik pendapatan kami."

"Kontrak ini dimeterai selepas melalui proses penilaian yang menyeluruh, yang menunjukkan pelaburan yang kami laburkan dalam iFlyRes dan produk lain bagi membolehkan 'Syarikat Penerbangan Digital' berada pada kedudukan yang terbaik. Rekod cemerlang kami dalam memberikan nilai kepada para pelanggan kami, serta nilai profesionalisme dan komitmen kakitangan kami menjadikan kami rakan kongsi transformasi yang dipercayai daripada barisan nama ikonik dalam industri ini. Saya berharap jalinan kerjasama dengan SunExpress ini akan membuahkan hasil," kata VK Mathews, Pengerusi Eksekutif - IBS Group.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Wakil Media
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com
+1 470 363 6488

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Contracts Joint ventures