omniture

Pameran Papan Tanda dan LED Antarabangsa umumkan barisan pempamer untuk edisi 2016

Canton Fair Advertising Co., Ltd
2016-01-26 09:25 401

GUANGZHOU, China, 26 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Tanda dan LED Antarabangsa 2016 (ISLE), salah satu pameran pengiklanan dan LED terbesar di China, mengumumkan sejumlah pempamer pertama yang akan terlibat dalam pameran itu.

Pameran Papan Tanda dan LED Antarabangsa (ISLE)
Pameran Papan Tanda dan LED Antarabangsa (ISLE)

Acara ISLE tahun ini akan menyediakan ruang pameran seluas lebih 100,000 meter persegi yang akan dibahagikan kepada empat zon pameran dengan tema berlainan: Papan Tanda Pintar, Papan Tanda dan Peralatan, Paparan LED dan Pencahayaan LED.

Dalam zon pameran Paparan LED, beberapa skrin paparan LED antarabangsa bertaraf tinggi akan dipamerkan di atas pentas, termasuk produk-produk daripada syarikat terkenal antarabangsa ABSEN – paparan A2 dijadikan sebagai paparan utama sempena Forum Ekonomi Dunia manakala paparan panel rata N4 adalah paparan pertama yang menggunakan rekaan rata dalam industri.

Zon pameran Pencahayaan LED pula akan melibatkan syarikat-syarikat terkenal termasuk RightLEDs, Core Yu dan Linong Lighting Technology.

Sementara itu, zon pameran Papan Tanda Pintar dan Peralatan Papan Tanda akan mempamerkan produk dan rekaan dalam teknologi dan aplikasi OLED, komunikasi cahaya tampak LED, pencahayaan LED untuk pertanian dan tanaman, serta seksyen pengiklanan pintar yang melibatkan papan tanda digital, teknologi pencetakan panel rata UV, teknologi laser dan banyak lagi.

Pihak pempamer yang menyertai acara ini turut melibatkan syarikat-syarikat seperti Ledman daripada rangkaian industri LED komprehensif yang mengeluarkan produk untuk pelbagai keperluan, termasuk pencahayaan LED, paparan LED, LED untuk pengiklanan, cip LED, pengkapsulan LED dan peralatan LED.

"ISLE memiliki rangkaian perniagaan antarabangsa yang bekerjasama dengan pelbagai agensi penting dalam perniagaan ini di peringkat antarabangsa dan disokong oleh sejumlah pembeli secara global," kata Zhu Li, pengurus besar Canton Fair Advertising Co., Ltd. "Kami memilih pelanggan yang paling cemerlang dari 212 buah negara daripada pangkalan data yang mengandungi jutaan prospek pembeli dan menghantar jemputan seorang demi seorang. Pameran tahun ini akan menghimpunkan kira-kira seribu pempamer dalam industri pengiklanan dan LED untuk menjadikan acara dagangan yang bakal diadakan di China ini berlangsung pada awal tahun 2016, melibatkan saiz acara yang besar, produk pameran yang paling menyeluruh serta teknologi terbaharu."

Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Tanda dan LED Antarabangsa 2016 (ISLE) bakal dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE) di Guangzhou. Ia adalah sebuah platform yang dikhaskan untuk pembangunan penyelesaian profesional, berkarisma, pintar dan lengkap untuk rangkaian industri papan tanda iklan dan LED.

Laman Sesawang: www.isle.org.cn/en

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160125/0861600711

Source: Canton Fair Advertising Co., Ltd
Keywords: Advertising Trade show news