omniture

Johnson Controls Tingkatkan Komitmen Kelestarian Alam Sekitar dengan Platform Pendingin menggunakan Bahan Penyejuk Rendah GWP

Johnson Controls
2016-01-27 10:00 292

SINGAPURA, 27 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Johnson Controls meningkatkan komitmennya terhadap Kualiti Alam Sekitar Majlis Rumah Putih dengan menambah baik barisan produk HFC agar bersesuaian dengan bahan penyejuk tidak mudah terbakar dan rendah GWP– Opteon™ XP10 (R-513A) yang dihasilkan oleh The Chemours Company. Mesin pengempar York dan pendingin berpintal antara 125 hingga 6,000 tan (440 hingga 21,100 kW) adalah sesuai digunakan dengan R-513A.

"Pelanggan kami tidak perlu khuatir apabila mencari atau membeli produk berasaskan R-134a sedia ada kerana produk itu tetap akan memberikan manfaat penjimatan dan tidak tertakluk kepada sebarang kawal selia HFC sepanjang hayat peralatan itu," kata Laura Wand, Naib Presiden, Perniagaan Pendingin Global, Kecekapan Bangunan, Johnson Controls. "Kami sentiasa memilih penyejuk yang dapat memenuhi keperluan pelanggan kami dan alam sekitar berasaskan keselamatan, kecekapan, kebolehpercayaan, ketersediaan, dan kos."

"Seperti yang kami tegaskan tentang penipisan ozon beberapa tahun lalu, terutamanya berkaitan dengan CFC dan HCFC, kami menghentikan penggunaan produk berasaskan R-123 untuk mengelakkan masalah yang mungkin berlaku pada peralatan kelak," kata Wand. "Kami sentiasa berfikir dan merancang untuk masa depan, supaya pelanggan kami tidak perlu khuatir memikirkannya. Pendingin kami sentiasa bersedia untuk masa depan."

Opteon™ XP10 (R-513A) daripada Chemours adalah bahan tidak mudah terbakar (A1) dan merupakan alternatif azeotrop kepada R-134a yang mengandungi 56 peratus GWP lebih rendah dan prestasi yang setara. XP10 dikomersialkan sebagai sebahagian daripada pelbagai portfolio bahan penyejuk Opteon™ yang terdiri daripada barisan produk rendah GWP baharu yang dibangunkan untuk mematuhi peraturan HFC semasa dan yang dicadangkan sambil mengekalkan atau menambah baik prestasi berbanding produk terdahulu.

"Ketika industri HVACR berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Opteon™ XP10 menyediakan penyelesaian kepada pemilik peralatan dengan produk berasaskan hidrofluoroolefin (HFO), rendah GWP dan tidak mudah terbakar untuk mengurangkan kesan karbon penyejuk mereka dalam kegunaan dan keadaan tanpa menjejaskan prestasi sistem," kata Diego Boeri, Pengarah Perniagaan Global, Chemours Fluorochemicals.

Johnson Controls mengambil pendekatan holistik dalam pengurangan pelepasan karbon. Walaupun penyejuk rendah GWP adalah sesuatu yang penting pada masa depan, kecekapan tenaga adalah satu peluang yang terbaik untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Penggunaan tenaga mewakili hampir 95 peratus daripada jumlah pelepasan karbon sepanjang hayat bagi sesuatu produk pendingin.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan produk penyejuk daripada Johnson Controls, sila layari http://www.johnsoncontrols.com/buildings/hvac-equipment/chillers.

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls merupakan peneraju teknologi yang pelbagai dan perindustrian global yang berkhidmat kepada pelanggan melebihi 150 buah negara. Tenaga pekerja kami seramai 130,000 orang mencipta produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif plumbum-asid dan bateri canggih untuk kenderaan hibrid serta elektrik; selain komponen serta sistem tempat duduk untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak penubuhan kami pada tahun 1885, dengan ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami berserta dengan peningkatan bahagian pasaran, kami bertekad untuk memberi nilai kepada para pemegang saham dan menjadikan pelanggan kami berjaya. Pada tahun 2015, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #14 dalam senarai "100 Warga Korporat Terbaik" tahunan mereka. Untuk maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.

Latar Belakang The Chemours Company

The Chemours Company (NYSE: CC) berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih berwarna-warni, berkualiti dan bersih dengan menggunakan kuasa kimia. Chemours adalah peneraju dunia dalam teknologi titanium, produk berasaskan bahan fluoro, dan bahan kimia, yang menyediakan penyelesaian kepada pelanggan dalam pelbagai industri menerusi produk khusus dalam pasaran, kepakaran aplikasi dan inovasi berasaskan kimia. Bahan-bahan daripada Chemours ditemui dalam plastik dan saduran, alat penyejukan dan penyaman udara, perlombongan serta operasi penapisan minyak dan juga industri pengeluaran am. Produk utama kami termasuk jenama-jenama terkenal seperti Teflon™, Ti-Pure™, Krytox™, Viton™, Opteon™ dan Nafion™. Chemours mempunyai kira-kira 8,400 orang kakitangan di 36 kilang pengeluaran yang berkhidmat untuk lebih 5,000 orang pelanggan di Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Eropah. Ibu pejabat Chemours terletak di Wilmington, Delaware dan disenaraikan dalam NYSE dengan menggunakan simbol CC. Untuk maklumat lanjut, sila layari chemours.com atau ikuti Chemours melalui Twitter di @chemours.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services HVAC Machinery New products/services