omniture

Kediaman Pintar dan Tenaga Hijau Bakal menarik Tumpuan semasa Pameran Canton ke-119

Canton Fair
2016-01-27 08:50 497

GUANGZHOU, China, 27 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, kini menyiarkan sorotan dan jadual pameran seterusnya yang bakal diadakan pada musim bunga.

Pameran Canton mempamerkan robot pencuci tingkap
Pameran Canton mempamerkan robot pencuci tingkap

Sebagai pameran antarabangsa paling berpengaruh di China, Pameran Canton menarik lebih 24,000 buah syarikat dari China dan lebih 500 buah syarikat antarabangsa dalam setiap sesi.

Pameran Canton pada musim bunga tahun ini akan mengetengahkan dua tema dalam Fasa 1 – hijau dan pintar, yang diadakan di kawasan pameran seluas lebih 100,000 meter persegi dengan produk pintar seperti peti sejuk, penyaman udara, pencuci, robot pintar, pencetak, dan bekalan perubatan rumah. Produk istimewa, seperti robot pencuci tingkap, yang berjaya merangkul Anugerah Rekaan Red Dot 2015 dan dicalonkan semasa Anugerah Rekaan IFA UX daripada jenama terkenal dunia bakal mencuri tumpuan.

Tambahan lagi, di Zon B, Dewan Pameran 10.3 semasa Pameran Canton, satu seksyen pameran tenaga hijau akan disediakan bagi mempamerkan produk fotovoltan (PV) suria, produk termal suria, serta produk kuasa angin, yang memperlihatkan kemajuan terkini selain produk dalam industri tenaga baharu. Jenama dan syarikat terkemuka dipilih bagi mempamerkan teknologi serta produk termaju bagi menunjukkan trend industri.

"Perlindungan alam sekitar sememangnya menjadi tanggungjawab sosial Pameran Canton," kata En. Zhuang Hong, Pengarah Pusat Khidmat Pelanggan China Foreign Trade Centre (Group). "Kami berharap kali ini kami dapat menawarkan wawasan baharu untuk perlindungan alam sekitar dan kemajuan dalam industri pengeluaran. Dengan itu, kami boleh menggalakkan gaya hidup pintar dan mesra alam demi kebaikan semua."

Seperti biasa, Pameran Canton ke-119 akan diadakan dalam tiga fasa, setiap satunya dengan programnya yang tersendiri.

Fasa 1 akan diadakan mulai 15 hingga 19 April yang meliputi bidang daripada barangan elektronik dan perkakasan rumah, jentera, perkakas, dan alat untuk bangunan selain pembinaan serta sumber tenaga. Fasa 2 yang bermula pada 23 hingga 27 April akan membawakan tiga kategori – produk pengguna, hadiah dan cenderamata, serta perhiasan rumah. Fasa 3 yang bermula pada 1 hingga 5 Mei akan mempamerkan produk dalam bidang seperti produk pejabat, bagasi, dan produk santai, makanan, ubat-ubatan serta penjagaan kesihatan, kasut, tekstil dan banyak lagi.

Selain model pameran tradisional iaitu melihat sampel dan memeterai perjanjian, Pameran Canton akan turut menganjurkan acara bertema dan persidangan dalam perdagangan serta mempromosikan produk istimewa daripada pelbagai negara bagi membantu pempamer memulakan langkah dalam pasaran China.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Dengan sejarah selama 60 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1957, Pameran itu merupakan pameran yang menyeluruh dengan sejarah yang paling lama, bertaraf tertinggi, mempunyai keluasan terbesar, dan bilangan produk terbanyak selain pengagihan paling meluas untuk pembeli global dan juga pusing ganti perniagaan tertinggi di China. Lokasi Pameran Canton, iaitu Kompleks Pameran Import dan Eksport China, merupakan pusat pameran moden terbesar di Asia dengan kawasan pameran di dalam bangunan yang meliputi lebih 338,000 meter persegi.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160126/0861600820

Source: Canton Fair
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Asian-related news Trade show news