omniture

Deccan Odyssey - Tawaran Tempahan Awal Kereta Api Mewah

Cox & Kings Ltd.
2016-01-26 13:39 379

MUMBAI, 26 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Deccan Odyssey, kereta api mewah yang berjaya merangkul anugerah di India yang dikendalikan oleh Cox & Kings Ltd., mengumumkan satu tawaran perjalanan menarik bermula pada Oktober 2016. Tawaran ini terhad untuk tempahan yang dibuat pada atau sebelum 30 April 2016.

Setiap perjalanan menaiki Deccan Odyssey merupakan penerokaan untuk menikmati kepelbagaian India, kawasan tempatannya yang eksotik, dan penemuan tradisi yang tidak lapuk ditelan zaman.

Jadual perjalanan:

1. Keagungan Maharashtra: (Mumbai - Nashik - Aurangabad (Gua Ellora) - Gua Ajanta - Kolhapur - Goa- Ratnagiri -Mumbai) 7 malam/8 hari.

2. Harta Karun Tersembunyi Gujarat: (Mumbai - Vadodara - Palitana - Sasan Gir - Little Rann of Kutch - Modhera (Patan) - Nashik - Mumbai) 7 malam/8 hari.

3. Persinggahan India (Mumbai - Vadodara - Udaipur - Jodhpur - Agra - Sawai Madhopur - Jaipur - Delhi) 7 malam/8 hari.

4. Pengembaraan India (Delhi - Sawai Madhopur - Agra - Jaipur - Udaipur - Vadodara - Aurangabad (Gua Ellora) - Mumbai) 7 malam/8 hari.

5. Permata Deccan (Mumbai - Bijapur - Aihole - Pattadakal - Hampi - Hyderabad - Gua Ellora - Gua Ajanta - Mumbai) 7 malam/8 hari.

6. Jejak Liar Maharashtra (Mumbai - Gua Ellora - Aurangabad - Pench (Ramtek) - Tadoba - Ajanta - Nashik - Mumbai) 7 malam/8 hari.

Tawaran ini termasuk perjalanan selama 7 malam pada harga 6 malam, dan hanya berharga AS $ 7188 bagi setiap pasangan, setiap perjalanan, dan bukannya AS $ 8386. Ini termasuk sesi spa 60 minit secara percuma untuk setiap pasangan. Kereta api ini telah dinaik taraf untuk mencerminkan keperluan pengembara masa kini yang berubah.

Kereta api Deccan Odyssey berbangga dengan ciri-ciri serta kemudahan unik seperti sambungan Wi-Fi sepanjang masa, telefon bimbit, dan TV LCD dalam setiap kabin, spa, gim, salun kecantikan, untuk doktor bertugas, dua buah restoran dan sebuah bar.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang kami di http://www.thedeccanodyssey.com dan untuk membuat tempahan, e-melkan kepada kami di trains@deccanodyssey.in

Latar Belakang Deccan Odyssey 

Deccan Odyssey mempunyai 21 gerabak, 12 daripadanya adalah gerabak penumpang yang boleh memuatkan 8 orang bagi setiap gerabak (10 penumpang/gerabak mewah, 4 kup setiap gerabak - 2 Gerabak Suite Presiden, 2 kup setiap gerabak), 1 Gerabak Mesyuarat/Hiburan, 2 Gerabak Menjamu Selera, 2 Gerabak Penjana dengan Simpanan Bagasi, 2 Gerabak Kakitangan, 1 Gerabak Spa, 1 Gerabak Bar. Kapasiti kereta api adalah 88 penumpang.

Pada tahun 2015, Deccan Odyssey meraih pelbagai anugerah, antaranya ialah anugerah World Travel Awards untuk kereta api mewah terkemuka Asia serta anugerah India Travel Awards untuk kereta api mewah Terbaik di India.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Thomas C. Thottathil, thomasct@coxandkings.com

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160125/786987

Source: Cox & Kings Ltd.
Keywords: Travel